Bab 7 : Perasaan

26 15 0
                                    

Seperti sebelumnya,Wardiah masih lagi tinggal dengan Mak Cik Qasih dan bersekolah di sekolah baharunya dan dia hanya akan pulang ke rumah ketika cuti sekolah sahaja,termasuklah cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Rumah Mak Cik Qasih seolah-olah sudah menjadi rumah Wardiah sejak dia lahir kerana Wardiah lebih gemar untuk kekal tinggal di rumah tersebut berbanding rumah ibu dan bapanya.

Meskipun,sudah berpindah sekolah. . .
Wardiah masih sahaja lemah dalam akademik.Tahun berganti tahun pun berlalu,Wardiah akhirnya tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan SPM.Seminggu sebelum peperiksaan SPM berlangsung,Mak Cik Qasih membawa Wardiah pulang ke rumah Encik Fakhrul dan Puan Kalsom.

Setibanya,mereka berdua tiba di situ . . .

"Balik juga,anak aku yang sorang ni".Kata Puan Klasom. Wardiah hanya tersenyum palsu lalu segera masuk ke dalam rumah.
"Kalau kamu gagal Wardiah,mak kahwinkan kamu dengan Encik Hanafi". Kata Puan Kalsom lagi sambil memandang Encik Hanafi yang sedang berbual rancak dengan Encik Fakhrul.
Wardiah juga turut memandang ke arah Encik Hanafi.

"Nasib dialah,dapat isteri tak berapa nak cerdik. . .rosak genetik dia sebab gagal dalam akademik". Balas Wardiah.
"Ish!.Budak bertuah ni". Puan Kalsom memukul perlahan bahu Wardiah.
"Anak kesayangan mak mana?.Tak balik lagi ke?.Asyik hantar duit je bukannya nak tunjuk muka".Sindir Wardiah.
"Tak apalah.Janji dia ingat mak dan ayah.Bukan macam kamu,tanya khabar pun tak". Marah Puan Kalsom.

"Ok".Jawab Wardiah dengan pendek lalu segera duduk diatas sofa sambil meletakkan juga kakinya ke atas sofa tersebut.
"Haihh . . .apa nak jadi dengan budak ni".Omel Puan Kalsom sendirian.
"Sabar jelah dik".Balas Mak Cik Qasih lalu ketawa perlahan.

Sedang Wardiah berasa gembira dan tenang duduk diatas sofa,Encik Fakhrul pula memanggilnya.Wardiah pun segera bangun setelah selesai mengeluh kerana masa 'rehatnya' diganggu.

"Ada apa ayah?!".Tanya Wardiah.
"Ini Encik Hanafi,kawan sekerja ayah.Wardiah dah kenalkan?. Dia pernah datang masa Wardiah nak jawab PT3".Jelas Encik Fakhrul.
"Wardiah kenal. . .jadi?".Balas Wardiah lalu segera meninggalkan Encik Fakhrul dan Encik Hanafi.Wardiah juga turut meninggalkan rumah lalu menuju ke tasik yang selalu dikunjunginya.Tiba sahaja di sana,Wardiah pun duduk diatas sebuah bangku.

"Tak cita rasa agaknya.Dengan budak macam aku pun dia nak".Omel Wardiah sendirian.
"Wardiah?!".Kedengaran suara seorang lelaki memanggilnya dari belakang.
Dengan pantas, Wardiah pun menoleh ke arah lelaki tersebut.

"Alamak.Lelaki ni lagi". Balas Wardiah.
"Lelaki ni lah yang tak jemu tunggu awak tau".Balas Ikhwan sambil disebelahnya terdapat seorang gadis yang mukanya seiras Ikhwan iaitu,Irdina.
"Ini adik saya,Irdina.Saya selalu bawa dia datang sini".Jelas Ikhwan setelah dia melihat Wardiah kelihatan keliru.

"Oh".Balas Wardiah.
Ikhwan pun kemudiannya duduk bersebelahan dengan Wardiah manakala,Irdina pula duduk di sebuah bangku kecil yang sangat berdekatan dengan mereka.Irdina hanya duduk di situ sambil memakai fon telinga dan bermain telefon.

"Kenapa kau tiba-tiba datang sini?.Dah lah nampak tak terurus".Jujur Wardiah lalu ketawa.
"Ini kali pertama saya nampak awak ketawa".Balas Ikhwan lalu tersenyum.
"Ni mesti sebab Isabell dah bertunangkan?.Tambahan pula,umur kau dah 21 tahun.Memang tak teruruslah kau jawabnya".Kata Wardiah lalu ketawa dengan kuat.

"Saya nak tunggu empat tahun lagi. . ." Belum sempat Ikhwan menghabiskan ayatnya,Wardiah mencelah.
"Untuk move on?!" .Ketawa Wardiah dengan terbahak-bahak.
"Untuk masuk meminang awak". Jelas Ikhwan.
Wardiah yang sedang seronok ketawa itu terus terdiam.Wajah,Wardiah kelihatan amat terkejut.

Keadaan menjadi sunyi sepi untuk seketika.
Ikhwan terus ketawa.
"Akhirnya,saya berjaya juga kenakan awak".Balas Ikhwan sambil ketawa.
"Macam mana?.Mesti awak terkejutkan?".Ejek Ikhwan.
Wardiah pula hanya mampu ketawa palsu.
"Kau makin hebat menyakat aku".Kagum Wardiah.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now