Sila komen ya anak anak
**********
Daniel menguap. Tunggu isteri dia balik memang membosankan. Hari ni dia balik awal. Ingat nak makan sama sama dengan bini. Pastu Qhai call dia kata ada emergency dekat mansion.
Jadi mereputlah dia dekat sini. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 8.35 malam.
Ktak!
Daniel tersentak apabila terdengar pintu rumah dibuka. Dia memandang wajah Qhai yang tersenyum. Ditangannya terdapat plastic bag yang Daniel pun tak tahu apa ada dalam plastic itu.
"hai sayang" sapa Daniel dengan senyuman manis. Rindu.
"yeah... Hai too Danny" turut disambut dengan senyuman manis dari Qhai.
"beli apa tu?" tanya Daniel.
"adalah barang sikit"
"ouh barang.. Rajinnya sayang. Selalunya Danny ajak pergi shopping pun taknak" ujar Daniel. Dia merasakan ada benda yang tidak kena dengan Qhai. Sungguh pelik.
"err.. I pergi shopping dengan adik you. You tak marahkan? Sorrylah i lupa nak bagitahu you" ujar Qhai dengan nada manja. Daniel mencarut dalam hati.
'that's not Qhai' bisik hatinya.
"sayang, apa kata you naik atas dulu. Salin baju ke mandi. Lepastu kita pergi makan. Okay?" arah Daniel dengan lembut. Qhai mengangguk.
Sambil itu dia mengeluarkan telefonnya. Iphone 11 pro. Daniel membulatkan matanya.
"sejak bila you pakai iphone sayang?" tanya Daniel dengan nada yang mencurigakan.
Qhai menelan air liur.
"i naik atas dulu lah. Penat pulak" terus Qhai naik ke atas dengan tergesa gesa.
Daniel membuka telefonnya lalu membuka aplikasi whatsapp. Terus dia mesej seseorang.
PsychoChick🐣
Sayang..
Yes.. Ada apa Danny?
Sayang ada dekat mana?
Otw balik. Kenapa?
Ada orang menyamar jadi sayang.
Jadi, dia buat apa dekat Danny?
Tak ada lagi. Danny suruh dia naik atas. Lepastu Danny ajak dia pergi makan.
Okay, Danny tunggu jap. Sayang dah nak sampai ni.
Okay sayang.
Be careful hun.
Mark as read.
Daniel menutup telefonnya.
Ktak!
Daniel tersentak apabila terdengar pintu rumah dibuka. Dia melihat Qhai sedang membuat isyarat diam kepadanya. Daniel hanya mengangguk.
Laju betul bini dia. Tak sampai satu minit pun. Rupanya dah sampai rumah.
"Danny, panggil dia turun" ujar Qhai dalam berbisik.
YOU ARE READING
The Dark Secret Mafia
Action"je suis un Assassin, un voleur et la plus grande mafia du monde" Qhai Alexandria Storm. Dia telah dibuang keluarganya kerana kakaknya yang berdendam dengan atas sebab yang tidak diketahui. Dia seorang CEO disebuah syarikat tersohor di Perancis. Dia...