Vincent Department & Properties
Seorang lelaki kemas dengan setelan kemeja dan set blazernya berwarna hitam. Dia berdiri tegak melihat kesibukkan Kota New York dari tingkat 29. Kedua tangannya menyeluk ke dalam saku seluarnya.
Fikirannya melayang memikirkan situasi adiknya Bella.Bagaimana jika adiknya hamil? Bagaimana jika Brad tidak mahu bertanggungjawab? Clad risau. Dia sedaya upaya melindungi Bella. Buat masa sekarang, Bella harus duduk dirumah. Dia tidak boleh keluar kemana-mana. Dia takut jika orang-orang Brad tahu Bella berada disini.
Tok
Tok"Masuk" arah Clad tanpa menoleh ke belakang. Derapan kasut menghampirinya yang masih berdiri di jendela besar.
"Clad" Clad menoleh saat namanya dipanggil. Dia kemudian memutar tubuhnya.
"Alderado baru hubungi aku tadi. Dia tahu Bella ada disini dengan kita" lelaki itu adalah Clay, adik kembar Clad.
"Jadi? Untuk apa lagi dia ambil tahu pasal Bella? Bukankah dia sudah buang Bella?" Clad menggenggam kedua tangannya.
Clay mengeluh."Dia sudah salah anggap, Clad. Brad burukkan Bella dihadapannya dan..-"
"Dan dia percaya? Huh! Bodoh!" Clad tersenyum sinis.
"Dia memang tak layak buat Bella." Ujar Clad menegaskan kata-katanya.
"Tapi, Clad..-" Clad mengangkat tangannya pantas, menahan dari Clay terus berkata-kata.
"Hubungan kita dengannya, hanya sekadar rakan bisnes. Aku tak mahu dia rapat dengan Bella lagi. Lelaki macam tu memang tak layak buat Bella." Clad memutarkan badannya, dia kembali memandang ke luar jendela kaca dihadapannya.
"Sepatutnya, dia harus dengar dan cari tahu perkara yang sebenar dari Bella, bukan malah percaya dengan semua kata-kata Brad. Huh! Ternyata dia terlalu cepat melatah dan terlalu cepat menilai seseorang tanpa usul periksa." Tekan Clad lagi.
Clad memutar tubuhnya semula. Dia menatap lekat kewajah Clay.
"Bagaimana jika dia berkahwin dengan Bella, dan Brad ikut campur, dia mahu runtuhkan rumahtangga Bella? Aku tak rasa rumahtangga mereka akan bertahan. Lelaki itu akan terus percaya pada Brad tanpa mendengar penjelasan dari Bella."
Clay menundukkan wajahnya. Ya..apa yang dikatakan oleh Clad ada benarnya, dia akui itu.
"Jauhkan Alderado dari Bella. Jangan beri apa-apa info lagi pada lelaki tu. Aku tak mahu Bella berhubungan dengan dia lagi. Hubungan mereka sudah putus sejak dari Dubai lagi. Kau sendiri tahu itu, bukan?" Clad menatap tajam ke arah Clay. Clay mendongakkan wajahnya kemudian mengangguk.
"Baiklah." Clay sebagai adik, dia yakin dengan tindakkan abang kembarnya, Clad. Clad lebih matang darinya dan lebih bijak membuat keputusan. Tetapi, Clad masih membujang hingga sekarang. Tidak seperti dirinya yang sudah memiliki rumahtangga sendiri dan sudah pun mempunyai cahaya mata.
"Satu lagi, rahsiakan dari Alderado tentang Bella. Jangan beritahu dia dimana Bella berada sekarang" tekan Clad dengan nada suara yang tegas.
Clay mengangguk.
"Baiklah. Aku keluar dulu" pinta Clay seraya memutar tubuhnya dan berjalan keluar dari pejabat Clad.
Clad kembali ke meja kebesarannya lalu duduk, dia harus menyambung semula kerja-kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.****
"Aku suruh buat kerja mudah macam tu pun kau tak boleh buat, bodoh!" Bentak lelaki itu dengan wajah yang merah padam. Rahangnya mengeras. Leher baju bawahannya dicekak erat.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...