Genap sebulan Bella bergelar isteri kepada Brad. Sudah puas Bella memujuk Carlos untuk ikut dan tinggal dengannya di mansion Brad, namun Carlos tetap menolak. Dia lebih selesa untuk tinggal di mansionnya.Flashback on
Usai makan malam, Bella mengambil peluang untuk berbincang dengan Carlos di ruang pejabatnya di tingkat 2.
Tok
Tok"Masuk" terdengar dengan jelas suara Carlos melalui pengeras suara yang terlekat di daun pintu pejabat Carlos.
Bella membuka pintu lantas melangkah masuk menghampiri meja kerja Carlos.
"Pa.."
Carlos yang tadi leka menatap file kerja lantas mendongak saat Bella memanggilnya."Bella.. Ada apa,sayang?" Tanya Carlos. Dia menutup file kerjanya lalu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Bella.
Bella menarik kerusi di hadapan Carlos lalu duduk.
Carlos menatap lama wajah ayu anak perempuan satu-satunya itu.
"Pa..,ikut Bella tinggal di mansion Brad, please pa.. Bella nak jaga papa." Bella terus ke agenda sebenar. Dia tidak mahu berkias-kias lagi.
Carlos mengeluh berat. Dia menegakkan tubuhnya, kedua tangannya ditekan dimeja.
"Sayang..kerja papa disini. Walaupun papa tak ke pejabat, tapi papa masih beri pengawasan dari sini. Office papa disini,sayang." Tolak Carlos dengan cara baik. Dia tidak mahu Bella kecil hati.
"Tapi, pa.."
"Bella.., Bella sekarang sudah jadi tanggungjawab Brad, suami Bella. Bella kena ikut cakap suami. Tak baik tau isteri melawan cakap suami. Lagipun, mansion Brad tak jauh dari mansion papa. Bila-bila pun, mansion ni sentiasa terbuka untuk Bella dan Brad. Bella boleh datang melawat papa disini. Kalau papa free, papa akan melawat Bella di sana." Terang Carlos panjang lebar.
Bella tersenyum hambar. Dia kecewa kerana Carlos menolak untuk tinggal dengannya. Dalam masa yang sama, dia akui, apa yang dikatakan oleh Carlos Ada benarnya. Mansion Brad tidak jauh dari mansion keluarganya. Bila-bila saja dia boleh datang kesini.
Pada awalnya, dia sendiri meletakkan syarat untuk tetap tinggal di mansion Carlos sebelum berkahwin dengan Brad. Tapi, setelah dia tahu, Brad sekarang menetap di New York, dia sedikit lega.
Bella tersenyum lebar.
"Ok, pa. Ada masa, Bella datang melawat papa disini." Ujar Bella senang hati. Masalahnya selesai.
Carlos tersenyum lega.
Ternyata anaknya sudah besar dan mampu berfikir dengan matang.****
Mansion Brad
Brad senang hati saat Bella sudah berpindah masuk ke mansionnya. Sekarang, dia tidak perlu berulang-alik jauh dari pejabat lagi.
Dari mansionnya ke pejabat hanya memakan masa 15minit, jika sesak hanya memakan masa selama setengah jam sahaja. Brad lega saat isterinya membuat keputusan untuk tinggal di mansionnya."Thank you, sayang" ucap Brad yang sudah berdiri dimuka pintu kamar sambil menyilang kedua tangan didada bidangnya.
"Untuk apa,babe?" Tanya Bella hairan.
Brad tersenyum melihat Bella yang asyik mengemas semua pakaiannya kedalam walk in closet. Isterinya tidak mahu bantuan Marry. Dia mahu mengemasnya sendiri.
Brad melangkah menghampiri Bella. Dia membantu Bella mengemas.
"It's ok, babe. Biar Bella kemas" halang Bella saat Brad mahu membantu.
Brad hanya menggelengkan kepalanya perlahan dengan sikap isterinya.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...