Bab 9 : Kanak-Kanak

28 15 0
                                    

(5 tahun Kemudian)

Wardiah kini sudah pun berusia 22 tahun.Dia tetap sahaja tinggal di rumah Puan Kalsom namun suasana sering saja janggal setiap kali mereka berdua harus bersemuka.Hanya pertanyaan biasa seperti 'sudah makan?' atau 'pergi mana' sahaja yang selalu memecahkan suasana sunyi diantara dua beranak itu.

Dua tahun yang lepas pula,Wahida sudah tinggal semula dengan suaminya.Manakala,Mak Cik Qasih tetap sahaja menjenguk Wardiah sekali-sekala walaupun hanyalah dua bulan sekali kerana beliau mula sibuk dengan urusan sekolah.

Encik Hanafi pula tetap sahaja setia menunggu Wardiah walaupun Wardiah sudah menolak beliau selama beberapa kali.
Ikhwan pula,baru sahaja pulang dari negeri Sabah usai sahaja selesai menyelesaikan kerja yang harus dilaksanakan disana selama 3 Tahun dan 3 Tahun itu jugalah dia tidak dapat bertemu dengan Wardiah.Ikhwan tetap sahaja berhubung dengan Wardiah namun,Wardiah hanya buat endah tak endah.

•○●○●♡●○●○•

"Mak dengar,Ikhwan baru balik dari Sabah hari ni. Kamu tak nak pergi jumpa dia ke?". Tanya Puan Kalsom.
"Kenapa Wardiah nak kena pergi jumpa dia pula?".Hairan Wardiah.
"Kamu berduakan kawan baik".Balas Puan Kalsom.

"Nantilah.Wardiah sibuk sangat.Ramai yang tempah Wardiah jadi jurugambar diorang untuk Majlis Kahwin".Jelas Wardiah.
"Betul juga tu.Ramai pula pasangan yang nak berkahwin sekarang.Harap,berbaloilah duit yang mereka beri pada kamu".Kata Puan Kalsom.

"Berbaloilah juga.Walaupun,Wardiah bukanlah jurugambar rasmi tapi pengalaman semasa belajar dengan arwah ayah,membantu juga Wardiah. . . untuk ceburui dalam bidang ni".Jelas Wardiah lagi.
"Ok.Wardiah pergi dulu".Tambah Wardiah lalu segera meninggalkan rumah dan menuju ke sebuah tasik yang selalu dia kunjungi.

Setibanya Wardiah di sana. . .
Wardiah dapat melihat ramai kanak-kanak sedang bergembira bermain dengan kawan-kawan mereka.Malah,ada juga keluarga yang turut berjalan-jalan di tasik ini untuk meluangkan masa bersama-sama.
Sambil mengukirkan senyuman,Wardiah pun mengambil gambar 'senyuman' mereka lalu dijadikan koleksi untuk diri sendiri.
Ketika dia sedang asyik mengambil gambar. . .

"Ramainya orang di sini.Nampaknya,tak dapatlah kita nak bergurau senda macam biasa".Terjah Ikhwan.
"Aku dah agak kau akan terjah aku.Sebab tu aku tak berapa nak terkejut.Lagipula,baguslah ada ramai orang kat sini daripada kita berdua-duaan".Sindir Wardiah yang masih lagi sedang asyik mengambil gambar itu.

"Aku fikir lepas kau balik adalah 'nasi minyak' ".Wardiah cuba menyakat Ikhwan sebaik sahaja dia telah selesai mengambil beberapa keping gambar.
"Betu juga tu sebab wanita-wanita di Sabah semuanya baik dan cantik.Tapi,saya tak tahu kenapa saya tak boleh nak pilih satu. . .mungkin,sebab saya suka awak. . .kot". Jujur Ikhwan.
"Ha Ha Ha Ha.Kelakar". Balas Wardiah lalu memandang Ikhwan dengan rasa menyampah.

