Bab 16 : Penyembuhan

27 10 2
                                    

Kemarahan Suraya itu membawanya masuk ke dalam bilik Irdina. Perlahan-lahan,mata Suraya melirik ke arah satu rak buku. Diantara buku-buku tersebut terdapat sebuah buku yang kulitnya bewarna kuning dan sangatlah cantik.

"Adakah ini diari, Irdina?". Kata Suraya sendirian lalu membuka diari tersebut.

___________________☆____________________

| Irdina |
4 Tahun Yang Lalu . .

"Macam mana ni?. Aku gagal Sejarah dan Add Math untuk Peperiksaan Percubaan SPM!. Macam mana kalau aku gagal dalam perperiksaan sebenar pula? ". Kata Irdina sendirian sambil berasa takut untuk pulang ke rumah.

Setibanya Irdina di rumah,dia terus dimarahi dan dipukul oleh Puan Syamira.
"Apa nak jadi kamu ni?. Macam mana boleh gagal dalam Add Math dan Sejarah? Sedangkan dua mata pelajaran tu yang kamu selalu dapat A!". Marah Puan Syamira.

Irdina hanya mampu menangis dan menggigil ketakutan.
"Kau dah kenapa?. Dah macam budak terencat aku tengok. Lain kali, ulang kaji! bukannya 24 jam dengan telefon". Ejek Suraya lalu ketawa.
Irdina pun terus berlari keluar dari rumah. Dia tidak tahu ke mana dia mahu pergi dia hanya berlari dan berlari sehinggalah dia tiba di sebuah jambatan.Jambatan itu sangatlah tinggi malah air tasik di bawahnya pula amatlah dalam.

"Hidup jenis apa ni?.Setiap hari aku kena marah. Dapat nombor 2 dalam kelas pun salah. Dapat B- pun salah. Habis apa yang betul?. Apa kurangnya aku?. Kenapa rakan-rakan kelas aku ejek aku? Kenapa mereka buli aku? Hina sangat ke aku ni " Luah Irdina sendirian.

Kebetulan,Wardiah turut berada di situ untuk mengambil gambar agar dapat membuat koleksi untuk dirinya.

"Boleh tahan cantik juga jambatan ni". Puji Wardiah pada hasil gambarnya.Sedang dia asyik meneliti setiap gambarnya,Wardiah mendapati Irdina juga berada di sana.Dengan pantas,Wardiah pun berlari menuju ke arah Irdina.

Pada waktu itu,Irdina pula tepat-tepat sedang cuba untuk terjun.Bagaikan kilat,Wardiah berlari laju dan menarik lengan Irdina. Kepala Wardiah terhantuk dan lengannya pula terkena besi yang tajam sehingga terkoyak bahagian baju yang menutupi lengannya dan meninggalkan parut. Irdina pula selamat dalam pelukan Wardiah. Mujurlah,Irdina tidak tercedera.

"Apa yang kau fikirkan?!". Marah Wardiah.
Irdina pun terus mengalirkan air mata.
"Irdina rasa terseksa dalam rumah tu. Setiap hari,Irdina kena jadi yang terbaik kalau tak mama akan marah. . .adik beradik Irdina yang lain, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Abang Ikhwan sajalah yang selalu tolong Irdina,tapi sekarang dia kat Sabah. Irdina nak panggil dia suruh balik. . .tapi mama mesti akan marah. Kalau Irdina minta tolong ayah, ayah selalu balik lewat". Luah Irdina.
"Irdina langsung tak boleh nak luangkan masa untuk diri sendiri. Mama kata ini adalah untuk kebaikan Irdina tapi,kenapa mama semakin hancurkan Irdina?". Tambah Irdina.

"Tak apa. Kau tak apa-apa sekarang. Dah berapa lama kau ada rasa nak bunuh diri?". Tanya Wardiah.
"Sejak umur 13". Jawab Irdina.
Wardiah pun terus mengeluh panjang lalu segera membawa Irdina berjumpa dengan doktor pakar yang juga kenalan Wardiah ketika Wardiah menjadi jurugambar untuk majlis kahwin doktor tersebut.

Demi membantu Irdina, Wardiah turut melakukan kerja sambilan dan dalam pada masa yang sama menjadi jurugambar setiap kali majlis perkahwinan ataupun acara penting. Hasil pendapatannya itu,dia berikan separuh pada Puan Kalsom untuk perbelanjaan harian manakala separuh lagi dia gunakan untuk merawat Irdina dan membelikan ubat-ubatan yang harus dimakan oleh Irdina.

