Bella termenung jauh di ruang balkoni biliknya. Dia menatap ke luar halaman kediaman mansion, fikirannya melayang jauh. Dia teringat saat Clay datang ke mansion bersama isterinya Elena dan puteri sulungnya Adra berusia 2 tahun.
Dia sama sekali tidak tahu bahawa abangnya Clay sudah berkahwin.Flashback on
"Hey" sapa Clay kepada Bella yang asyik menatap sebuah majalah dekorasi.
Bella mendongak."Hey, Clay" sapa Bella seraya meletakkan majalah di meja jati dihadapannya dia bangun lalu mencium pipi Clay.
Matanya menatap lekat pada susuk tubuh seorang wanita dan seorang anak kecil dipangkuan wanita itu.Clay seolah faham pada arah pandangan Bella.
"Isteri abang, Elena Gilbert dan ini anak abang Adra" Bella ternganga.
"Abang dah kahwin? Oh my god, you never told me about that" Bella menghampiri Elena lalu mencium kedua dua belah pipi Elena.
"Cantiknya kak Elena" puji Bella sambil tersenyum.
"Hai Bella. Nice to meet you. Bella pun cantik. Lebih cantik dari gambar" Elena menatap gambar yang tergantung di dinding ruangan di sudut mansion.
"Arhh!" Bella melambaikan tangannya. Terlalu besar pujian itu padanya.
"Hey Adra.. cutenya.. may i?" Pinta Bella untuk mengendong Adra. Anak kecil benetra mata biru sama seperti Elena menatap kearahnya sambil tersenyum.
"Ya, sure" Elena menyerahkan Adra pada Bella. Adra kini berada dalam pangkuan Bella.
"Hahh..bulbbbb.." agah Bella pada Adra membuatkan anak kecil itu ketawa mengekek.
Bella yang menggeram mula mencium pipi Adra sehingga merah. Elena hanya terkekeh ketawa saat Adra merengek tidak suka."Bella, abang ada sesuatu nak di bincangkan dengan Bella" Clay menoleh ke arah isterinya. Elena yang faham, segera mengambil Adra dalam pangkuan Bella.
"Ala.. Bella belum puas lagi bermain dengan Adra" Bella membuat muka masam. Adra yang melihat kelakuan Bella ketawa mengekek.
"Kelakar ye? Sukanya dia.." Bella mencubit geram pipi Adra yang tembam.
"Bella"panggil Clay lagi. Bella kembali serius.
"Ok, fine.." Bella kembali duduk di sofa berhampiran dengannya.
Clay duduk di sofa berhadapan dengan Bella. Dia menatap tajam kearah adiknya.
Elena dan Adra sudah berlalu pergi, naik ke bilik Clay."Ada hal penting apa yang abang nak bincangkan dengan Bella?" Tanya Bella sambil menongkat dagunya. Sikunya diletakkan di atas lututnya. Matanya melorot tajam menatap wajah Clay.
Clay mengeluh.
"Kenapa Bella terima lamaran Brad?" Riak wajah Bella berubah. Dia menyandarkan tubuhnya di sofa. Kedua tangannya menyilang di depan dada.
"Kenapa?"
"Bella, he's Brad ok. You ask me, why?" Clay bingung dengan sikap Bella.
"Yah.. of course i know, he's Brad. Any problem?" Tanya Bella hairan. Papanya dan Clad menerima baik keputusannya, kenapa tidak pada Clay.
"Bella dah fikir masak-masak ke? Macam mana dengan Alderado?" Bella memutarkan bola matanya. Dia mengeluh kasar.
"Abang..jangan sebut nama lelaki tu lagi, please.. Bella mohon sangat. Hubungan Bella dengan dia dah lama putus sejak Bella tinggalkan Dubai lagi. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi." Tegas Bella sambil menatap ke arah Clay.
"Semudah itu?" Soal Clay masih tidak berpuas hati dengan jawapan Bella.
"Ya.. Dia dah buang Bella, abang. Untuk apa lagi Bella mengharap pada dia. Dia buang Bella macam sampah! Langsung tidak mahu dengar penjelasan Bella. Padanya, Bella ni buruk" Bella menunding jari kearah dirinya. Airmatanya sudah tiada untuk lelaki bernama Alderado.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...