"Tak apalah,kalau awak tak percaya.Tapi,kalau awak tak nak kahwin dengan Encik Hanafi. . .awak boleh kahwin dengan saya".Tambah Ikhwan lalu tersengih seperti kerang busuk.
Namun,Wardiah tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya dia hanya melihat kanak-kanak yang sedang berseronok bermain dengan buih.Ikhwan menyedari akan hal itu lalu hanya mampu tersenyum sayu.

Mereka berdua yang sedang berdiri secara bersebelahan dan agak berjarak di bawah pokok itu hanya dipenuhi dengan kesenyapan.

"Semua ni. . Pasti senang untuk aku kalau aku ialah kanak-kanak".Luah Wardiah dan terus memecahkan suasana yang senyap itu.
Perlahan-lahan,Ikhwan pun menoleh ke arah Wardiah.
"Kalau aku melihat dan hidup melalui jiwa seorang kanak-kanak,aku akan lihat semuanya sangatlah sempurna dan bahagia.Tapi,apa yang aku lihat sekarang hanyalah hitam dan putih tapi senyuman dan kegembiraan mereka mewarnai hitam dan putih aku dan perlahan-lahan. . .menjadikan hidup aku semakin bewarna hanya dengan menggunakan senyuman. . .macam senyuman kau".Luah Wardiah lalu tersenyum sambil memandang Ikhwan.

Ikhwan yang dari tadi memandang Wardiah itu terus menoleh ke arah yang bertentangan kerana pipinya menjadi kemerahan kerana malu.
"Senyuman saya menawan kan?".Bangga Ikhwan sambil tersengih sendirian.
"Bolehlah walaupun macam kerang busuk".Balas Wardiah.

"Tapi,saya fikir awak tak sukakan kanak-kanak sebab awak sentiasa mengelakkan diri daripada mereka setiap kali mereka datang kepada awak".Hairan Ikhwan.
"Aku cuma tak nak sebarkan aura negatif aku.Kanak-kanak seharusnya membesar dengan rasa gembira sebab esok lusa kita tak tahu mungkin,mereka akan membesar dengan rasa sedih".Jelas Wardiah.

"Lagipun,sebenarnya aku suka tengok kanak-kanak mahupun bayi.Dengan cara itu,aku dapat ingatkan diri aku yang aku juga pernah rasa gembira dan dari situ juga aku didik diri aku untuk terus bersyukur daripada terus-menerus mengeluh".Jelas Wardiah lagi.
"Begitu".Balas Ikhwan.

Tiba-tiba,munculah seorang kanak-kanak lelaki kecil yang sedang menangis datang ke arah mereka berdua lalu kanak-kanak itu pun memegang tangan Ikhwan.
"Pak Cik. . .saya hilang papa dan mama saya".Kata kanak-kanak lelaki itu.
"Tak apa.Adik,ikut pak cik. . .kita cari papa dan mama adik bersama-sama ye".Balas Ikhwan dengan nada suara yang lembut.Wardiah hanya mengikuti Ikhwan dari belakang.Ikhwan pun terus berusaha mencari ibu bapa kanak-kanak itu.Ketika, Ikhwan sedang asyik mencari ibubapa kanak-kanak itu,Wardiah pun mengambil gambar Ikhwan dan kanak-kanak lelaki itu yang sedang berpegangan tangan.

•○●○●♡●○●○•

Mujurlah,ia tidak mengambil masa yang lama kerana ibubapa kanak-kanak itu juga sedang mencari anak mereka.Ikhwan pun terus menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibubapa kanak-kanak tersebut.

"Terima kasih dik".Ucap mereka secara serentak.
Ikhwan hanya membalas ucapan mereka dengan senyuman.
Sebaik sahaja,Ikhwan menoleh ke arah Wardiah,dia terus keharainan.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?".Soal Ikhwan apabila melihat Wardiah tersengih melihatnya.

