Bab 2 : Wardiah

45 16 0
                                    

Sejak dari kecil,mak dan ayah aku tak pernah berhenti bergaduh.Aku tertanya-tanya perkara apa yang menyebabkan mereka berdua selalu sangat bergaduh dan menunjukkan kebencian diantara mereka dan bukannya kasih sayang.

Kakak aku,Wahida memang akan selalu kurungkan diri dalam bilik ataupun keluar dari rumah bila mak dan ayah bergaduh.Kadang,dia pakai 'earphone'.

Aku pula macam orang bodoh.Tercegat je di satu sudut sambil mendengar pertengkaran diantara mak dan ayah.
Kadang,mak dan ayah akan lepaskan geram mereka pada aku tapi mereka akan sapu ubat luka kat badan aku yang kadang tercalar akibat pukulan daripada mereka..Jadi,aku selalu dijadikan mangsa.Kakak aku selalu dapat 'lepaskan' diri sebab dia pandai 'berlari'.

Aku yang langsung tak ada kemahiran akan selalu ditinggalkan.Entah apa yang mereka selalu gaduhkan.Tapi,mak akan selalu bangkitkan isu tentang penceraian setiap kali bergaduh dan ayah pula akan terus diamkan diri lepas mak cakap pasal cerai.Dari situ,memang jelas aku tahu yang ayah tak mampu nak ceraikan mak walaupun mereka selalu bertengkar.

Aku pernah cuba untuk mengadu kat kakak aku.Tapi,dia akan selalu mengelakkan diri dan keluar dengan kawan-kawan kadang dia akan keluar dengan teman lelaki dia.Siapa kisah pun? Umur dia dah 17 tahun.Lagipula,aku tahu dia pun sedang mengalami masalah dia jadi aku tak boleh nak salahkan sesiapa.

Aku memang tak ada tempat untuk meluah.Ada pula kawan yang selalu broken dengan teman lelaki.Takkanlah aku nak luahkan masalah aku sedangkan dia pun sedang bersedih.Maka,aku tamatkan hari jadiku dengan tidur.Hari jadi aku yang ke 13 tahun. . .tiada sesiapa yang wish birthday aku.Sekarang,aku rasa kewujudan aku memang langsung tak penting.

Keesokkan harinya. . .
Aku bangun pagi dengan lebih awal.Bukan apa,takut tertinggal solat subuh.Selesai je mandi,tepat-tepat azan subuh dilaungkan.Aku pun dengan pantas masuk semula ke dalam bilik mandi untuk mengambil air wuduk.Keluarga aku tak pernah solat secara berjemaah.Masing-masing solat sendiri.

Lepas selesai solat subuh,aku pun segera menyarungkan tudung sekolah je sebab aku dah pakai uniform sekolah lepas aku selesai mandi.Kedut ke tak kedut ke,aku tak pernah kisah.

Sebelum,aku keluar dari bilik,aku menatap wajah aku di cermin.Perlahan-lahan,aku balutkan tangan aku dengan balutan sebab ada kesan lebam.Maklumlah,aku selalu kena buli kat sekolah tapi kakak aku fikir yang aku kena selalu pukul dengan mak dan ayah.

Sedang aku berusaha menyarungkan pembalut itu pada tanganku,Wahida masuk ke dalam bilik sambil tangannya memegang ubat untuk hilangkan kesan lebam.

"Mari sini, tangan kau.Tunjukkan kat aku bahagian mana yang lebam".Katanya pada aku.
Aku pun dengan segera menghulurkan tanganku yang lebam itu pada Wahida.Dia pun kemudiannya menyapu ubat tersebut.
"Kalau kau nak hidup,kau kena pandai cari duit sendiri.Kau kena pandai kat sekolah dan ada bakat.Senang cerita,kau kena jadi seorang yang berguna untuk diri kau sendiri".Pesan Wahida pada aku.

"Aku tengah mencuba".Balasku lalu terus menarik tanganku dari pegangan Wahida.Aku segera meluru keluar dari bilik tidur sambil diriku masih lagi berusaha membalut tanganku.Aku keluar dari rumah begitu sahaja.Tidak pernah aku menyalami tangan sesiapa di rumah itu.

