Chapter 32

665 38 37
                                    

Mask hitam dipakai, ring capnya dibetulkan. Daniel mengerling ke arah Qhai.

"kenapa pakai macam tu?"

Qhai memandang pelik.

"bukan ni ke yang selalu aku pakai? Tak boleh ke?" tanya Qhai. Hairan betul aku dengan mamat sorang ni. Ada ke dia tanya macam tu.

"tak boleh"

Qhai mengeluh. "kenapa pula?"

"nampak sexy la" kata Daniel. Qhai disitu dah ternganga. Biar benar miska?

Puk!

Kepala Daniel diketuk. Daniel mengaduh sakit. Hmm bukan main main ketukan dia ni. Ketuk pakai desert eagle kau.

"kenapa ketuk kepala Danny?" Daniel membuat muka nak menangis. Eee gedik sia. Kenapa aku tulis ni? 😭

"kenapa ketuk kepala Danny?" Qhai mengejek. Dia meniru suara Danny tapi versi manja. Qhai tersenyum sinis. Padan muka kau. Muahahaha.

"gedik" perli Qhai.

"em orang gedik dengan dia je" Daniel memuncungkan bibirnya. "yela tu" Qhai menjulingkan matanya.

"dah, pergilah sana.. Kata tadi nak keluar dengan nasi beriani. Hah pergilah" ujar Qhai menghalau Daniel.

Daniel tersenyum sekali lagi. "ehehehehe, awak jeles ke tu?"

"pourquoi ?" Qhai membuka pintu kereta untuk keluar. Daniel pula mematikan enjin kereta. Qhai memandang Daniel dengan pelik.

"apa?"

"kenapa ikut? Bukan tadi nak pergi dengan Beriani ke?"

Daniel menepuk dahi. Jealous dia tak boleh bawak bincang. Daniel memandang Qhai. Qhai mengangkat kening.

"gurau jelah. Dah jumpa dah dia dekat kedai cincin tadi. Kenapa jeles sangat ni, hmm?" Daniel membuat suara husky. Qhai terkedu. Shit.

"m-mana ada jeles" kata Qhai gagap. Dia mengemam bibir. Sejak bila dia gagap ni. Qhai menelan air liurnya kesat.

Dengan pandangan Daniel yang seolah olah mahu menggodanya itu, Qhai seperti ingin pengsan. Damn it.

Nafas tersekat sekat. Mana oksigen ni? Qhai mahu menjerit.

Dia terasa seperti Daniel semakin dekat dengannya. Dekat sehingga dia rasa hembusan nafas Daniel.

Lalu Daniel berbisik kearahnya.

"kalau jeles cakap. Lepasni i tak akan keluar dengan perempuan lain. I keluar dengan u je. Only you sayang. Okey?"

Pak!

Qhai menepuk dahi Daniel. "aduh! Kenapa tampar? Sakitlah. Ey"

Qhai menjulingkan matanya.

"dah kau tu mengarut sangat" Daniel menggosok dahinya yang ditepuk oleh Qhai. Hmm, harap tangan je kecik. Tapi dia punya headshot tu padu.

"kalau Danny hilang ingatan macam mana? Haa" Qhai menahan sabar. Tak habis lagi budak ni. Qhai mengeluh. Mengambil nafas. Take a deep breath.

"kau ni kan.. Ey.. Makin menjadi jadi pula perangainya. Haih, nasiblah aku dapat boyfriend macam kau" perkataan dihujung sengaja diperlahankan. Tak official pun lagi.

"hah apa?" Daniel seperti terdengar yang Qhai ada cakap something. Macam cakap dia boyfriend Qhai pula. Entahlah dia salah dengar kot. Mungkin Qhai maksudkan kawan lelaki or partner in crime dia ke.

"tak ada apa. Nak masuk ni. Cau" Qhai meninggalkan Daniel keseorangan dibelakang. Qhai masuk kedalam mansion itu.

Ah, nyamannya udara aircorn dekat sini. Matanya dipejam rapat untuk mengamati suasana. Dia kemudiannya memandang ke sekeliling. Tak ada orang pun. Mesti Roy suruh diorang berkumpul dekat tempat biasa.

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now