Dua hari setelah kembalinya Brad dan Bella ke Dubai, barulah Brad mendapat video rakaman dari Tyler. Disitu juga ada bukti dimana Dato'Seri Chan memang mahu jatuhkan bisnes Brad yang dibangunkannya sehingga berjaya menerusi seluruh benua Eropah. Brad tidak sangka, Dato' Seri Chan sanggup bertindak begitu semata-mata mahu menjatuhkannya. Dia tahu, ramai ahli perniagaan yang cemburu dengan kejayaannya.
Semua itu adalah rezekinya berkat dari hasil usahanya sendiri. Dia langsung tidak mengharapkan bantuan dari sesiapa.
"Bie..." Brad segera menyimpan i phonenya ke dalam saku seluar pendeknya saat Bella mendekatinya. Belum masanya untuk dia tunjukkan semua ini.
Brad menoleh sambil tersenyum kearah Bella."Bie buat apa sorang-sorang kat sini?" Soal Bella sambil merenung laut yang berada di hadapan mereka berdua. Ya, inilah pemandangan indah yang terdapat di belakang mansion Brad. Lautan indah yang terdapat di Dubai.
Brad tersenyum sambil tangannya memeluk bahu isterinya, lantas menarik tubuh Bella dekat dengannya.
"Cantikkan. Bie rasa tenang bila duduk di sini" jawab Brad jujur.
"Mmm, cantik. Bella pun suka." Sambut Bella sambil tersenyum lebar.
"Bie..are you alright? Lately ni, Bella tengok bie macam lain. Kenapa, ada masalah kat pejabat ke? Kalau bie nak ke pejabat, pergilah..Bella tak halang pun. Douglas dan Lisa ada untuk jaga Bella kat mansion ni" luah Bella. Dia risau bila lihat Brad sering termenung. Brad yang dia kenal bukan seperti Brad yang dilihatnya sehari dua ini.
"No.. bie ok je.. mungkin bie penat sangat kot, banyak perkara nak kena fikir. Yelah, x lama lagi bie dah nak jadi daddy, sayang dah jadi mummy. Bie perlu bahagi masa untuk bantu sayang jaga anak kita..no, no.. anak-anak kita. Tanggungjawab bie semakin bertambah, bie kena kerja keras lagi untuk bahagiakan isteri dan anak-anak bie." Jelas Brad panjang lebar. Dia tidak mahu Bella syak yang bukan-bukan. Bella tidak patut tahu hal yang sebenarnya dalam waktu terdekat ini. Kesihatan isterinya sangat penting baginya sekarang.
Bella tersenyum mendengar kata-kata dari suaminya.
"Bella dah cukup bahagia dengan bie. Bella tak perlukan apa pun,sayang. Harta bukan segalanya bagi Bella, asalkan bie ada disisi Bella saat susah dan senang."
"Tapi kita perlukan harta untuk lebih selesa, sayang.. bie nak orang yang bie sayang hidup dalam keadaan yang selesa. Biar bie penat cari rezeki sorang-sorang tak pe.. asalkan orang-orang yang bie sayang ni bahagia..ada masa free kita pergi holiday kat oversea, sayang habiskan masa untuk pergi shopping..buat treatment head to toe, spa, facial semua tu..kan best macam tu. Bie puas lihat isteri kesayangan bie ni cantik sepanjang masa. Bukan cantik luaran saja, tapi cantik luar dan dalam" luahan Brad membuat Bella rasa terharu. Dia tidak sangka, dia adalah wanita paling bertuah di dalam dunia ini kerana bersuamikan Bradley Stephen. Lelaki dihadapannya ini terlalu sayang dan menyintainya setulus hati. Dia rasa sangat beruntung.
"Thank you, sayang.. i'm appreciate it"
Ujar Bella lembut."I love you" sambung Bella lagi.
"I love you most" sambut Brad lantas mencium ubun-ubun Bella sekilas. Brad memeluk erat tubuh Bella ke dalam pelukkannya.
Fikirannya tenang seketika tatkala bermesra dengan Bella. Isterinya segalanya baginya kini.
"Sayang...jom masuk. Tak elok tau perempuan mengandung duduk depan laut ni lama-lama." Ujar Brad dengan nada yang lembut.
Bella mendongak sekilas ke arah suaminya lantas menganggukkan kepalanya. Kedua mereka berjalan masuk ke dalam mansion semula.
*****
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...