"Kau nampak macam ayah budak tu".Jelas Wardiah lalu menunjukkan beberapa keping gambar Ikhwan dan kanak-kanak itu.
"Lepas,awak tunjuk saya gambar ni baru saya teringat impian saya".Luah Ikhwan.
Wardiah pun terus memberikan reaksi muka ingin tahu.

"Saya nak kahwin dan ada anak".Jujur Ikhwan lalu ketawa kerana malu.
"Kenapa nak ketawa dan rasa malu?.Biasalah tu".Balas Wardiah.
"Macam mana dengan awak?.Awak tak ada impian?".Tanya Ikhwan.
"Entahlah.Aku cuma nak menjalani hari-hari aku dengan baik. . .dan teruskan hidup sehingga ke akhir hayat ".Luah Wardiah sambil melihat gambar-gambar yang diambilnya.Ikhwan pula hanya memandang Wardiah.

"Jomlah.Kita pergi makan.Saya belanja awak".Ajak Ikhwan.
"Tak nak pergi berdua.Kau ajaklah Irdina sekali".Pinta Wardiah.
Dengan pantas,Ikhwan pun terus menelefon Irdina.Tanpa,ragu-ragu Irdina terus menerima ajakkan abangnya.

30 minit kemudian. . .
Irdina pun tiba di sebuah tasik di mana Wardiah dan Ikhwan masih berada untuk menunggu kedatangannya.
Setibanya Irdina di sana,mereka bertiga pun menuju ke sebuah restoran yang tidak jauh dari situ.Tidak lama selepas itu,mereka bertiga pun telah selesai mejamu selera.Wardiah pun akhirnya pulang ke rumah.

Manakala,Ikhwan dan Irdina pula pergi ke pusat membeli belah untuk membeli tudung baru.
"Abang rasa dah banyak tudung adik kat rumah.Takkan nak beli lagi?.Membazirlah".Tegur Ikhwan.
"Abang apa tahu?.Belanjalah adik kesayangan abang ni.Bukannya adik minta banyak pun".Kata Irdina dengan manja.
"Yalah".Balas Ikhwan.

Keadaan menjadi agak janggal untuk seketika. . .
"Abang. . ." Irdina cuba untuk memulakan perbualan.
"Kenapa?".Sahut Ikhwan.
"Abang tak pernah ada rasa suka kat kak Wardiah ke?".Tanya Irdina.
"Suka?. . .Entahlah.Wardiah tu baik.Tapi,kami berdua mungkin sesuai untuk berkawan sahaja".Jelas Ikhwan.
"Oh,begitu".Jawab Irdina dengan rasa tidak puas hati.

"Sejujurnya,abang rasa abang suka dia. . .dan abang pun rasa yang dia suka abang.Tapi,dia berusaha untuk tak sembunyikan sebab. . .dia takut".Tambah Ikhwan.
"Kesian kan. . .dia mesti trauma dengan masa silam dia.Orang yang sakit biasanya membesar dengan lebih awal.Jadi,tak hairanlah kalau Wardiah selalu pandai sembunyikan perasaan dia seorang diri". Kata Irdina.
"Kalau betul abang nak jaga dia,jagalah dia dengan baik. . .mesti dia nak keluarga yang bahagia". Pesan Irdina.

"Abang dah banyak kali sakit sebab cinta. . .Mula-mula,abang fikir Isabell akan tunggu abang.Tapi,rupanya dia tak cintakan abang sama macam abang cintakan dia.Sekarang,Wardiah pula.Kadang,abang hampir berputus asa untuk dapatkan Wardiah sebab ego dia untuk 'tidak jatuh cinta dan berkahwin' tu kuat". Luah Ikhwan.
"Tak apalah,abang. Insya'Allah kalau memang abang dengan kak Wardiah ada jodoh,mesti Allah akan bagi petunjuk".Pujuk Irdina.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now