Bab 1 : Ikhwan

84 18 0
                                    

Keluarga aku ialah keluarga yang sangat disegani sebab abang-abang dan kakak aku semuanya ada ijazah cuma aku dengan adik aku je yang masih lagi bersekolah.Mak aku seorang Cikgu manakala,ayah aku pula ialah seorang pensyarah di sebuah Universiti.Aku kena selalu lulus dalam peperiksaan tak boleh gagal langsung. Gred paling rendah untuk aku ialah B kalau dapat C memang kena hempuklah aku jawabnya.

Sejak aku kecil lagi,aku dah disuruh untuk selalu belajar.Jadi,setiap kali peperiksaan memang aku selalu dapat No.1 samalah juga dengan adik aku.Aku ada 6 orang adik beradik termasuklah aku,4 lelaki dan 2 perempuan.

Aku banyak habiskan masa aku di rumah,perpustakaan dan pusat tuisyen.Aku memang jarang keluar dengan kawan-kawan.Kalau nak keluar dengan mereka sekali pun,kena bagi alasan yang kukuh ataupun bagi tahu kebaikan yang akan aku dapat kalau lepak dengan kawan-kawan.

Berkawan pun aku kena memilih.Kawan aku tak boleh yang kelas belakang ataupun yang selalu kaki ponteng.Aku kena kawan dengan mereka yang kelas depan,selalu datang sekolah dan aktif dalam bersukan.Ini baru berkawan kalau nak bercinta pun kena memilih juga.

Ada satu hari tu,aku secara tak sengaja terdengar perbualan diantara mak aku dengan kawan baik mak aku iaitu,Mak Cik Kalsom.Apa yang aku tahu Mak Cik Kalsom selalu sangat cakap yang dia selalu bergaduh dengan suami dia.Tapi,aku dah lama tahu sebab setiap kali aku balik sekolah,aku akan jalan depan rumah dia,jadi memang selalu jugalah aku dengar laki bini tu bergaduh.

Aku kenal anak Mak Cik Kalsom yang sulung je sebab dia pelajar SPM paling cikgu harapkan untuk dapat 'straight A' sama macam aku juga.Mak aku pun selalu cakap pasal,Wahidah hanya disebabkan aku dan Wahidah adalah sebaya dan berada di dalam kelas yang sama,tak bermaksud ada jodoh diantara aku dan Wahidah.Tapi,yang peliknya aku tak pernah nampak anak Mak Cik Kalsom yang bongsu seolah-olah dia tak pernah wujud.Entah lelaki,entah perempuan yang aku tahu umur dia 13 tahun.

Tanpa membuang masa,aku segera pergi ke sekolah.Setibanya,di sana aku terserempak dengan pelajar sesi petang.Biasanya,pelajar perempuanlah sebab bila aku melangkah masuk ke dama sekolah mesti akan ada sebilangan pelajar perempuan nak minta nombor aku.Kalau yang sama persatuan,rumah sukan atau unit beruniform dengan aku tu,aku fahamlah tapi yang ni lagsung tak ada kaitan.Instagram aku pun diorang follow.

Mungkin,sebab aku handsome.Kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama.Tapi,itulah aku kena berlagak sikit sebab kalau aku layan,mak aku mesti bising punya.Aku terpaksalah ignore sahaja diorang lalu aku pun dengan pantas berjalan menuju ke kelas tiba-tiba aku terlanggar seorang pelajar perempuan tingkatan 2.Nasiblah,tak terbaring kangkang aku kat situ.Aku cuma terjatuh macam lelaki macho yang lain.

•○●○●♡●○●○•

Banyak kali,dia minta maaf dan banyak kali juga aku balas 'tak apa'.Bila aku bangun,aku tak sengaja terpandang mata dia.Aku terus terkejut dan terpukau sebab orangnya lawa.Dia pun malu-malu je senyum kat aku mana tak merahnya pipi aku masa tu.Aku pun senyum balik kat dia.First time ever,aku senyum kat seorang perempuan.Aku pun terus pergi tapi aku dapat dengar kawan-kawan dia cakap ;
'dia senyum kat kau'
'pergilah minta nombor'

Aku diam je tapi sebenarnya aku tengah malu-malu kucing.Aku pun terus tutup muka aku dengan tangan aku sebab aku tersenyum lebar dan aku terus berjalan sehinggalah aku terpaksa 'mendaki gunung' untuk ke kelas.Kalau memang dah kelas atas,memang ataslah kedudukan kelas kau.

Tapi,entah kenapa aku boleh turun balik sedangkan itu dah anak tangga yang terakhir.Aku segera cari pelajar perempuan yang aku terlanggar tadi.Nasib dapat jumpa dia kat kantin.Aku pun malu-malu minta nombor telefon dia dan tak susah pun nak minta sebab dia terus bagi.Aku dapat tahu dia tu pengawas Pusat Sumber mungkin dia datang awal untuk bertugas.

"Nama awak apa?".Tanyaku dengan nada suara yang lembut.
"Isabell".Jawab dia malu-malu.
Aku terus mengangguk perlahan lalu segera berlalu pergi untuk sorokkan muka aku yang dari tadi tersengih macam orang tak betul.

Masa tu aku tak fikir dah pasal larangan mak aku sebab aku rasa dah mula suka dengan Isabell.Cinta tak boleh dihalang kan?.

Lama-kelamaan,aku mula tipu mak aku yang aku nak pergi ulangkaji.Jadi,aku isi beg aku dengan buku-buku nota untuk yakinkan mak aku demi mendapatkan keizinan dari beliau agar aku dapat keluar dari rumah.Nasib baiklah,aku selalu terlepas dan tak pernah langsung tertangkap.Jadi,aku selalu pergi jalan-jalan dengan Isabell,pergi date.

Lepas aku dah ada teman wanita,aku beranikan diri untuk berkawan dengan pelajar kelas belakang.Diorang semuanya baik-baik selalu juga tolong cikgu angkat buku bagai, tapi itulah diorang ni jenis malas belajar tapi lagi suka bersukan atau datang sekolah masa ada majlis-majlis je.Aku tak pernah pun terpengaruh dengan 'kemalasan' diorang dalam belajar.Tapi,aku selalu je ajar diorang kalau ada matapelajaran yang diorang lemah.

Seteruk-teruk diorang sebab asyik ponteng sekolah,selalu fail dalam exam. . . . diorang tetap ada time aku susah.Kalau kawan-kawan aku yang kelas depan selalu busy.Aku yang lelaki pun selalu sendu tau.Tapi,dah tak sendu lepas aku dah ber-geng dengan kelas belakang dan ada Isabell di sisi.

Buat pertama kalinya,aku rasa bebas.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now