Jam 7.30 pagi, Qhai bertolak ke lapangan terbang bersama Daniel. Sebenarnya dia tak suruh pun Daniel ikut pergi. Tapi disebabkan Daniel beria ria nak ikut jadi dia benarkan saja.
Daniel memegang kedua belah bahu Qhai. Dia merenung Qhai dengan tajam.
"ingat sayang, pergi sana jangan nakal. Ingat awak tu pregnant. Danny dah call Syakeera untuk tengok tengok kan sayang"
"eh, Danny ada nombor Syak ke?" Qhai mengerutkan dahinya. Sejak bila aku bagi no Syak dekat Daniel?
Daniel tersengih.
"curi curi ambil dekat phone sayang. Mana lah tau ada emergency ke boleh saya minta tolong dia. Sayang tak marah kan?" Daniel menggaru pipinya.
"hmm, awak stalk phone saya eh?" Qhai merenung Daniel sampai nak tembus.
"eh bukan stalk. Tapi terstalk. Sorry. Danny janji Danny buat lagi" ujar Daniel sambil tersengih macam kerang busuk.
Aku nak tanya. Siapa isteri siapa suami sekarang ni?
"banyaklah dia ni. Dah lah saya pergi dulu. Nanti dah sampai saya bagitahu. Haa, awak pergi Berlin nanti jangan lupa inform. Saya dah lupa bila awak pergi. Lagi satu, awak jangan nak curang dengan saya ek. Kalau tak saya dengan baby tembak awak" bebel Qhai.
Daniel tergelak. Adeh comelnya bini dia membebel. Dengan bibirnya dicebik lagi. Eee, rasa nak gigit je. Makin tembam ek sekarang.
"iya sayang. Awak ni overthinking betul. Tak ada maknanya saya nak curang. Punyalah susah nak tackle awak sampai sanggup ikut pergi Maldives dua tahun. Takkan sia sia je usaha saya tu" ujar Daniel dengan bangga.
"oh jadi itu lah niat awak ikut saya pergi Maldives dulu eh?" Qhai mencubit lengan Daniel.
"aduh! Sakit sayang" Daniel menggosok tangannya yang dicubit oleh Qhai.
Qhai menjulingkan mata.
"dah saya pergi dulu. Layan awak nanti terlepas flight pulak saya" ujar Qhai.
"kenapa sayang tak naik PJ je. Kan senang. Tak ada lah nanti bila dah sampai dekat airport kena beraturlah apalah" ujar Daniel.
"saja"
Qhai berjalan pergi. Tangannya melambai ke arah Daniel. Dibibirnya mengucapkan selamat tinggal.
Daniel turut melambai.
"TAKE CARE" dia melaung kuat sehinggakan semua orang memandang ke arahnya.
"YOU TOO HUSBAND" tak disangka yang Qhai akan membalas. Daniel ternganga. Huaaa suka nyaa.
Ini kah namanya cinta?
Setelah Qhai hilang dari pandangan Daniel, barulah lelaki itu beredar untuk ke tempat kerja.
********************
Setelah 18 jam Qhai berada didalam kapal terbang itu akhirnya dia sampai juga ke destinasinya.
Malaysia.
Apa yang dia tahu Malaysia mempunyai 14 negeri termasuk wilayah persekutuan. Menjadi tempat ke-10 paling ramai pelancong asing datang ke negara ini. Malaysian are passionate about food.
Qhai tersenyum. "yeay, boleh lah aku makan puas puas. Lepastu hantar gambar dekat Danny biar dia jeles. Muahahaha. Bonne idée"
Dia menggosok belakang badannya. Sakit pula pinggang dia. Dia keluar dari kapal terbang itu dan menuju ke dalam KLIA. Ternganga Qhai.
YOU ARE READING
The Dark Secret Mafia
Action"je suis un Assassin, un voleur et la plus grande mafia du monde" Qhai Alexandria Storm. Dia telah dibuang keluarganya kerana kakaknya yang berdendam dengan atas sebab yang tidak diketahui. Dia seorang CEO disebuah syarikat tersohor di Perancis. Dia...