Maaf ya rakan-rakan kerana saya lambat update episod kali ini.. Saya sekarang sibuk uruskan barang rumah, mahu berpindah. Tergendala lagi dengan PKPB. Harap anda semua faham ya😊..
Nahh..episod baru untuk rakan-rakan pembaca sekalian. Diharap anda berpuas hati ya. Jika ada sebarang komen, sila tinggalkan komen anda diruangan dibawah ya.
Salam sayang dari saya buat anda semua😘😘
Next episode...👇
******
Banglo lama
Dari jauh terlihat susuk tubuh seorang wanita yang sedang duduk di sebuah kerusi kayu. Kedua tangan dan kakinya diikat dengan seutas tali yang tampaknya sukar untuk dia lepaskan diri. Tubuhnya tampak lemah dan tidak bermaya.
Splashhhhhh!!!
Wanita itu terkejut saat wajahnya disimbah air. Dia lantas mendongak kearah susuk tubuh seorang lelaki bertubuh sasa dihadapannya.
"Bangun! Sudah lama aku beri kau masa." Ujar lelaki itu dengan wajah bengis.
"Huh! Aku takkan bersuara. Biarkan perempuan tu menderita, ha ha ha ha ha ha"
Panggggg!!!!!
Wanita itu terdiam. Pipinya rasa berpijar, telinganya berdesing saat mendapat satu tamparan di pipi dari lelaki dihadapannya. Pipinya terasa perit. Terasa cairan pekat mengalir keluar dari sudut kanan bibirnya.
Tap!
Setitis darah merah menitik di atas pehanya yang terdedah.
"Huh! Itu habuan untuk wanita jalang seperti kau." Balas lelaki itu lagi lantas membongkokkan tubuhnya menyetarakan kedudukkannya dengan wanita yang sudah dua hari menjadi mangsa tebusannya.
Tangan kekarnya lantas mencengkam kuat kedua belah pipi wanita dihadapannya.
"Aarghhh!!" Jerit wanita itu kerana rasa perit dan sakit pada bahagian bibir dan pipinya.
"Aku nak kau buat pengakuan sekarang juga. Kalau tidak, aku kerat lidah kau" ugut lelaki itu tegas.
Airmatanya mengalir laju. Serta merta rasa takut menyelubungi dirinya. Tubuhnya bergetar kerana ketakutan. Dia tahu, lelaki dihadapannya boleh lakukan apa saja padanya sekarang ini.
"Tolong... Aku merayu, tolong lepaskan aku. Aku tak salah..perempuan tu yang salah kerana dia telah rampas Mr.Brad dari aku. Aku cintakan Mr.Brad, kenapa Mr.Brad harus pilih dia dari aku, kenapa?" Erang wanita mula beremosi.
Lelaki itu ketawa sinis.
"Perempuan jalang macam kau, mana layak untuk dijadikan isteri" ujar lelaki itu sambil sambung ketawanya.
Wanita itu hanya mengetap bibirnya.
"Hey, Maria. Kau tak layak untuk jadi isteri pada Tuan Brad walau sebesar zarah sekalipun. Tubuh kau jijik, penuh dengan sisa jantan keparat. Tuan Brad tak akan pilih kau untuk dijadikan teman hidupnya." Lelaki itu bangun lalu matanya sekilas melirik pada stand yang berisi kamera canonnya yang masih merakam setiap bait kata dan gerak geri wanita yang menjadi mangsa tebusannya tanpa wanita itu sedari kerana suasana disitu agak gelap.
"Kau yang perangkap Tuan Brad dulu, kau dah lupa?" Tyler memutar tubuhnya menatap tajam kearah Maria.
Maria mendongak memandang ke arah Tyler. Serta merta terbayang diruang matanya peristiwa lima tahun lepas.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...