Bab 8 : Bukan Beban

29 14 1
                                    

Di rumah Puan Kalsom. . .

"Maafkan Wahida,mak sebab dah lama tak balik rumah dan tak bagi tahu mak dan arwah ayah tentang anak Wahida".Jelas Wahida.
"Siapa nama anak kamu?".Tanya Puan Kalsom sambil matanya masih lagi kelihatan bengkak akibat menangis.
"Khalid". Jawab Wahida.

"Arwah ayah selalu tanya tentang kau.Tapi,nak harapkan aku jawab apa?.Macamlah kita berdua 'rapat' ".Wardiah seolah-olah rasa agak marah dengan kakaknya yang baru mahu menunjukkan muka.

"Wardiah. . .arwah ayah kamu baru sahaja ditanam.Tanah pun masih merah lagi". Mak Cik Qasih cuba untuk menenangkan Wardiah.

Keadaan bertukar menjadi suasana yang janggal.Namun,Wahida akan tinggal di sini selama beberapa hari untuk menemani Puan Kalsom.Manakala,suaminya pula Yusof akan terus pulang ke rumah setelah malam menjelma.

•○●○●♡●○●○•

Meskipun,Wardiah telah kehilangan seorang ayah, itu bukanlah penghalang untuk Wardiah berhenti daripada menduduki peperiksaan SPM.Wardiah tetap sahaja berusaha menjawab kesemua kertas peperiksaan tersebut sehingga selesai.Walaupun,ada beberapa kertas soalan yang agak dia kurang yakin dan tidak puas hati seperti Sejarah dan Matematik misalnya. Wardiah hanya mengharapkan keputusan peperiksaan SPM miliknya, sama cemerlang seperti Wahida walaupun ia kedengaran sangatlah mustahil.

Beberapa bulan kemudian. . .
Hari yang dinanti-nantikan Wardiah akhirnya telah tiba.Tanpa disangka,Wardiah lulus peperiksaan SPM dengan keputusan yang tidaklah secemerlang kakaknya namun cukuplah dia berjaya lulus dalam kesemua subjek.

"Alhamdulillah.Dengan senang hati,aku akan tunjuk keputusan aku ni kat mak dan bagi tahu dia yang dia tak perlu lagi nak suruh Encik Hanafi tunggu aku! Sebab aku dah lulus bukannya gagal!". Teruja Wardiah sendirian.

"Wardiah!?.Macam mana dengan keputusan SPM kamu?". Mak Cik Qasih ingin tahu sebaik sahaja ternampak Wardiah yang masih lagi berada di depan pintu masuk dewan usai mengambil keputusan SPM.
"Wardiah lulus je mak cik. Gred C dan D tu adalah.Tapi,yang hebatnya . . .Wardiah lulus".Jelas Wardiah.

"Baguslah.Nanti,kamu nak mak cik tolong hantarkan kamu pergi rumah mak ke atau kamu nak pergi sendiri?". Tanya Mak Cik Qasih.
"Wardiah pergi sendiri je Mak Cik. Mak Cik ada banyak kerja lagi kan?.Tak apa,Wardiah pergi sendiri".Jujur Wardiah.
Mak Cik Qasih hanya memberikan senyuman.

Wardiah pun menaiki bas untuk pergi ke rumah Puan Kalsom.Setibanya,dia di perhentian bas,Wardiah pun berjalan kaki hinggalah dia tiba di destinasi.

"Ha?.Macam mana dengan keputusan SPM kamu?".Tanya Puan Kalsom yang sedang menyapu halaman rumah.
"Lulus".Jawab Wardiah dengan bangganya.
"Ada A tak?".Tanya Puan Kalsom.
"Kena ada A ke?".Wardiah mula risau.
"Kenalah.Kalau kamu lulus pun sekurang-kurangnya dapatkanlah A walaupun satu.Tengok keputusan SPM kamu ni.Hapak pun tak ada.Kamu nak cari kerja apa dengan keputusan macam ni".Puan Kalsom mula membebel.

Wardiah hanya mampu mengeluh panjang.Dia pun masuk ke dalam rumah kononnya untuk merehatkan diri tapi sebaliknya,Wardiah secara tidak sengaja menyakiti 'matanya' kerana ternampak keberadaan Encik Hanafi yang sedang berbual rancak dengan Yusof dan Wahida.

"Pandangan menjijikkan apakah ini".Bisik hati Wardiah.
"Datang pun kau.Marilah,sini Encik Hanafi nak jumpa".Kata Wahida sambil sibuk mendodoikan Khalid yang tertidur dia atas ribanya.

"Aku dah janji nak jumpa Ikhwan".Balas Wardiah lalu segera masuk ke dalam bilik tidurnya untuk meletakkan beg sekolahnya.Dia kemudiannya turun semula ke ruang tamu.
"Mulai hari ni.Aku tinggal semula kat sini.Aku dah suruh Mak Cik Qasih hantarkan barang yang aku dah sediakan awal-awal".Tambah Wardiah sebelum keluar dari rumah.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now