Ktak...
Pintu wad vvip itu dibuka dari luar. Sepuluh pasang mata memerhati segenap ruang yang ada dalam bilik itu.
"hurm, sunyi je. Betul ke tidak kau ni Ryl?" tanya Qui.
"eh, aku pulak. Tadi Feyrien dan Qriesya yang tanya. Kau tak payah sabitkan akulah. Aku tampar sia sia je kau hidup" ujar Qairyl sambil menjeling tajam kepada Qui.
"kitorang dah tanya tadi. Betul lah bilik ni. Bilik 404" ujar Qriesya dengan nada bosan.
"bilik 404? Macam dalam cerita Hotel Del Luna je yang kalau kita masuk dalam bilik tu dikatakan tidak pernah keluar sampai bila bila" ujar Yayazz sambil membuat muka seram. Yang lain belike ( ̄. ̄)
"kidding me Yazz. Kau ni banyak tengok cerita korea lah" sindir Rayc.
"hehehe"
"haih, kamu semua ni sudah sudah lah. Mari kita masuk daripada tercegat kat sini je" arah Mr. Storm. Mereka hanya mengangguk.
Mereka melihat ada sebuah katil yang berpenghuni. Ya, seorang terbaring diatas katil itu. Dan ada seorang lagi yang duduk diatas kerusi membelakangi mereka.
"Alish, tu siapa yang duduk atas kerusi sana?" tanya Hyurin.
"err, tak tahu lah saya. Sebab masa boss suruh saya pergi rumah dia tadi. Dia berada dekat man...." cepat cepat Alish menekup mulutnya.
"man apa?" tanya Hyurin. Alish menggeleng.
"tak.. Tak ada apa apa" ujar Alish.
Rayc dengan selamba menepuk bahu si dia yang berada diatas kerusi itu. Terkejut habis dia.
"eh, Qhai rupanya" ujar Rayc.
"oh, korang dah sampai rupanya. Maaf lah aku tak perasan tadi" ujar Qhai tanpa berpaling. Matanya tengah fokus pada telefonnya.
"memang tak perasan kalau mata kepala duduk hadap telefon tu" ujar Qairyl sinis.
"hurh, suka hati aku lah. Mata aku kan. Tak ingat pulak yang aku pinjam mata kau" giliran Qhai tersenyum sinis. Kepalanya ditoleh ke belakang.
Bulat matanya apabila ternampak dua insan yang sedang memandangnya dengan titisan air mata.
"erk...." terdiam Qhai dibuatnya.
"Qhai, kamu tak apa apa nak?" tanya Mrs. Storm.
Qhai hanya memandang sinis. Dia bangun lalu menghadap mereka semua. Kelihatan semua orang terkejut melihat dirinya sekarang.
"si.. Siapa yang buat kamu macam ni Qhai?" tanya Mr. Storm.
"hurh, buat apa nak tahu? Its not your problem okay" Qhai berkata sinis. Dia memandang gerangan yang terbaring di atas katil itu.
Mr. dan Mrs. Storm tergamam.
Manakala yang lain terkejut melihat tangan Qhai yang berbalut. Yes, tangan dia kena tembak. Sebelah matanya lebam seperti bekas ditumbuk.
"Qhai, mana Syakeera?" tanya Feyrien.
"oh, dia dalam tandas. Mandi rasanya. But tak payah risau sebab dia baik baik saja" kata Qhai sambil mengelus rambut si dia yang terbaring diatas katil.
"ni siapa?" tanya Mr. Storm
"anak sendiri pun dah tak kenal ke? Meh saya perkenalkan. Ini Adriana. Adriana Axia Storm. Merangkap kembar tak seiras kepada Qui Alexander Storm dan orang yang dah lama saya cari. Haih, tak sangka pulak dia ni musuh sendiri. Hahaha.....
But its okay. Dia sakit. Dia ada amnesia dan juga face blindness" terang Qhai panjang lebar.
"hah? Ad? Macam mana? Habis yang dekat rumah tu siapa? Hantu?" tanya Mr. Storm.
YOU ARE READING
The Dark Secret Mafia
Action"je suis un Assassin, un voleur et la plus grande mafia du monde" Qhai Alexandria Storm. Dia telah dibuang keluarganya kerana kakaknya yang berdendam dengan atas sebab yang tidak diketahui. Dia seorang CEO disebuah syarikat tersohor di Perancis. Dia...