Irdina juga tidak hanya mengharapkan duit dari Wardiah. Sebaliknya,dia juga turut menggunakan kesemua duitnya yang disimpan di dalam tabung sejak dia berusia 12 tahun malah duit yang sering Ikhwan berikan padanya untuk perbelanjaan sekolah. Dengan bantuan dan sokong daripada Wardiah,Irdina berjaya sembuh daripada penyakit kemurungannya dan sedang berada dalam keadaan stabil.

"Kakak, nak tak jadi kakak saya?". Tanya Irdina secara tiba-tiba.
Wardiah terus kehairanan.
"Kalau kakak kahwin dengan abang Ikhwan, kakak akan lagi senang nak tolong Irdina. Irdina mungkin perlukan bantuan daripada kakak lagi". Jujur Irdina.
"Aku faham. Tapi,yang paling penting kau jangan lupa untuk solat dan baca Al-Quran. Kau kuat,Irdina". Pesan Wardiah.

"Tapi, Irdina ambil tindakan untuk bunuh diri namun masih layak dipanggil kuat?". Hairan Irdina.
"Kau seorang yang kuat. Berbanggalah sebab masih bertahan sampai sekarang sebab kalau tak mesti bila-bila masa je kau nak buat lagi. Sekarang, kau dah pandai nak tengok hal yang positif dalam keadaan kau yang negatif". Jelas Wardiah.

"Kau sememangnya,perempuan kuat dan luar biasa. Jangan mudah menyerah kalah!". Tambah Wardiah lagi.
___________________☆____________________

"Aku menjumpai kemuliaan dari seorang perempuan yang dipanggil sebagai 'ahli sihir jahat' oleh orang yang berada di sekelilingnya".

Suraya terus menitiskan air mata sebaik sahaja dia membaca ayat terakhir dalam buku diari adiknya.
"Apa yang aku fikirkan?!. Selama ini aku layan Irdina dengan teruk!". Marah Suraya pada dirinya sendiri.

Suraya pun terus menghubungi suaminya yang sedang berada di tempat kerja itu dan memberitahu suaminya bahawa dia mahu pergi ke suatu tempat. Mujurlah,Harun benarkan.Tanpa melengahkan,masa Suraya dengan segera memandu kereta ke rumah Wardiah sambil membawa buku diari milik Irdina

Tepat jam 5 Petang .
Iridna akhirnya tiba. Suraya terus meluru masuk memandangkan pintu rumah itu sudah terbuka. Suraya berjalan dengan pantas dan menuju ke arah Wardiah yang sedang duduk di atas sofa.

Kesemua orang yang berada di situ amat terkejut dengan kehadiran Suraya lebih-lebih lagi Wardiah. Tiba-tiba,Suraya terus melutut lalu meminta maaf. Tindakannya itu mengejutkan Wardiah.

"Maafkan aku Wardiah. Aku tak tahu yang Irdina selama ini menderita sendirian". Luah Suraya sambil menangis lalu menghulurkan buku diari kuning tersebut pada Wardiah.
"Terima kasih. . .sebab selalu ada dengan dia. Aku seorang kakak yang teruk. Aku tak pernah sedar pun yang dia sakit. . . sebab selama ni dia selalu tersenyum". Kata Suraya lagi lalu melihat parut yang terdapat pada lengan Wardiah.

Wardiah hanya mampu mendiamkan diri.Kesemua orang yang berada di situ iaitu Ikhwan,Puan Syamira,Encik Rashid,Puan Kalsom dan Wahida berasa amat terkejut dan kehairanan.

"Apa yang kamu sedang cuba cakapkan ni?". Hairan Puan Syamira.
Suraya pun menjelaskan kesemuanya.
Sebaik sahaja,Puan Syamira mengetahui tentang penderitaan yang dialui oleh Irdina. . .Puan Syamira terus terduduk lalu menangis.

Keadaan di rumah menjadi sangat janggal kerana dipenuhi dengan tangisan penyesalan.
"Semuanya sudah berlalu, anggaplah ia satu iktibar". Kata Wardiah.

Tidak lama selepas itu, kesemua tetamu yang hadir akhirnya pulang ke rumah dengan hati yang ringan serta dengan minda yang terbuka. Segala,masalah yang dipendam akhirnya diluahkan melalui sebuah diari dan kesan parut, di sebuah rumah yang sering mempunyai kisah kepahitan.

Seiring dengan masa yang berjalan,keluarga Puan Kalsom dan Keluarga Puan Syamira mula memulakan hidup yang baru dan meneruskan kehidupan sambil mendapat kesedaran dan pelbagai pengajaran.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now