Mansion Vincent
Hari ni, Cald memanggil Clay, Elena, Bella dan Brad datang ke mansion. Dia mahu mengumumkan sesuatu.
Bella dan Brad sudah tiba awal di mansion. Bella rindukan Carlos. Dia mahu melawat Carlos terlebih dahulu sebelum semuanya mula berkumpul.
"Hi, papa. Macam mana keadaan papa hari ni?" Tegur Bella yang mula melangkah masuk ke dalam bilik Carlos diikuti dengan Brad di belakangnya.
"Errkk.. owh, Bella, Brad. Dah lama kamu berdua sampai?" Soal Carlos dengan suara yang lemah.
"Baru sampai, pa. Papa macam mana?" Soal Brad mula menghampiri sisi katil Carlos lalu memeluk tubuh Carlos.
"Papa macam ni lah, Brad. Sekejap ok, sekejap sakit" balas Carlos sambil menatap sayu ke wajah anak Dan menantinya bergantian.
"Pa.." Bella menggenggam tangan Carlos erat. Carlos memandang ke arah anak perempuan satu-satunya.
"Beritahu Bella, pa..apa sebenarnya penyakit papa. Bella tengok, sakit papa tak juga sembuh. Papa ada rahsiakan apa-apa dari pengetahuan Bella?" Bella sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan Carlos yang sering saja sakit.
Carlos terdiam. Dia malah mengalihkan pandangannya lalu memandang terus ke kelangit ruangan kamar.
"Papa..please.., jangan buat Bella macam ni. Bella risau tengok keadaan papa. Papa tak sayangkan Bella ke? Papa tak lama lagi nak jadi datuk" Carlos menoleh menatap kewajah anak perempuannya. Riak wajahnya berubah ceria.
"Apa maksud Bella?" Soal Carlos untuk kepastian.
"Bella hamil pa, twins" ujar Bella sambil tersengih gembira.
Wajah Carlos juga berubah ceria tatkala mendengar Bella hamilkan anak kembar. Ternyata gen kembar dari Cald dan Clay dapat pada anaknya, Bella.
"Thank God. Tahniah untuk anak papa" Ucap Carlos sambil mengusap lembut rambut Bella.
"Sekarang, papa beritahu Bella, apa sebenarnya penyakit papa?" Soal Bella masih tidak berpuas hati.
Brad yang berdiri disisi isterinya menyentuh bahu Bella lembut. Dia Tak mahu isterinya terus-terusan memaksa Carlos."Sayang.., sayang keluar dulu. Izinkan babe berbual dengan papa sebentar" Pinta Brad dengan nada suara yang lembut.
Terdengar keluhan di bibir Bella. Kemudian dia mengangguk perlahan.
Bella berjalan keluar dari kamar Carlos. Dia menuruni tangga, sesampainya di lantai bawah,"Mummy Beya" Bella menoleh. Riak wajahnya yang suram serta merta berubah ceria.
"Adra!! Rindunya Mummy dekat Adra" Bella lantas mendukung Adra.
Elena Dan Clay berjalan menghampiri kearah Bella.
"Adra ni, lepas dia tahu mummy Bella dia ada di mansion grandpa dia, tak sabar-sabar nak datang" cerita Elena sambil terkekeh ketawa diikuti dengan Bella.
"I miss you, mummy Beya" ucap Adra dengan suara pelatnya.
"I miss you too, sayang..cup!" Bella mencium pipi tembam Adra geram.
"Eh, Bella datang sorang ke? Mana Brad?" Tanya Clay hairan. Dia meninjau-ninjau di sekitar mansion.
"Brad ada dalam bilik papa" jawab Bella sambil tersenyum hambar.
"Kenapa?" Soal Elena risau dengan perubahan riak wajah Bella serta merta.
"Kak Ena dan Abang Clay tahu tak, apa sebenarnya penyakit papa?" Clay dan Elena berpandangan. Kemudian keduanya mengangguk serentak.
Bella rasa sayu dan hiba. Kenapa hanya dia yang tidak tahu apa sebenarnya penyakit Carlos. Adakah dia masih tidak penting dalam keluarga ini?
"Jadi, selama ni.., Abang Clay dan Kak Ena rahsiakan hal ni dari Bella? Kenapa?" Bella menatap ke arah Clay dan Elena bergantian.
Keduanya terdiam.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...