Bab 5 : Takut?

37 15 0
                                    

Wardiah akhirnya tiba di rumah Mak Cik Qasih.Mak Cik Qasih sudah menganggap Wardiah seperti anak sendiri.Malah,Wardiah juga mendapat layanan yang baik di sekolah baharu.
Ramai sahaja yang mahu berkawan dengannya.Namun,Wardiah hanya mampu menganggap mereka sebagai rakan sekelas sahaja tapi dia tetap melayani dan menegur mereka setiap kali mereka menegur dirinya.

Setelah menjalani hari yang memenatkan di sekolah,Wardiah pun akhirnya pulang ke rumah bersama-sama dengan Mak Cik Qasih memandangkan Mak Cik Qasih merupakan guru sesi pagi di sekolah baru Wardiah.

"Mak Cik baru dapat panggilan telefon daripada Wahida.Dia kata tak lama lagi dia dah nak kahwin".Teruja Mak Cik Qasih sambil menyediakan segelas air jus oren untuk Wardiah.
"Awalnya.Mungkin,dia tak tahu kot yang Yusof tu kaki pukul".Balas Wardiah lalu meminum segelas jus oren tersebut.

"Wardiah,tak baik cakap macam tu~".Tegur Mak Cik Qasih.
"kalau Yusof apa-apakan,Wahida. . .Wardiah takkan berdiam diri".Balas Wardiah.
Mak Cik Qasih hanya mampu mengeluh panjang.

"Mak Cik faham kenapa Wardiah selalu berkelakuan seperti ini setiap kali berbual tentang cinta dan perkahwinan.Tak apa,Wardiah.Kamu boleh usaha untuk jatuh cinta dengan seseorang.Bukan semua benda berkaitan dengan kesakitan".Kata Mak Cik Qasih.

Wardiah hanya mengangguk perlahan.

•○●○●♡●○●○•

Sejak,Wardiah pindah ke rumah Mak Cik Qasih,banyak benda yang dia dapat pelajari contohnya memasak,mencuci pakaian,menggosok baju mahupun melipat pakaian dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 'kerja rumah'.
"Dah boleh kahwinlah ni".Mak Cik Qasih saja menyakat Wardiah.

"Wardiah buat ni supaya bila Wardiah ada rumah nanti Wardiah boleh hidup sendiri".Jujur Wardiah.
Mak Cik Qasih hanya tersenyum sayu lalu mengusap kepala Wardiah.

Sebaik sahaja Wardiah selesai memasak hidangan untuk makan malam,Wardiah pun mengemas bilik Mak Cik Qasih memandangkan,hari ini mak ciknya itu, mahu membuang barang-barang yang sudah tersimpan lama namun tidak digunakan.

Sedang dia mengemas bilik Mak Cik Qasih,Wardiah tidak sengaja ternampak sebuah kotak kecil yang cantik.Kota itu terikat dengan reben.
Wardiah pun membuka kota itu lalu melihat kandungan yang terdapat dalam kota tersebut.

Apa yang mengejutkan Wardiah ialah kotak itu mengandungi gambar Mak Cik Qasih dengan seorang lelaki serta seorang bayi.Wardiah terus tertanya-tanya dan pelbagai persoalan mula bermain di dalam mindanya.

Mak Cik Qasih ternampak Wardiah yang sedang melihat gambar-gambar tesebut.
"Itu ialah keluarga kecil Mak Cik.Kami semua hidup gembira.Sehinggalah,berlaku satu kemalangan,yang meragut nyawa suami mak cik dan anak mak cik".Jelas Mak Cik Qasih sambil nada suaranya kedengaran sedang menahan tangisan.

"Mak Cik berkahwin pada usia yang agak muda.Mak Cik korbankan segala-galanya untuk mempunyai keluarga kecil ini.Walaupun,ia sangatlah singkat namun,mak cik tetap bersyukur dan rasa bahagia itu, masih ada sehingga sekarang walaupun kerinduan sedang melanda hidup Mak Cik".Jelas Mak Cik Qasih.

"Mak Cik tak nak cuba lagi?".Tanya Wardiah.
Mak Cik Qasih hanya tersenyum sayu lalu menggelengkan kepalanya.

"Wardiah boleh pergi bersiap sekarang.Ibu kamu suruh kamu balik".
Mak Cik Qasih cuba menukar topik.
"Mesti tentang perkahwinan Wahida dan Yusof".Balas Wardiah.
"Sudah tentulah.Kamu pun mestilah kena berada di sana".Kata Mak Cik Qasih.

•○●○●♡●○●○•

Wardiah pun terus masuk ke dalam bilik tidurnya lalu mengemas barang-barangnya.
"Tolonglah,kenapa aku nak kena balik ke neraka tu?".Bisik hati Wardiah.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now