Vincent Department & PropertiesClad mundar mandir dari tadi. Dia Tak senang duduk saat pulang dari meeting di sebuah syarikat perhotelan terkenal The Oriental Palace Residents Hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Brooklyn, New York.
Dia sangat mengenali wanita itu. Wanita yang selama ini telah pergi meninggalkannya kerana desakkan keluarganya yang mahukan kekasihnya itu berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya.
Flashback on
Saat Clad tiba di ruangan bilik meeting The Oriental Palace Resident Hotel bersama setiausaha peribadinya Lucas, sudah ramai yang menanti mereka sana.
Clad bersalaman dengan semua yang berada disitu. Namun, tingkahnya terhenti saat bertemu tatap dengan seorang wanita yang tidak pernah lenyap di fikirannya, apatah lagi hatinya. Wanita itu adalah wanita pertama dan terakhir yang pernah bertakhta di hati lelakinya.
Clad menelan ludahnya kasar. Ternyata, wanita itu juga beriaksi sepertinya.
Clad cuba berlagak tenang. Dia tidak mahu menghancurkan suasana disitu. Tujuannya datang kesitu adalah untuk menjalankan usahasamanya dengan syarikat itu. Dia tidak mahu, hanya kerana seorang wanita, usahasamanya rosak begitu sahaja.
Sepanjang waktu berlangsungnya meeting, Clad dapat melihat,wanita itu hanya menatap lekat ke wajahnya. Kadang-kadang tersenyum manis sambil melihatnya membuat perbentangan di hadapan.
Kenapa dia seperti ini? Tidak Ada sekelumit pun rasa bersalahkah dalam dirinya kerana pergi meninggalkan Clad sendirian disini? Meninggalkan cinta sejatinya yang pernah terjalin selama 7 tahun?
Usai sahaja meeting, Clad terus melangkah keluar dari ruangan bilik meeting dari terus menatap dan bertentang mata dengan bekas kekasihnya. Dia melangkah pergi meninggalkan Lucas.
"Clad,tunggu" panggil seseorang dari arah belakang. Langkah Clad terhenti. Memandangkan lift sudah tidak jauh darinya, Clad melangkah pantas menekan butang lift. Dia harus pergi dari situ secepat mungkin.
"Clad, nanti" Tahan wanita itu pantas sambil mencengkam pergelangan tangan Clad.
Langkah Clad terhenti. Perlahan dia menarik tangannya dari cengakaman bekas kekasihnya. Dia tidak mahu jadi buah mulut kakitangan pekerja dan karyawan disitu."Ada apa lagi Mrs.Miranda? Saya rasa, perbentangan saya sudah tamat saat di bilik meeting tadi." Tekan Clad seperti mahu mengelak dari berbual dengan wanita yang baru sahaja dipanggil Miranda.
"Miss Miranda,bukan Mrs. Miranda" wanita itu membetulkan panggilan Clad.
Clad terkedu. Dia pantas menoleh, menatap kewajah campuran Miranda.Wanita itu tersenyum.
"Mir masih single,Clad. Macam dulu" jelas Miranda yang faham maksud tenungan Clad.
"Bukankah kau..-"
"Ya. Tapi, perkahwinan kami terbatal" celah Miranda pantas. Clad memutar tubuhnya menatap sepenuhnya kearah Miranda.
"Can we talk,Clad. Please.. lunch with me" Miranda menatap tepat ke wajah Clad. Dia berharap Clad menerima pelawaannya. Pandangannya penuh mengharap.
"Yes,please.." jawab Clad sambil melangkah masuk ke dalam lift diikuti Miranda. Lucas yang sudah ada dibelakang mereka,ikut melangkah masuk ke dalam lift.
"Lucas, awak pulang ke pejabat dengan teksi ya. Saya Ada urusan"
"Baik Mr.Clad" Lucas sudah tahu kemana arah tujuan bosnya selepas ini. Dia mengenali Miranda. Dia juga tahu hubungan yang pernah terjalin antara Clad dan Miranda dahulunya. Sudah hampir 10 tahun lebih Lucas berkhidmat dengan Carlos. Dia sudah tahu selok belok rahsia keluarga Carlos.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...