Alpine Design
Hari demi hari, Alderado semakin boleh menerima kehilangan Bella. Dia juga harus terima hakikat, Bella sekarang bukan miliknya lagi. Dia harus lepaskan Bella pergi jauh dari hidupnya dan Bella berhak untuk bahagia.
Tok
Tok"Masuk"
Derapan sepatu melangkah menghampiri Alderado yang masih berdiri menghadap ke arah rak buku dalam ruang pejabatnya.
"Hey, Al. Are you busy?" Sapa Jessica lembut sambil berjalan menghampiri Alderado.
Alderado memutarkan tubuhnya memandang kearah Jessica.
"Hey, Jess. No, I'm not busy. Come, have a seat" arah Alderado sambil tersenyum kearah Jessica.
"Bagaimana dengan projek ubahsuai mansion Madam Teressa?" Alderado duduk dikerusi bersebelahan dengan Jessica.
"Good. 80 peratus hampir siap. Saya harap, Madam Teressa suka dengan dekorasi baru ni" dahi Alderado berkerut.
"What do you mean?" Soal Alderado hairan.
"Owhh.. I'm so sorry. Saya lupa nak beritahu awak, Al. Sebenarnya, Madam Teressa tiada di Dubai. Dia outstation 2 minggu di Greece" jelas Jessica terus terang.
"Owh..jadi, dia belum lihat lagi keadaan mansionnya sekarang"
"Ermm-hmm" Jessica menggeleng kekiri dan kekanan dengan perlahan.
Alderado membeliakkan matanya seraya mengangkat kedua keningnya.
Ini merupakan situasi pertamanya, melakukan renovation tanpa pelanggannya.
"Tapi, awak jangan risau. Saya selalu update perkembangan terkini mengenai setiap renovation yang dah dilakukan dan Madam Teressa menyambut baik" jelas Jessica panjang lebar.
Alderado menarik nafas lega.
Jessica tersenyum. Dia faham situasi Alderado. Dia juga pernah berhadapan dengan pelanggan yang cerewet. Renovation sudah hampir 100% siap, tapi pelanggan tidak berpuas hati dan dia terpaksa mengubah plan yang baru.
Kali ini, dia bersyukur kerana dia mudah berurusan dengan Madam Teressa. Wanita itu menaruh 100% kepercayaan padanya Dan dia harus lakukan yang terbaik untuk kepuasan pelanggannya.
"Good job, Jess. Saya tahu, awak boleh lakukan dengan baik" ucap Alderado sambil menepuk perlahan belakang tangan Jessica.
Jessica tersenyum lebar saat dipuji Alderado.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...