Bab 19 : Wanita Itu

31 14 1
                                    

Seminggu sebelum Wardiah bertemu dengan Wahida di kafe. . .

"Ikhwan?". Panggil seorang lelaki yang sudah berusia dalam lingkungan 50-an.

Ayah!". Sahut Ikhwan dengan gembira sambil tersenyum.
"Ayah buat apa kat sini". Hairan Ikhwan.

"Ayah sebenarnya nak jumpa dengan kamu. Bila kamu ada masa lapang?". Tanya Encik Rashid yang sedang berdiri di depan pintu masuk Pejabat.
"Dalam pukul 12 ayah. Sekarang pun mungkin boleh. Bos tak ada hari ni". Bisik Ikhwan lalu segera menarik lengan ayahnya dan membawa ayahnya itu di sebuah restoran makan yang tidak jauh dari Pejabat.

Dua beranak itu pun hanya memesan dua cawan kopi susu panas.
"Macam mana kerja?". Tanya Encik Rashid.
"Macam tulah ayah. Sampai,sekarang. . .Ikhwan tak naik pangkat pun lagi. Walaupun,dah bertahun-tahun,Ikhwan bekerja di sana". Jujur Ikhwan.

"Kamu selalu dipergunakan?". Encik Rashid mengingkan kepastian.
"Ikhwan sayang kerja ni. Kalau Ikhwan berhenti,memang susah Ikhwan nak cari kerja yang lain sebab,Ikhwan tak boleh nak jadi Pensyarah macam ayah". Jelas Ikhwan.

"Ayah faham. Kamu cuma tak nak terlalu sibuk sampai tak sempat nak luangkan masa dengan isteri dan anak-anak kamu tu". Kata Encik Rashid.
"Ayah dah lama kenal kamu,Ikhwan. Kamu cintakan sangat isteri kamu tu. Mesti dia layan kamu dengan baik bukan?". Encik Rashid ingin tahu.
"Mestilah. Ikhwan bahagia dengan dia ayah". Jujur Ikhwan.

"Dia tak tahu yang kamu selalu ada hari yang buruk juga?". Encik Rashid mengingkan kepastian.
"Mestilah dia tahu. . .dia tahu Ikhwan ada hari yang buruk cuma tak tahu apa yang 'memburukkan' hari Ikhwan sebab Ikhwan tak jelaskan sangat". Kata Ikhwan.

"Begitu. . ." Kata Encik Rashid lalu menghirup secawan Kopi Susu panas.
"Ikhwan kadang ditampar,dicaci dan dimaki oleh majikan atas terutamanya Tuan Pengerusi. Tapi,bos Ikhwan selalu tolong dan back-up sebab beliau suka cara Ikhwan belerja. Ikhwan tak kisah kalau Ikhwan dicaci hampir setiap hari,selagi Wardiah tak tahu. . .Ikhwan ok". Jujur Ikhwan.
"Ikhwan~" .Encik Rashid cuba memujuk anaknya.

"Dia ada di sana,ayah. . .Wardiah akan selalu cuba untuk buatkan hari Ikhwan menjadi lebih baik. Ikhwan selalu pulang sebelum pukul 11 malam,sebab Ikhwan tahu Wardiah dan anak-anak kami akan akhiri hari Ikhwan yang melelahkan dengan kegembiraan.Jadi, sebab itu. . . Ikhwan tak rasa Ikhwan sedang mengalami hari yang buruk". Jelas Ikhwan.

"Ayah gembira dengan kamu,Ikhwan. Jagalah,anak-anak dan isteri kamu dengan baik. Bimbing mereka hingga ke Syurga. Insya'Allah,keluarga kamu akan sentiasa bahagia kerana kamu didik mereka untuk selalu taat akan perintah Allah". Pesan Encik Rashid.
"Insya'Allah,ayah". Balas Ikhwan.

•○●○●♡●○●○•

"Kenapa?". Tanya Encik Rashid sebaik sahaja melihat anaknya itu seolah-olah ingin menangis.

"Ikhwan cuma, sangat bersyukur sebab hadirnya Wardiah dalam hidup Ikhwan. Ikhwan tak mampu nak sakitkan hati Wardiah sebab Ikhwan tahu dia sudah lama hidup dalam kesakitan selama ini. Mungkin,kerana itu Ikhwan selalu ceriakan dia dan buat dia rasa bahagia.

Walaupun,Wardiah jarang ungkapkan cinta dia pada Ikhwan,Ikhwan tahu yang dia sayangkan Ikhwan. . .dia cuma tak biasa untuk ungkapkannya sebab dia tidak di didik untuk mengungkapkan rasa cinta.

Secara jujurnya,ayah. . .Wardiah memang sudah tidak secantik yang dahulu. Tapi,perasaan cinta Ikhwan pada Wardiah tidak pernah berubah sebab Ikhwan selalu ingatkan diri Ikhwan bahawa wanita yang Ikhwan cintai itu adalah Wardiah.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now