Seawal pagi lagi Alderado sudah tiba di pejabat. Dia meletakkan jambangan bunga ros merah di atas meja kerja Bella. Disitu juga terselit kad berbentuk hati. Dia berharap, Bella menerimanya dengan hati yang terbuka.Bella yang baru sahaja tiba, terkejut melihat jambangan ros merah terletak indah di atas meja kerjanya. Dia lantas meletakkan tas tangan dan tas kerjanya di atas meja. Tangannya segera mencapai jambangan bunga ros lalu dibawanya ke hidung.
"Mmm..harumnya" Bella tersenyum lebar. Hatinya tertanya-tanya, siapakah yang beri jambangan bunga ini padanya? Matanya terpandang kad berbentuk hati terselit di celah-celah bunga. Perlahan dia membuka dan membacanya.
"Seindah jambangan ros ini, lebih indah wajahmu dipandangan mataku. Seharum kuntuman ros ini, lebih harum aroma perfume mu di ciumanku.
Semekar kembangan ros ini, lebih mekar cintaku padamu.."I Love U ARABELLA❤
Ikhlas dari,
AlderadoBella menekup mulutnya dengan tangan.
"Jadi...selama ini, Alderado..." airmata jatuh di pipi mulus Bella. Dia tak dapat nak gambarkan perasaannya saat ini.
Adakah dia memiliki perasaan yang sama pada Alderado?
Airmata ini, adakah ini adalah airmata gembira? Terharu? Atau airmata bersalah?
Selama dia mengenali Alderado, dia tak nafikan, lelaki itu sangat baik padanya. Malah, dia tidak pernah melihat mana-mana wanita datang ke pejabat untuk bertemu dengan Alderado. Alderado banyak membantunya dan dia juga yang menawarkannya supaya menjadi share partner dalam Alpine Design kerana kebolehan yang dimiliki Arabella.Jika tiada Alderado, dia tidak tahu bagaimana hidupnya saat baru tiba di Kota Dubai ini dulu.
Tapi.. adakah semua ini kerana atas dasar balas budi atau terima kasih atas apa yang Alderado pernah lakukan padanya?
Bella bingung dengan perasaannya sendiri."Jadi..semalam?" Bella mengeluh. Baru dia mengerti kenapa Alderado bersikap dingin saat tahu dia pernah tidur dengan Brad. Rupa-rupanya, Alderado ada simpan perasaan padanya.
Bella meletakkan jambangan bunga dan kad diatas mejanya semula. Dia melangkah keluar dari ruangan pejabatnya lantas menuju ke arah bilik yang memiliki pintu kayu berwarna biru muda.
Tok
Tok
Tok"Masuk" terdengar dengan jelas suara seorang lelaki dibalik pengeras suara yang ada diluar pintu.
Bella mula merasa debaran dalam hatinya. Dia menyentuh dadanya.
Adakah debaran ini kerana perasaan gemuruhnya hendak bertemu Alderado atau dia sememangnya punya perasaan pada Alderado.
Sebelum ini, dia tidak pernah rasa sedebar ini.
Bella memejamkan matanya buat seketika, dia menelan ludahnya kasar.
Perlahan tangannya terhulur.Ceklek!
Bella menjengah separuh tubuhnya dimuka pintu.
Dia dapat lihat dari jauh, Alderado sibuk dengan plan dan kertas kerjanya yang terletak diatas meja kerjanya."Al..." panggilan Bella mampu membuat Alderado mendongak.
Dia tersenyum memandang ke arah Bella."Boleh aku masuk?"
"Yah.. come here" sahut Alderado seraya menghentikan kerjanya buat seketika. Bella melangkah rapat ke meja kerjanya.
"Have a seat" arah Alderado. Bella menurut. Alderado juga ikut duduk di kerusi kebesarannya.
Dia berharap, Bella sudah melihat jambangan bunga yang diberikannya, serta membaca kad berbentuk hati yang terselit di celah jambangan ros.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...