Bab 11 : Ragu-Ragu

24 14 0
                                    

Sebaik sahaja Wardiah masuk ke dalam rumah,dia pun terus melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.

Setibanya di bilik,Wardiah terus merebahkan dirinya di atas katil.
"Kenapa aku rasa macam aku baru je lakukan sesuatu perkara yang memalukan?". Bisik hati Wardiah sambil mengingat kembali. . .

"Sebab tu aku suka kau,Ikhwan . . .Kita sama".

Wardiah terus terkejut dan malu.Dia tidak percaya yang dia mengukapkan sesuatu seperti itu.
"Tak. . .mustahil.Mustahil aku cakap sesuatu yang macam tu". Nafi Wardiah lalu ketawa kerana malu.

Tidak lama selepas itu,Wardiah mendapat pesanan teks daripada Ikhwan.

____________________×____________________

Assalamualaikum
awak
Waalaikumusalam
Awak dah OK ke?
Dah. . .

Awak. . .
Apa?

Betul ke. . .awak
suka saya?

____________________×____________________

Wardiah hanya membaca pesanan teks tersebut.
"Ikhwan. . .memang betul-betul menjengkelkan.Tapi,macam mana aku boleh suka dia?". Kata Wardiah sendirian.

•○●○●♡●○●○•

Ikhwan menunggu sahaja jawapan daripada Wardiah namun,Wardiah tidak membalas.

"Dia baca je. . .Malu lah tu".Kata Ikhwan sendirian yang sedang berbaring sambil tersengih lalu berguling kerana terlalu gembira sehinggalah dia terjatuh dari atas katil.

Irdina masuk ke dalam bilik abangnya tepat-tepat ketika abangnya terjatuh.
"Abang dah kenapa?. Mimpi jatuh dari gunung ke?". Ketawa Irdina.
Ikhwan pun hanya ketawa palsu kerana malu.
"Bukan jatuh gunung. . .tapi jatuh cinta". Malu Ikhwan lalu tersengih sekali lagi.

"Dia dah mula dah. . .nanti makan pun asyik sengih je". Ejek Irdina.
"Mestilah. . .dia suka apa senyuman abang ni". Balas Ikhwan lalu tersenyum hingga nampak gigi.
"Cepatlah turun . . .makan malam dah siap" .Irdina terus menukar topik kerana berasa jengkel dengan abangnya lalu dia pun segera turun ke bawah dan meninggalkan Ikhwan.

•○●○●♡●○●○•

Wardiah baru sahaja ingin melelapkan mata.Namun,kakaknya Wahida datang ke rumah akibat dia terdengar suara kakaknya,Wahida . . . .Wardiah pun terus berjalan menuju ke ruang tamu dan melihat wajah kakaknya kelihatan bengkak.
"Wahida?!.Apa yang dah terjadi ni?!". Puan Kalsom agak terkejut sambil melihat anak sulungnya itu dengan mata yang sayu.

"Kenapa ditanya lagi kalau dah tahu jawapannya?". Sindir Wardiah pada Puan Kalsom.Wardiah pun kemudiannya meluru ke arah Wahida.
"Jom,ikut aku. . .aku akan tolong sapukan ubat kat muka kau". Pinta Wardiah.Wahida hanya mengangguk perlahan.

Di dalam bilik Wardiah. . .
"Dah berapa lama dia buat macam ni?". Tanya Wardiah sambil menyapukan ubat pada wajah kakaknya.
"Dah lama dah. . .sejak ulang tahun perkahwinan kedua dia dah pandai angkat tangan". Jujur Wahida.

"Khalid nampak Yusof buat macam tu kat kau?". Wardiah ingin tahu.
"Sebelum ni tak nampak. . .tapi hari ni. . .Khalid nampak kesemuanya.Yusof pun terus hantar dia pergi rumah Ibu. Dia tinggalkan dulu Khalid kat sana dulu. . . kadang dia marah sebab aku terlalu tumpukan perhatian pada Khalid dan bukannya dia.Tambahan pula,keluarga kami sedang mengalami kesempitan wang,itu yang Yusof bertambah stress". Jelas Wahida lalu terus menangis.

"Aku fikir. . .aku akan bahagia. . .tapi aku tak sangka hidup aku akan jadi lebih teruk. Aku pernah cuba minta cerai. . .tapi dia akan pukul aku dengan lebih teruk" .Jujur Wahida.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now