Chapter 29

763 48 19
                                    

"ada... Aku"

Bam!!

Adrien dan Qairyl berpaling serentak apabila pintu tertutup dengan sendirinya. Mereka dapat lihat wajah Qhai yang tersenyum sinis memandang mereka.

Qhai memandang tepat kedalam anak mata Qairyl membuatkan dia meneguk air liur sendiri.

"Al-Alex. Ke-napa ni?" tanya Qairyl gugup.

Qhai tak menjawab. Hanya senyuman sinis diberikan. Dilihat ditangannya terdapat sepucuk pistol jenis P-99.

"ergh, sakitnya" ujar seseorang. Terus terperanjat Adrien dan Qairyl. Dipandang pula kearah suara tersebut.

"Silent!!" jerit Qairyl.

"perut dia berdarah" ujar Adrien. Dia mendekati Silent yang menekup lukanya dengan tangan. Dengan muka pucat, Adrien memandang Qhai yang membuat muka selamba badak dia.

"tu fais quoi?(kau buat apa?)" tanya Adrien.

"i shoot her" jawab Qhai.

"why?"

"i dont know" jawabnya sambil angkat bahu.

"like seriously?" Syakeera memandang Qhai dengan muka berkerut. Sakit tahu tak.

"aku sengaja nak bagi Javier tahu bahawasanya Silent dah tak ada" ujar Qhai memandang ke arah lain.

Qairyl hanya diam. Dia memikirkan sesuatu. Rasa macam ada benda yang dia lupa. Ape ek?

"kita dalam bilik Javier kan?" tanya Qairyl tiba tiba. Qhai memandang Qairyl dengan pandangan yang pelik. Adrien dan Silent turut memandangnya.

"tadi Roy ada kata yang korang bertiga. Bukan berdua" ujar Qairyl straight to the point.

"tiga? Mana ada. Hanya aku dan Silent je yang ada dalam bilik ni" ujar Qhai.

Kemudian mereka berasa tidak sedap hati. Seperti ada orang yang memerhatikan mereka.

"haih" bunyi seseorang mengeluh membuatkan mereka semua mencari punca suara tersebut.

Seorang wanita keluar dari tempat persembunyiannya sambil membuka topeng mukanya.

"ADRIANA?" terkejut mereka semua.

"kau buat apa dekat sini?" tanya Qhai tidak puas hati.

"ehem, akak datang sini nak buat misi menyelamat. Akak tahu yang anak buah kau bukan cukup sangat nak lawan Javier" Adriana membuat penerangan tentang kenapa dia berada disitu.

"kitorang dah besar untuk dijaga" jawab Qhai mendatar. Satu keluhan muncul dibibir Adriana. Kenapalah adik dia yang seorang ni ego sangat. Dia punya ego tu macam mintak orang baling meja dekat dia.

"ceh, berlagak" gumam Adrien.

"apa kau cakap?" tanya Qhai apabila dia terdengar orang bergumam. Adrien hanya membuat muka tidak tahu.

"eh, aku dibawah ni tengah sakit woi" Syakeera menjerit kearah mereka apabila dia dipalau tadi. Hiks sadis.

"aku nak tanya. Kenapa kau masuk dalam bilik Javier ni. Macam tak ada function je. Bukan ada apa pun dalam ni. Ada katil, sofa, meja je aku tengok" Qairyl bertanya.

"aku nak cari barang yang Javier pernah curi dari aku yang dulunya kepunyaan atuk" ujar Qhai dengan berbelit belit.

Qairyl yang tidak faham menayang muka blurnya. "huh?"

"maksudnya Atuk beri hadiah dekat Alex. Tapi Javier curi" kata Adriana. Tolong jawab persoalan Qairyl terhadap Qhai.

Harap je kembar. Perangai tak pernah sama. Satu je yang sama untuk Adriana iaitu mereka berdua tak pernah matang. Dua dua nakal. Tapi bila ada kerja penting waktu tu juga mereka berdua ni serius. Itu hanya pendapat seorang Adriana.

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now