Chapter 33

624 40 8
                                    

6 months later,

Adrien sedang menyemak fail kewangan di meja pejabatnya. Meja pejabatnya sangat bersepah seperti tikus buat sarang.

Sekujur tubuh manusia masuk ke dalam pejabatnya dengan muka beku. Disebabkan terlalu fokus, Adrien tidak perasan akan manusia itu.

"Adrien"

Adrien mengangkat kepala.

"kau tak nampak ke aku tengah buat kerja ni Qhai?"

Dia membuat muka garangnya.

"amboi, sejak jadi boss ni makin busy ya kau. Cubalah contohi aku ni, rilek je" ujar Qhai dengan muka paling bangga pada abad ini.

Adrien menjeling tajam Qhai.

"haih, nak rilek macam mananya? Aset harta syarikat ni banyak lompong. Ada yang kad pelupusan dia hilang lah, yang memang sejak azali tak ada kadnya. Haih, kau fikir senang ke?" keluh Adrien.

Apa yang dia cakap pun Qhai tak faham.

"kau nak buat audit pelupusan ke apa ni? Sejak bila syarikat kau ada benda ni semua?" tanya Qhai.

"dah lama.. Kau tahu apa"

"Adrien, audit pelupusan tak wujud weh"

"siapa kata?"

"aku"

"apa apa jelah kau"

Qhai pergi ke pantri dan membancuh dua cawan coffee. Satu untuknya dan satu lagi untuk Adrien.

"nah untuk kau"

Adrien berhenti dari membuat kerjanya lalu memandang Qhai.

"sejak bila kau pandai bancuh coffee?"

Qhai menjeling Adrien. Dasar tak berterima kasih.

"yelah, thanks"

Qhai senyum garis "de rien"

"kau dengan Daniel okay tak?" tanya Adrien dengan tiba tiba. Kerjanya yang bertambun tadi mula dikemas. Terasa malas dah nak buat kerja bila Qhai ada.

"emm macam tu jelah"

Adrien mengangkat keningnya. Macam tu je? Haih budak ni.

"Qhai, bila kau nak kahwin?" tanya Adrien sambil merenung ke arah mata Qhai.

Qhai berpura pura tidak tahu dengan menghirup kopinya.

"Qhai Alexandria Storm.. Answer me" Adrien merenung tajam Qhai. Fuh, tak tergugat pun.

"tengok lah bila. Aku still busy lagi. Daniel pun entahlah, suka hati dia lah nak buat apa pun" ujar Qhai sambil menconteng buku catatan Adrien.

"woi, buku aku tu" jerit Adrien yang baru perasan tentang buku yang diambil oleh Qhai.

"ada nampak aku kisah tak?"

Adrien menjeling Qhai. "eh, kau ni asyik nak jeling aku je. Terbalik bola mata tu baru tahu"

Adrien tidak menghiraukannya. Sebaliknya Adrien menukar topik lain. Iaitu tentang dirinya dan Daniel.

"cuba kau cerita dekat aku. Kau ada masalah kan?"

"mana ada"

"kau jangan tipu aku boleh tak?"

"nak tipu apanya? Betullah aku cakap" ujar Qhai sambil memandang wajah Adrien untuk menyakinkan Adrien bahawa dia langsung tak ada masalah dengan Daniel.

Adrien menggeleng.

"aku pernah kerja dengan kau dan aku pernah duduk satu pejabat dengan kau. Tak payah nak tipu aku. Cerita jelah"

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now