2 minggu kemudian,Hari bahagia Bella hanya tinggal 1 minggu dari sekarang. Mereka langsung tidak membuat apa-apa persiapan. Clad beritahu, semuanya Brad telah uruskan. Bella terkedu.
Dia tidak menyangka, Brad sanggup membuat persiapan 100% tanpa bantuan dari pihaknya. Hatinya tambah berdebar. Dia tidak tahu seperti apa majlisnya nanti.Semalam dia pergi semula ke Kliendfeld Bridal untuk mencuba dress perkahwinan yang ditempah khas oleh Brad. Dia tidak sangka, dress perkahwinannya sangat cantik. Ternyata, Brad punyai taste yang hebat.
Bella menatap ke arah dress perkahwinannya yang tergantung indah di ruangan kamarnya. Disitu juga lengkap dengan veil.
"Cantik, kan" Elena lantas duduk di sebelah Bella.
"Kak Elena.. bila sampai?" Bella terkejut saat melihat kak iparnya sudah berada disisinya di birai katil. Dia sendiri tidak sedar, bila Elena masuk ke dalam biliknya.
"Baru je.. mengelamun jauh, sampai kak Elena masuk pun tak sedar" usik Elena membuat Bella tersenyum.
"Mana Adra?" Bella terintai-intai mencari kelibat anak saudaranya.
"Tidur. Ada di bilik." Jawab Elena sambil melebarkan senyumannya pada Bella.
"Cantik wedding dress Bella. Tentu mahal." Elena bangun lantas menyentuh permukaan dress. Dia tahu, material yang digunakan sangat berkualiti tinggi.
"Bella pun tak tahu,berapa harga wedding dress ni. Semuanya, Brad yang uruskan. Kak Elena tengok ni" Bella mengeluarkan kotak berwarna putih dari walk in closetnya. Dia lalu membukanya.
"Wow..cantiknya,Bella. Ini pun, Brad tempah juga ke?" Elena menyentuh kemudian mengangkatnya. Sepatu tinggi 7 inci berwarna putih. Sekitarnya dipenuhi dengan batu swarovski yang nyatanya sangat mahal. Elena masih tercengang.
"Untungnya, Bella. Ternyata,dari sini saja Kak Elena sudah dapat meneka seperti apa karektor Brad. Dia terlalu sayangkan Bella sehinggakan dia sanggup berbelanja besar demi melihat Bella gembira dan bahagia. Sudah pasti rekaannya ini tunggal dan ditempah khas buat Bella seorang" ternyata tekaan Elena memang tepat.
"Bella bahagia?" Soal Elena sambil menatap ke dalam anak mata coklat milik Bella.
Bella tersenyum lantas mengangguk. Dia lantas memeluk tubuh Elena erat. Elena sudah dia anggap sebagai pengganti ibunya dan merangkap kakaknya. Dia senang berbicara dengan Elena."Bella bahagia kak. Bella tak sangka, dia buat semua ni semata-mata untuk lihat Bella bahagia." Luah Bella. Matanya sudah basah kerana menangis.
"Syhh.. tak nak nangis-nangis. Bella sekarang tengah darah manis tau. Jangan keluar kemana-mana dah, ok. Duduk je dalam mansion sampai tiba hari bahagia." Pujuk Elena lembut. Bella menganggukkan kepalanya pantas.
****
Mansion Brad, New York City
Brad yang tadinya baru selesai mandi segera mengangkat telefon. Kliendfeld Bridal menghubunginya menyatakan, Bella sudah mengambil dress perkahwinannya. Brad jadi semakin tidak sabar untuk melihat Bella menyarungkannya pada tubuh. Tentu sangat cantik. Sepatu yang ditempah juga sudah sampai ke tangan Bella melalui servis delivery. Dia harap Bella menyukainya.
Hitungan masa yang sebulan sudah tinggal seminggu. Dia sudah tidak sabar untuk menjadikan Bella miliknya.
"I miss you, honey" Brad menatap skrin iphonenya. Disitu terdapat gambar Bella. Dia membawa skrin iphonenya ke bibir. Dia lantas mencium bibir Bella, kemudiannya tersenyum. Dia sangat rindukan wanita ini. Dia sudah tidak sabar untuk menatap, memeluk dan mencium wanita ini. Dia terlalu cintakan Bella melebihi apa pun.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...