Bab 12 : Ikatan

29 14 0
                                    

Tepat jam 1:30 petang, pasangan pengantin iaitu Suraya dan Harun pun telah tiba.Wardiah akhirnya dapat menjalankan tugas.Mujurlah,Suraya dan Harun menyukai hasil foto Wardiah.
"Kan saya dah cakap dia bagus". Kata Harun.
"Ya.Dia bagus menjadi jurugambar 'sahaja' ". Balas Suraya.

Wardiah kemudiannya menuju ke arah Puan Kalsom yang sedang berbual rancak dengan Puan Syamira.Wahida juga turut berada di sana.

"Kadang aku ni Syamira,bukan apa. . .Sebagai seorang ibu yang pernah menghadapi situasi karenah Wardiah yang melukakan dan membuat sesuatu perkara yang diluar jangkaan aku amatlah pedih dan tercari-cari dimana silapnya aku dalam mendidik Wardiah aku sehingga dia sanggup membelakangkan aku. . . " Belum sempat Puan Kalsom menghabiskan ayatnya,Wardiah pun mencelah.

"Mak tahu?. Wardiah suka Ikhwan". Luah Wardiah secara tiba-tiba.
Puan Syamira dan Wahida terus tergamam begitu juga dengan Puan Kalsom.
"Wardiah sangat cintakan dia,sebenarya sehingga ada rasa nak kahwin dengan dia. . .tapi,Wardiah takut dia berubah lepas kahwin dan Wardiah takut kalau perasaan Wardiah akan berubah lepas berkahwin" Luah Wardiah lagi.

Mujurlah di tempat tersebut hanyalah terdapat mereka berempat sahaja.Kalau ada orang lain,pasti ia akan jadi 'desas-desus terbaru'.

"Aku tinggalkan kau dengan anak-anak kau.Kamu semua berbincanglah elok-elok". Kata Puan Syamira lalu meninggalkan Wardiah,Wahida dan Puan Kalsom.

"Kau tak pernah berubah,Wardiah. Kau masih lagi mulakan perbualan yang sensitif sehingga buatkan orang lain berasa tidak selesa". Marah Wahida.
"Kau bangga ke?. Sebab sudah berbaik dengan Yusof?. Bukankah kau menderita sangat sampai menangis pada aku?". Sindir Wardiah.
"Wardiah cukup!. Sebab itulah mak tak suka sangat bercakap tentang kamu. . .kamu akan sentiasa berkelakuan seperti ini!". Balas Puan Kalsom.

"Jadi,berhentilah cakap benda buruk tentang Wardiah.Pernahkah mak ingat berapa kali mak puji Wardiah depan kawan-kawan mak?. Tak pernah kan?. . . .sebab mak cuma cakap benda yang buruk sahaja tentang Wardiah". Jelas Wardiah.

"Wardiah!. Mak dah penat nak layan karenah kamu.Apa salah mak? Apa kegagalan yang mak lakukan sehingga kamu membesar dan menjadi seperti ini?.Mak terkilan Wardiah!" .Luah Puan Kalsom.

Perlahan-lahan,Wardiah mula menitiskan air mata.Dia pun mendekati Puan Kalsom dengan lebih dekat.

"Mak nak tahu sangat ke?". Tanya Wardiah.
Puan Kalsom hanya mendiamkan diri sambil memandang tepat mata anaknya itu.
"Kegagalan mak ialah menunjukkan pada Wardiah betapa 'terseksanya perkahwinan' dan buatkan Wardiah menanggap rumah kita adalah 'neraka' ".Luah Wardiah.

Puan Kalsom terus terkejut lalu menangis dan hampir terduduk ke bawah namun,Wahida sempat merangkul Puan Kalsom.
"Jangan salahkan diri mak seperti ayah salahkan diri ketika arwah ayah masih hidup.Mak dan arwah ayah kan manusia. . .bukankah manusia melakukan kesilapan.Jadi,sebab itu Wardiah hanya diamkan diri.Tapi,mendengar semua kata-kata mak tentang Wardiah. . .amatlah membuatkan Wardiah terseksa". Tambah Wardiah lalu segera berlalu pergi dan meningglkan majlis tersebut.

Puan Kalsom terus menangis dengan teresak-esak.
"Anak aku. . ." Menangis Puan Kalsom.
"Mari mak,kita balik. Kalau kita terus berada di sini,nanti orang lain akan nampak". Pujuk Wahida lalu segera membawa Puan Kalsom pulang.

Wardiah pula duduk di atas bangku di sebuah tasik yang selalu dia kunjungi.

•○●○●♡●○●○•

Wardiah pun duduk di situ sambil menangis dengan teresak-esak.Tidak lama kemudian,Ikhwan pun muncul lalu duduk di sebelah Wardiah namun agak berjarak,sambil dipantau Irdina dari belakang.

"Saya. . .terdengar kesemuanya". Jujur Ikhwan.
"Boleh tak kau belajar untuk jadi pekak sekejap?. Aku rasa jengkel sebab kau asyik dengar semua benda sedih tentang aku!". Luah Wardiah.
"Macam mana saya nak buat macam tu?. Saya nak hidup bersama dengan awak jadi sebab itu,saya perlu tahu tentang awak". Balas Ikhwan.

Kerana dia (akan disunting)Where stories live. Discover now