Suasana Kota Dubai pada waktu malam sangat indah. Setiap design dan bentuk bangunan dikiri kanan jalan mempunyai nilai estetika yang tersendiri.
McLaren 600LT Silver meluncur laju dijalan utama Kota Dubai. Keindahan malam Kota Dubai tidak mampu untuknya menenangkan fikiran. Diruang matanya hanya terbayang wajah Arabella.
Tangan kekarnya menggenggam erat stereng kereta. Sesekali dia menghentak geram. Rambutnya yang kemas sudah berantakkan."Arghh! What have i done!?" Bentak Brad pada dirinya sendiri. Dia tidak menyangka, dia tidak boleh mengawal nafsunya saat bersama dengan Bella. Wanita itu terlalu menggodanya.
"I'm so sorry, Bella. Please don't hate me" rayu Brad mula frustasi.
Dia harus berjumpa dengan Bella esok, dan dia harus meminta maaf pada wanita itu.
Untuk memenangi hati gadis, dia perlu lebih tenang, bukan gelojoh seperti ini. Tindakkannya ini boleh membuatkan Bella semakin jauh darinya.****
Palm Jumeirah,
Civic Si Coupe merah berhenti tepat dihadapan mansion Brad. Awal-awal lagi dia lihat, McLaren milik Brad sudah ada disitu.
Bella mengeluh berat. Mahu atau tidak, dia terpaksa berdepan dengan Brad hari ni.
Bella melangkah turun dari keretanya lalu melangkah perlahan masuk ke dalam mansion mewah yang masih lagi dalam proses renovation.Kelihatan beberapa orang pekerjanya sudah ada disana.
"Selamat pagi Miss Bella" sapa salah seorang pekerja yang asyik memasang hardwood di halaman utama.
"Selamat pagi Eric. Everything's okay?" Soal Bella sambil melihat lelaki itu menyambung kerjanya.
"Yah.. everything's fine, like in your plan Miss." Sahut Eric sambil menoleh sekilas ke arah Bella lantas tersenyum.
"Good. Anything happend, let me know"
"Sure" ujar Eric menyambung kerjanya.
Bella berjalan masuk ke arah ruang kamar utama. Disitu dia dapat melihat beberapa orang pekerja sedang mengecat dinding. Matanya lincah melihat ke arah lantai.
"Wow..it's beautiful" puji Bella. Dia puas hati melihat hasil kerja para pekerjanya. Pemasangan sangat kemas dan cantik.
"Lantai parquet yang awak pilih memang cantik. Sesuai dengan citarasa saya" celah Brad yang berjalan menghampiri dari belakang dan berdiri disisi Bella. Kedua tangannya menyeluk ke dalam saku seluarnya.
"Brad, you should note be here" luah Bella datar sambil memerhati sekeliling. Dia tahu, Brad adalah pemilik mansion. Dia tidak sepatutnya berada disini sehingga khidmatnya diperlukan. Dia tidak mahu pelanggannya mengganggu segala tugas dan mungkin akan membuat perubahan mendadak pada bahagian-bahagian tertentu dan perkara ini boleh merumitkan lagi keadaan.
"This is my house" Brad mengingatkan Bella seraya tersenyum sinis.
"I know. I'm not fool.." Bella menjeling sekilas lantas berlalu meninggalkan Brad. Dia berjalan naik ke tingkat atas. Brad mengekorinya dari belakang. Ternyata ditingkat atas, para pekerjanya belum lakukan apa-apa ubahsuai lagi.
Brad memerhati sekeliling, hanya mereka berdua yang berada ditingkat atas. Saat Bella melangkah masuk ke dalam salah satu kamar dan menghampiri kawasan kamar mandi, Brad lantas meraut tangan Bella membuatkan langkah Bella terhenti."Bella.. we need to talk" bisik Brad dengan nada suara yang perlahan. Dia tidak mahu para pekerja Bella terdengar perbualan mereka.
"Tak ada apa yang nak dibincangkan" Bella cuba menarik tangannya, ternyata genggaman Brad sangat kuat.
"Sakit, Brad. Lepas" pinta Bella sambil meronta dan cuba menarik tangannya. Tetap saja tidak berdaya.
"Please.." rayu Brad lagi. Akhirnya Bella mengalah. Dia membiarkan Brad menggenggam tangannya. Brad menarik Bella ke kawasan balkoni di tingkat 1. Dari situ, mereka dapat melihat keindahan laut yang hijau kebiruan, sangat cantik.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...