Chapter 18

1.2K 49 0
                                    

"welcome to mobile legend"
Qhai bermain dengan mobile legendnya didalam kereta. Kenapa dalam kereta? Baiklah...

Sebenarnya dia nak pergi shopping mall, lepastu tetiba dia rasa malas nak berjalan. Jadi dia mengambil keputusan untuk duduk dalam kereta dan main game dengan telefon baru dia.

Mentang mentang dapat phone baru.. Uhuks.. Semua dia download.

Sedang leka dia bermain game tiba tiba ada orang ketuk cermin tingkap dia. Terkejut dia...

"you have been slain" operator phone bersuara

"alaaaa" Qhai mengeluh. Dengan geram dia buka cermin tingkap dan bagi pandangan maut pada manusia yang menyakitkan hati dia tadi.

"kau siapa?" tanya Qhai.

"aik.. Abang sendiri pun tak kenal?" balas Qui.

"aku tak ada abang muka longkang macam kau, so boleh blah" kata Qhai sambil marah.

Qui menggosok leher sendiri. 'ah, sudah budak ni. Dah kenape?' desis hati Qui.

Qhai menutup tingkap. Malas mahu layan. Dah la buat orang kalah. Merde.

Tok! Tok!

Sekali lagi Qui mengetuk tingkapnya.

"nak apa lagi hah? Bukan aku suruh kau balik dengan budak budak tu ke? Asal kau kat sini?" tanya Qhai bertubi tubi.

"cis, aku datang sini sebab Qairyl ajak kitorang round mall ni. Haa, nah. Ryl cakap kau ada date malam ni dengan kawan kau. Jadi pakai ni malam ni. Aku tahu kau datang sini sebab nak shopping dan kau malas nak turun" ujar Qui.

"aww, terharunya sis. Untung aku dapat abang abang yang memahami ni. Hehe.. Merci merci" terus tersengih Qhai.

Dibelek plastik yang diberi Qui tadi. Baju gaun paras lutut warna kuning dan hitam. Hurm, warna kegemarannya. But paras lutut?

Are you kidding me? Dan satu lagi, high heels???

"abang, ape semua ni?" tanya Qhai.

"lah, baju kau la tu. Ey, bersyukur la aku beli tu. Nak suruh Qairyl guna duit dia memang tak la. Huh, dasar kedekut punya budak" sempat lagi Qui mengutuk Qairyl.

"yela yela"

"haa, pakai tau. Tak pakai kau bayar balik ganti. Au revoir" terus Qui cau dari situ. Qhai memandang Qui yang sedang naik kereta Audi A5.

"what the? Cakap Qairyl, dia pun dua kali lima sepuluh je" kata Qhai sebelum dia betulkan duduknya. Kemudian dia memandu dengan laju ke rumahnya. Jangan tiru aksi ini ye kalian.

******************************
Malam,

Sedang Qhai bersiap, dia terdengar bunyi hon kereta di halaman rumahnya.

'lah, makhluk mana pulak ni' desis hatinya.

Tok! Tok! Tok!

"masuk je. Pintu tak kunci" katanya sambil memberi kebenaran.

Ktak.

Pintu dibuka dan muncullah Qairyl yang memakai baju tshirt polo warna kuning hitam dan seluar jeans jenama levi's. Rambut pula disikat kemas.

Kening Qhai terjongket.

"kau nak pergi mana ni? Kejap, makhluk mana yang tekan hon kereta tu?" tanya Qhai sambil menyarungkan jaket kulit berwarna coklat pada badannya.

"Daniel dengan Alish datang. Aku nak ajak kau turun la ni. Asal kau pakai jaket ni?" tanya Qairyl.

"suka hati aku lah. Kau sibuk dah kenapa?"

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now