Part 22 - Berpindah

706 2 0
                                    


Tatkala melangkah masuk ke dalam mansion suaminya, muncul kembali momentnya dahulu bersama Brad sewaktu dia ditugaskan untuk mendekorasi setiap ruang dalam mansion milik Brad.

Suasana masih sama seperti dahulu saat dia pergi meninggalkan mansion Brad dalam keadaan tergesa-gesa.

Brad merangkul lembut pinggang isterinya sambil mengucup perlahan pelipis kiri Bella. Brad tersenyum melihat isterinya yang masih memerhati keadaan sekeliling.

"Masih sama seperti dulu" luah Bella sambil melentokkan kepalanya manja di bahu Brad.

"Of course. Hasil kerja tangan buah hati babe, babe akan kekalkannya sampai bila-bila. Terlalu bermakna buat babe, tau" luah Brad setulus hati.

"Owwhh.." hanya itu yang terluah dari bibir Bella. Dia terharu mendengar kata-kata suaminya.

"Bersih, kemas" Bella melangkah ke ruang tengah mansion.

"Sebulan sekali, cleaner akan datang bersihkan mansion ni." Bella menoleh memandang suaminya. Brad tersenyum.

"Pembantu peribadi babe yang pegang kunci mansion ni" jelas Brad yang faham cara pandangan isterinya.

"Jerard? Lelaki tadi yang ambil kita di airport tu ke?" Brad mengangguk mengiakan kata-kata isterinya.

Brad menyerahkan kunci mansion yang ada dalam poket seluarnya lalu diberikan kepada Bella.

Dahi Bella berkerut. Kedua keningnya hampir menyatu.

"For what?" Soal Bella hairan.

"For you, honey. This mansion is yours" Bella melangkah menghampiri Brad.

"W-what do you mean?" Soal Bella masih tidak faham maksud suaminya.

"Mansion ni, babe dah tukarkan pada nama sayang" melopong mulut Bella mendengarnya. Matanya terkebil-kebil menatap ke wajah Brad. Brad hanya terkekeh ketawa melihat riaksi isterinya. Perlahan Brad mencuit hidung mancung isterinya.
Dia geram melihat riaksi isterinya seperti itu.

"Wait, since when? But, why..?" Soal Bella lagi. Dia masih tidak berpuas hati.
Brad tersenyum. Kedua tangannya merangkul erat pinggang isterinya membuatkan tubuh mereka bersentuhan.

"Sejak sayang sah jadi isteri babe" jawab Brad sambil mengangkat sebelah keningnya.

Bella mengeluh perlahan.

"Babe, Bella taknak semua ni. Please, change back. I don't want all this, i just want to be with you, that's all." Luah Bella akhirnya. Dia tidak setuju dengan keputusan yang telah Brad buat untuknya. Dia tidak perlukan harta suaminya, cukuplah sekadar cinta dan kasih sayang yang diberikan sepenuhnya untuk dirinya.

"Hey..hey.. listen to me, i do this because i love you. Babe tak terima penolakkan. Babe nak sayang terima pemberian babe, take it" Brad menyerahkan kunci mansion pada Bella. Bella menatap lekat kewajah Brad. Iris mata suaminya ditatap penuh makna. Brad tersenyum lalu mengangguk perlahan.
Bella menyambut pemberian suaminya. Serta merta airmatanya jatuh. Dengan pantas dia memeluk erat tubuh suaminya. Dia menangis semahunya di dalam pelukkan Brad. Brad membalas pelukkan isterinya dengan erat.

"I love you, babe. I love you more than anything. Babe tak perlu buat semua ni untuk Bella. Bella dah cukup bahagia dengan kasih sayang yang babe berikan pada Bella. Hisk..hiskk!!" Luah Bella jujur.

Brad senang saat mendengar luahan hati isterinya. Dia tersenyum lebar.

"I love you too, honey. I love you so much" Brad mencium puncak kepala isterinya lama sambil memejamkan matanya.

Seketika kemudian, tubuh Bella melayang ke udara.

"Arghh" Bella menjerit kerana terkejut dengan perlakuan Brad yang tiba-tiba.
Brad terkekeh ketawa.

ARABELLAWhere stories live. Discover now