Bab 3 : Malu.

38 15 0
                                    

Ikhwan memulakan harinya seperti hari-harinya yang lain.Dengan,kedua-dua tangannya diselukkan ke dalam saku sambil bibirnya mengukirkan senyuman yang manis,menunjukkan bahawa dia tidak sabar untuk ke sekolah demi bertemu dengan kekasih hatinya,Isabell.

Namun,langkahannya itu menjadi semakin perlahan sebaik sahaja dia menghampiri rumah yang selalu bising dengan pertengkaran diantara suami dan isteri.
"Aku tertanya-tanya macam manalah agaknya keadaan Wahidah dan adik dia?".
Bisik hati Ikhwan lalu segera berjalan dengan pantas.

Hari ini ialah hari sukan maka kesemua pelajar tidak kira sesi petang mahupun sesi pagi diharuskan untuk datang ke sekolah lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam acara sukan.

Setibanya Ikhwan di sekolah,dia pun duduk di tapak perkhemahan rumah sukan biru.Tidak lama selepas itu,Ikhwan terus disapa oleh Isabell.
"Awak!.Buat apa tu?".Panggil Isabell.
"Tak ada apa-apa".Sahut Ikhwan lalu melemperkan senyuman yang manis.

"Hari ni awak kena lari kan?.Buat betul-betul tau awak".Kata Isabell sambil tersipu-sipu malu lalu menghulurkan air mineral pada Ikhwan.
"Mestilah kena buat betul-betul.Nanti,kalau saya tersalah arah takut termasuk ke hati awak pula".Ikhwan saja memanjakan teman wanitanya.

Isabell semakin bertambah malu lalu segera berlari anak meninggalkan Ikhwan.Ikhwan hanya ketawa melihat teman wanitanya.Namun,ketawanya itu terus terhenti sebaik sahaja dia menoleh ke arah seorang pelajar perempuan sesi petang yang berada dekat dengannya.Pada saat itu,dia melihat pelajar tersebut sedang dipaksa untuk mengikut sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan.

•○●○●♡●○●○•

"Aku boleh bangun sendiri".Kata Wardiah lalu segera bangun dan meninggalkan tapak perkhemahan.
Syafiqa memegang lengan Wardiah dengan kuat,'cukup sempurna' untuk meninggalkan kesan lebam.

Sebaik sahaja mereka semua tiba di bilik simpanan. . .
"Aku dengar kau 'berlari' hari ni".Perli Nurul.
"Memang dia lari pun hari ni,Nurul.Lagipun,Wardiah kan pelari pantas untuk ahli sukan rumah biru".Balas Hani.

"Jadi?.Kau nak buat apa?".Tanya Wardiah.
"Sekurang-kurangnya,senyumlah sikit Wardiah.Ataupun,merdukan sikit nada suara kau tu biar buat 'aktiviti' ni jadi lebih menarik".Ujar Ayu sambil tersenyum jahat.

"Kau lupa ke?.Dia kan tak ada hati.Tambah pula,parents yang selalu 'bising'.Macam mana nak senyum dan ketawa!".Gelak Syafiqah sambil ketawa dengan kuat.

"Kenapa kau tak bunuh diri je,Wardiah?.Ada mak ayah yang selalu gaduh,muka kau pun tak adalah lawa mana,pandai pun tak.Bukankah itu dah cukup bagus digunakan sebagai alasan untuk kau bunuh diri?".Tambah Syahmie.
"Betul tu.Kami di sini hanya untuk buktikan yang kau memang layak untuk bunuh diri.Tapi,nampaknya kau tak pernah sedar".Kata Omar pula.

"Kau buat aku naik gila. . ." Kata Amar lalu terus menolak kepala Wardiah hingga membuatkan gadis yang malang itu terjatuh.
"Kau tak boleh lari hari ni".Tambah Damia lalu memijak kaki Wardiah sehingga menyebabkan kaki Wardiah terseliuh.

Ketika mereka semua sedang 'berseronok' menyakiti Wardiah,tiba-tiba sahaja mereka disimbah air melalui paip getah yang panjang yang di sambungkan melalui pili air dari tandas lelaki yang agak dekat dengan bilik simpanan.

Mereka semua terus menjerit lalu segera meninggalkan tempat tersebut tanpa melihat gerangan orang yang menyebabkan mereka menjadi basah kuyup.Setelah,mereka meninggalkan tempat tersebut. . .

Dengan pantas,Wardiah turut meninggalkan bilik tersebut.Dia menahan rasa sakit di bahagian kakinya dan berlakon seperti dia tidak mengalami kesakitan.Wardiah terus berjalan sehinggalah dia tiba di tapak perkhemahan lalu dia pun membersihkan kotoran pada mukanya.Setibanya,dia disitu acara sukan lumba lari akan dimulakan dalam beberapa minit lagi.Wardiah pun terpaksa bergegas ke padang sekolah.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now