Bab 6 : Hari Bahagia

31 15 2
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Wahida akhirnya telah tiba!.
Ramai tetamu hadir ke majlis perkahwinan Wahida dan Yusof.

Keadaan menjadi agak kecoh sebaik sahaja Wahida dan Yusof tiba di majlis untuk bersanding.
"Tepi-tepi!.Pengantin baru nak lalu".Teruja seorang pak cik yang entah siapa yang menjemputnya.

"Teruja betul pak cik ni.Bukannya kakak aku anak dia pun".Bisik hati Wardiah.
Wahida dan Yusof pun duduk bersanding.Pasangan pengantin baru itu kelihatan sangat cantik dan bergaya.Ramai orang mengambil gambar mereka dan mengucapkan tahniah.

"Wah,Wahida nampak cantik pada hari yang bahagia ni. . .aku pun mungkin akan nampak cantik juga kalau aku ada hari yang bahagia".Kata Wardiah sendirian sambil terpegun melihat kecantikkan kakaknya.Tiba-tiba,Wardiah terdengar desas-desus oleh beberapa tetamu lelaki yang sebaya kakaknya serta ada juga yang berumur 20an.

"Adik dia boleh tahan cantik juga. . ."
"Pergilah minta nombor. . ."
"Agak-agak dia nak tak couple dengan aku? . . ."

Wardiah pun memandang ke arah mereka dengan perasaan takut.Jiwanya yang mula-mula rasa tenang itu terus menjadi gementar.
Ketika mereka sedang menuju ke arah Wardiah. . .

"Wardiah!".Panggil Puan Kalsom.
Dengan pantas,Wardiah segera menuju ke arah Puan Kalsom.
"Duduk sini.Senyum sikit".Pinta Puan Kalsom yang sedang mengambil gambar Wahida dan Wardiah.Wardiah pun terpaksa tersenyum dengan ukuran yang sangat sedikit.

"Senyum tu bagi ikhlas lah".Bisik Wahida pada adiknya.
"Ini je yang aku mampu!.Terima sajalah!".Bisik Wardiah pula.
Setelah,selesai bergambar,Wardiah seolah-olah ditolak oleh salah seorang ahli keluarga Yusof iaitu kakak Yusof,Sabrina.

"Maaf".Ucap Sabrina.
Wardiah yang mula-mula agak terpinga-pinga itu segera meninggalkan tempat tersebut.Wajah,Wardiah bertukar menjadi lebih 'masam'.Dia pun berjalan menuju ke sebuah tasik lalu duduk dia atas sebuah bangku yang telah tersedia di situ.

"Nasib baiklah,aku datang sini.Kalau tak ,mungkin lelaki-lelaki tu asyik ganggu aku. . .".Omel Wardiah sendirian.
Ketika dia sedang asyik mengomel sendirian,seorang lelaki pun datang lalu duduk bersebelahan dengannya namun agak 'berjarak'.

"Kau lagi?!".Hairan Wardiah.
"Lantaklah,nasib baik kau bukan orang lain".Jujur Wardiah.
"Oh. . .Ini mesti sebab tetamu-tetamu lelaki yang single tu cuba pikat awak eh?".Ejek Ikhwan.
"Senang ye kau lupa tentang Isabell".Sindir Wardiah kembali.
Ikhwan terus memberi reaksi muka yang menunjukkan bahawa dia sedang kehairanan.
"Baru saya faham mesti awak rasa tak selesa dengan saya sebab saya berkelakuan macam 'teman lelaki' awak. . .kan?".Ikhwan menginginkan kepastian.

Wardiah hanya mengangguk perlahan.
"Aku peliklah. . .kenapa kau jatuh cinta,kalau dah tahu esok lusa kau mungkin tersakiti?".Ketawa Wardiah.
"Macam yang awak tahu,Wardiah. . .perasaan cinta tu memang perasaan semula jadi manusia.Semua orang pasti akan jatuh cinta".Jelas Ikhwan.
"Kenapa,awak selalu berkelakuan seperti ini? . . .awak mesti bercakap perkara yang negatif tentang soal cinta".Tambah Ikhwan.

Waridah hanya terdiam seketika begitu juga dengan Ikhwan.
"Baiklah,memandangkan kau tahu yang aku ni lagi menyedihkan. . .sebenarnya,bagi aku cinta tu hanyalah tentang rasa sakit.Malah,secara tidak langsung membuktikan yang perkahwinan hanyalah perkara yang sia-sia.Kenapa kita perlu berkahwin sedangkan kita akan bergaduh dan bercerai. . .dan kemudian kita kahwin lagi dan bergaduh. . .bukankah ia adalah satu rangkaian yang memenatkan?".Balas Wardiah.

"Korbankan segala-galanya,sehidup semati dan setia sehingga hujung nyawa?.Itu semua klasik yang sudah basi".Tambah Wardiah sambil nada suaranya kedengaran agak tinggi.
"Baru saya tahu kenapa awak boleh berfikiran seperti itu,mesti awak selalu melihat 'keburukan' perkahwinan".Jujur Ikhwan.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now