Bab 20 : Tak Ada Apalah

49 14 8
                                    

Cuti Sekolah akhirya bermula. . .
Wardiah pun membawa Fadhilah,Fakhirya dan Fauzi berjumpa dengan Puan Kalsom. Malah,Wahida dan Yusof juga telah pun tiba begitu juga dengan anak-anak mereka iaitu Khalid dan Khairul.

Fadhilah,Fakhirya,Khalid dan Khairul banyak menghabiskan masa bermain di laman rumah. Manakala,Wardiah pula hanya sibuk menjaga Fauzi.
"Ikhwan tak sampai lagi ke?". Tanya Yusof.
"Belum lagi. Nanti lepas habis kerja dia datanglah". Jawab Wardiah.

"Abang! tolong tengokkan budak-budak kat luar tu" .Pinta Wahida.
"Baik sayang". Jawab Yusof dengan manja.

Wardiah hanya tersenyum janggal begitu juga dengan Puan Kalsom.
Sebaik sahaja,Fauzi sudah tidur lena. . .
Wardiah kemudiannya,menuju ke dapur untuk menolong Wahida dan Puan Kalsom
"Mak~". Panggil Wardiah sambil memeluk Puan Kalsom dari belakang.

"Kamu dah kenapa tiba-tiba peluk mak ni". Ketawa Puan Kalsom.
"Ikhwan tak sampai lagilah tu. Kalau Ikhwan ada habis 'bersemut' rumah mak nanti". Wahida saja menyakat.
"Pandai-pandai pula kau. Aku ikhlas peluk mak ni". Omel Wardiah.
"Kalau macam tu,aku pun nak peluk jugalah". Kata Wahida.

Tiga beranak itu saling berpelukan dan ketawa.
"Mak patut layan kamu berdua macam ni sejak dulu lagi bukan?". Kata Puan Kalsom dengan sayu. Wardiah dan Wahida hanya tersenyum janggal.

"Wardiah! Suami kau dah sampai!" .Panggil Yusof.
Puan Kalsom dan Wahida hanya mengangguk ke arah Wardiah. Wardiah pun terus tersenyum lalu berlari menuju ke arah Ikhwan.

"Ikhwan~". Panggil Wardiah lalu memeluk erat suaminya itu.
Ikhwan agak terkejut lalu ketawa.
"Seronoknya awak jumpa saya hari ni". Kata Ikhwan.

•○●○●♡●○●○•

"Kan Wahida dah cakap, habis 'bersemut' rumah mak". Bisik Wahida pada Puan Kalsom.Mereka berdua melihat Ikhwan dan Wardiah dari jauh.
"Wardiah sayangkan sangat Ikhwan tu sebab Ikhwan tolong Wardiah rasakan kasih sayang. Wardiah memang dari dulu lagi nak ada orang yang sayangkan dia sebab dia tahu keluarga dia tak mampu nak bagi". Kata Puan Kalsom lalu mengalirkan air mata.

"Mak~ sudahlah benda dah lama. Janganlah,fikirkan balik. Kita semua dah bahagia sekarang". Pujuk Wahida.
"Mak tahu. . .mak cuma faham kenapa Wardiah sayang sangat kat Ikhwan". Jelas Puan Kalsom.

"Mak tahu kan yang Wardiah,anak bongsu mak tu sayangkan mak,bukan?". Wahida mengingkan kepastian.
Puan Kalsom hanya mengangguk perlahan.
"Samalah juga, macam Wahida. . .mak. Wahida pun sayangkan mak". Kata Wahida lalu mencium pipi Puan Kalsom.

"Mereka mesti dah lapar tu.Jom tolong mak hidangkan makanan". Pinta Puan Kalsom. Wahida pun membawa makanan satu demi satu.
"Wardiah!. Tolonglah aku ni. Nanti-nantilah berkepit dengan suami kau tu". Omel Wahida.
Wardiah pun segera membantu kakaknya.

"Kamu adik beradik ni. . .asyik nak gaduh je". Kata Puan Kalsom.
"Kami bukan gaduh mak. . .kami tengah merapatkan hubungan". Ketawa Wahida begitu juga dengan Wardiah.

Setelah selesai menghidangkan makanan, mereka semua pun menjamu selera dengan gembira. Puan Kalsom akhirnya tidak berasa sunyi seperti biasa kerana anak-anak beliau selalu sahaja menjenguknya.

•○●○●♡●○●○•

Tidak lama selepas itu, mereka semua pun selesai menjamu selera. Ikhwan kemudiannya,membantu Puan Kalaom mencuci pinggan dan mengemaskan meja makan.Manakala,Yusof pula hanya memantau Fadhilah,Fakhirya,Khalid dan Kahirul.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now