Tak terkelip mata mereka semua melihat isi dalam bilik itu. Ia dipenuhi dengan senjata api dari kecil sampai besar. Ada juga peralatan seperti pedang, scythe, dagger, cemeti dan lain lain."nah korang pilih la nak yang mana. Yang mana tak pandai guna semua benda ni, sila berdiri dekat tepi dan lelehkan airliur kerana tak dapat pegang semua benda ni ya" ujar Qhai sambil tersengih sumbing.
"kau biar betul? Bom tangan pun ada?" tanya Aeryl yang sedang memegang bom tangan dengan kening terangkat.
Qhai hanya mengangguk. Dia memandang belakang. Aik tiada seorang pun. Biar betul diorang pandai guna senjata.
"weyh, Yayazz. Kau tengok P-19 ni. Cantik weh. Aku nak yang ni lah" ujar Hyurin sedikit teruja. Ia membuatkan Yayazz terasa pelik dengan sikap Hyurin.
"weh, macam mana kau tahu nama pistol ni?" tanya Yayazz.
"ada tertulis dekat atas meja tempat aku ambil benda ni tadi" ujar Hyurin sambil mengusap usap P-19 itu.
Yayazz hanya mengangguk dan berdiri sejauh mungkin daripada Hyurin. Dia mendekati Rayc yang sedang membelek sesuatu dalam ipadnya.
"weh, Rayc" sapa Yayazz. Reflek teguran Yayazz itu membuatkan Rayc terkejut sehingga bahunya terhincut.
"kau kenapa Yazz? Kalau aku terlempar benda ni macam mana? Habislah semua aset berharga aku dalam ni" ujar Rayc.
Yayazz menayang muka cemberut.
"ape?"
"nothing" ujar Yayazz sebelum pergi menghampiri Syakeera.
Syakeera yang membelakangi Yayazz memusingkan badannya dan mengacukan Baretta 50 dihadapan muka Yayazz.
"damn, terkejut aku" Yayazz terlompat kebelakang.
"hehehe, awesome tak aku tadi?" tanya Syakeera dengan bangga.
Tuk!
"aduh" Syakeera memegang kepalanya yang benjol akibat diketuk oleh Yayazz.
"kau ni kenapa? Kalau aku mati kena tembak dengan kau tadi macam mana?" soal Yayazz dengan geram.
Dengan muka selamba, Syakeera membalas
"kalau kau mati aku pergi lah gali kubur kau dan tanam kau. Ke kau nak gali sendiri? Takpe, aku izinkan"
Yayazz menarik rambutnya sendiri tanda geram.
"aik kenapa tu? Ke kau dah nak jadi gila? Hurm, aku ada kenal beberapa hospital mental ni. Kalau kau nak aku hantar. Jauh dari sini. Ada dekat Malaysia nama tempat tu hospital gila tanjung rambutan. Kau nak pergi?"
Syakeera memandang kiri kanan atas bawah mencari Yayazz. Nampaknya Yayazz telah membiarkan dia bercakap sendirian.
"aih, buat penat aku je terangkan pasal hospital mental tu. Aku ingatkan dia nak join jiran aku tu masuk hospital gila. Hurm" bebel Syakeera kemudian kembali membelek Baretta 50 itu.
Sebenarnya dia sedang tenangkan diri daripada kegelisahan yang melanda. Sebagai pembunuh upahan yang famous, maka dia telah diarahkan untuk membunuh Alexandria iaitu Qhai. Kawannya sendiri. Jika dia tidak melakukannya, Rania adiknya pasti akan diapa apakan oleh Javier.
Dia berbelah bahagi memikirkan hal tersebut. Dia ingin memberitahu Qhai, tetapi dia tahu yang Qhai ada masalah lagi besar daripadanya. Dan musuhnya juga orang yang sama.
Tut.. Tut..
Deringan telefon menyentakkan Qhai yang sedang memandang rakan rakannya. Dia menjawab panggilan telefon itu.
YOU ARE READING
The Dark Secret Mafia
Action"je suis un Assassin, un voleur et la plus grande mafia du monde" Qhai Alexandria Storm. Dia telah dibuang keluarganya kerana kakaknya yang berdendam dengan atas sebab yang tidak diketahui. Dia seorang CEO disebuah syarikat tersohor di Perancis. Dia...