•○●○●♡●○●○•

Memang rasa seronok dapat keluar dari 'neraka dunia' tersebut tapi akan jadi lebih teruk untuk aku sebab aku akan ke neraka yang satu lagi iaitu sekolah.Tiba sahaja di sana,aku segera menyembunyikan diriku daripada Syafiqa dan empat kawannya yang lainnya iaitu Nurul,Ayu,Damia dan Hani.
Kalau aku terserempak dengan mereka memang aku jamin aku mesti kena pukul lagi dengan mereka.

Sedang aku cuba sembunyikan diri,aku terserempak dengan teman lelaki Syafiqa iaitu Amar.
"Mati aku".Kataku dengan kuat.Amar yang ternampak aku itu terus berlari menuju ke arah aku lalu menolak aku ke dinding.
Dia ketawa melihat wajahku.
"Kau tak boleh mati lagi.Kau masih belum cukup diseksa".Balasnya selepas mendengar kata-kataku.

Tangannya menahan aku dari pergi.Kawan-kawannya iaitu Omar dan Syahmie hanya melihat aku sambil ketawa jahat.Sudah banyak kali,juga aku dipukul oleh mereka.
"Jangan pukul muka aku".Pinta aku.

"Aku tak nak pukul kau hari ni sebab harini giliran Syafiqa".Balas Amar lalu memandang ke arah Syafiqa yang sedang berjalan ke arah kami berdua.

"Cantiknya balutan ni.Nak buat aku jadikannya lebih cantik?".
Aku terus menundukkan kepalaku kebawah kerana aku faham apa yang Syafiqa cuba sampaikan dengan segera dia membawa aku masuk ke dalam bilik simpanan.Syafiqa menolak aku sehingga aku jatuh ke bawah.

Lantas,dia pun memijak tangan kanan aku dengan kuat.Aku menjerit sekuat hati kerana terlalu sakit tiba-tiba mulut aku ditutup oleh Ayu.Jeritanku 'didiamkan' kerana ia mampu membuatkan orang lain dengar.Beberapa saat selepas diseksa oleh mereka,aku ditinggalkan terbaring di atas lantai.

Aku hanya mampu mengerang kesakitan.
Akhirnya,aku sedar yang tangan kananku terseliuh dan perlu mendapatkan rawatan.Namun,aku mendiamkan diri dan melawan kesakitan itu.Setibanya,aku di kelas.Kesemua orang memandangku dengan pandangan yang tidak puas hati.

Aku segera memandang ke bawah.
"Kamu lambat lagi,Wahida".Kata Cikgu Sarfan,guru pelatih yang hanya akan mengajar kelasku untuk matapelajaran Sains selama tiga bulan sahaja bagi menggantikan Cikgu Zulie yang sedang cuti mengandung.
"Maaf.Saya terjatuh tadi".Ucapku lalu segera duduk di meja untuk menyembunyikan tanganku yang lebam itu.

"Ok,tanpa membuang masa saya nak awak semua,hantar tugasan yang saya berikan semalam.Harap semua dah siapkan tugasan yang diberikan" .Kata Cikgu Sarfan sambil menunggu kesemua pelajar kelasku termasuklah aku,menghantar tugasan yang disuruh oleh beliau.

"Wardiah,kau dah siap ke belum kerja yang cikgu bagi?!.Kalau dah siap tolonglah bagi aku 'tengok' jap".Pinta kawanku yang selalu putus cinta itu,Mimi.

"Kau patut mesej aku semalam kalau nak minta kerja.Bukannya,last minute baru nak minta".Pesanku lalu terus menghulurkan buku latihan sains.
"Thanks,Wardiah.Nasib baik ada kau".Ucap Mimi lalu segera menyiapkan tugasannya.

"Nasib baik aku ada?".Bisik hati aku kerana aku tidak tahu sama ada dia bersyukur dengan kewujudanku ataupun dia bersyukur dengan kerja sekolahku yang sentiasa siap.

Mimi pandai menggunakan kuasa kepantasannya.Tepat-tepat sahaja,giliran menghantar tugasan,Mimi sudah berjaya siapkannya dengan tulisan yang tetap sahaja kemas kalau aku pasti sudah jadi cakar ayam.

Namun begitu,aku tetap sahaja menjadi kawannya kerana dia adalah satu-satunya menjadi jalan keluar untuk aku lepaskan diri dari neraka dunia.Kalau dia ajak keluar,aku terus bersetuju dan tidak pernah langsung menolak.

Kerana dengan cara itu je aku dapat bebas.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now