Bab 14 : Tidak Sempurna

27 14 0
                                    

3 minggu kemudian,Wardiah dan Ikhwan akhirnya telah tinggal di rumah baru mereka.

"Awak ada tinggal apa-apa tak?. Nanti,awak nak kena patah balik pula tak pasal-pasal awak lambat masuk kerja". Wardiah menginginkan kepastian sekali lagi.
"Dah. . . Lagipun, awak pun dah salam saya". Balas Ikhwan.
"Ok. Kalau begitu, awak pergilah kerja nanti lambat pula". Kata Wardiah lalu segera pergi ke dapur semula.

"Baru saya ingat. . ." Kata Ikhwan secara tiba-tiba.
"Ingat apa?". Hairan Wardiah.
"Awak lupa nak cium saya pipi saya. . ." Ikhwan saja menyakat isterinya.
"Ish dia ni" .Omel Wardiah sendirian lalu terus mencium pipi Ikhwan.
"Tak ikhlas pun. . .cium lagi". Ikhwan mula mengada-ngada.

"Sebelum aku jadi,Wardiah kat tasik. . . baik kau pergi kerja sekarang". Kata Wardiah.
"Ok sayang. Abang gurau je." Ketawa Ikhwan lalu segera meninggalkan isterinya itu.
"Dia memang menjengkelkan" . Bisik hati Wardiah lalu ketawa kecil.

Wardiah pun kemudiannya, terus mengunyah sebiji epal selepas selesai mencuci pinggan sedang dia menikmati kelazatan epal merah tersebut Wardiah terus rasa tidak selesa dan termuntah-muntah.

"Muntahlah yang paling aku menyampah sekali". Omel Wardiah sendirian lalu membersihkan mulutnya.
"Ish. . .kepala aku pula rasa pening". Omel Wardiah lagi. Dengan pantas, dia pun mencapai telefon.Wardiah kemudiannya menghubungi ibunya,Puan Kalsom.

"Assalamualaikum,Wardiah. Ada apa?".
"Waalaikumusalam mak. Wardiah nak tanya, Wardiah ada alahan ke dengan epal merah sebab seingat Wardiah, Wardiah memang pernah muntah lepas makan epal merah".
"Mana ada. Kamu makan epal yang dah rosak memanglah muntah".
"Tapi mak,epal yang Wardiah makan tu elok je mak. Habis kenapa,Wardiah muntah-muntah sampai rasa pening pula atau epal tu sebenarnya macam epal dari dalam kisah 'Snow white' ?."
"Ishh kamu ni ,Wardiah . . .dalam keadaan macam ni jugalah kamu nak cakap pasal 'Snow White'. Kamu tunggu je kat rumah. Biar mak bawakan kamu ke klinik. Kalau kamu telefon Ikhwan, nanti menganggu dia pula"
"Baiklah mak. Hati-hati tau. Wardiah tunggu mak".

Perbualan mereka berdua pun tamat di situ.

Beberapa jam kemudian. . .
Puan Kalsom akhirnya tiba di rumah Wardiah sambil membawa beg pakaiannya.

"Lama Wardiah tunggu mak" . Kata Wardiah.
"Memang lama. Rumah kamu tu jauh Bukannya dekat. Kalau dekat mak tak perlu nak naik bas dan kemas beg. Orang dah datang sambutlah dengan pelukkan ke apa ke ini marah pula sebab lambat. . .sedih kita". Bebel Puan Kalsom.

Wardiah terus ketawa.
"Kenapa gelak? Orang tengah marah dia boleh pula gelak". Omel Puan Kalsom.
"Lama dah Wardiah tak dengar bebelan mak". Balas Wardiah.
"Sudahlah. Nanti,lepas mak dah rehat kita pergi klinik". Kata Puan Kalsom.
Wardiah pun hanya mengangguk perlahan lalu membantu Puan Kalsom menyimpan pakaian.

"Berapa lama mak nak tinggal kat sini?". Tanya Wardiah.
"Tak lama pun dalam seminggu je. Mak nak pastikan kamu betul-betul OK". Jelas Puan Kalsom.
"Wardiah dah bagi tahu kat Ikhwan yang mak tinggal kat sini buat sementara waktu. Dia kata OK je". Kata Wardiah.
"Baguslah kalau macam tu. Mak risau je mak tinggal kat sini nanti takut menganggu pengantin baru pula". Gurau Puan Kalsom.

•○●○●♡●○●○•

Tepat jam 5 petang. Puan Kalsom pun membawa anak bongsunya itu ke klinik. Mereka berdua terpaksa menunggu dengan lama memandangkan keadaan di klinik akan pesat.Setelah,hampir sejam menunggu,giliran Wardiah pun telah tiba.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now