Lima orang gadis sedang berdiri dihadapan sebuah rumah yang jauh dari kawasan bandar. Mereka berlima memandang rumah itu dengan rasa gementar.
"weyh, ramai bodyguard lah" salah seorang dari mereka bersuara.
"lah, kan dah pernah masuk rumah ni" kata seorang lagi dari mereka.
"tah, ape lah kau ni Yayazz" kata seorang lagi.
Yup, diorang secret7. Mesti reader dah dapat agak kan siapa mereka. Orang yang mula mula cakap tadi ialah Yayazz, diikuti Hyurin dan Feyrien.
"masuk jelah, aduhmak. Bukannya kita nak mencuri pun" ujar Rayc sambil memasukkan headphone kedalam telinganya.
"jomlah" ajak Qriesya. Dia mendahului langkah diikuti yang lain. Pondok keselamatan di tepi pagar rumah itu menjadi destinasi mereka.
"erm, tumpang tanya" Qriesya mencuba nasib.
"ya, ada apa apa yang saya boleh tolong?" tanya pengawal keselamatan itu atau lebih dikenali sebagai Han.
"erm, tuan rumah ni ada tak?" tanya Qriesya. Feyrien dan yang lain mengintai disebalik pintu pagar rumah itu.
"ouh, maaf cik. Tuan rumah ni tak ada. Dia ada urusan diluar negara dalam beberapa hari macam tu" kata Han. Mereka berlima mengeluh kasar.
"eh, kejap. Tu.... Kereta siapa?" tanya Yayazz sambil menunding jari kearah sebuah kereta Lamborghini Sian berwarna hijau.
"itu Tuan Qairyl punya. Abang kepada cik muda" kata Han lagi.
"haa, boleh kami masuk?" tanya Hyurin.
Han mengangguk lalu membuka pintu pagar.
"woah, besarnya. First time kita datang haritu nampak macam kecik je" ujar Feyrien dengan wajah teruja. Qriesya dan yang lain mengangguk sama kecuali Rayc yang sedang mendengar lagu di headphonenya.
"yelah, haritu kan kita nak cepat. Mana sempat nak tengok sekeliling" kata Yayazz.
Ding... Dong...
Loceng rumah ditekan oleh Hyurin.
Ktak..
Gerangan yang membuka pintu itu membuatkan ahli secret7 terkejut.
"eh, Qhai!!?" mereka semua menjerit kuat.
Qairyl yang disangka Qhai tadi menekup telinga akibat kebingitan. Dia menepuk telinganya.
"aduh, korang ni kawan Qhai eh?" tanya Qairyl dengan dahi berkerut.
"iyalah. Kawan sendiri pun tak cam ke? Eh, jap. Bila masa kau potong rambut ni? Dan sejak bila kau ada halkum ni?" tanya Hyurin dengan bertubi tubi membuatkan Qairyl ketawa kuat.
"hahahahaha.... Ape... Haha.. Kau.. Merepek ni.. Hahahaha" Qairyl ketawa dengan kuat dan menghasilkan gema yang kuat.
"Qairyl? Kau okay ke?!" satu suara garau dari dalam rumah menyentakkan Qairyl.
Dan muncullah Qui bersama mee segera yang dipegangnya.
"eh?! Jadi kau lah Qairyl. Abang Qhai?" tanya Feyrien dengan riak terkejut. Wajah Hyurin ketika itu sudah merah sebab malu.
"yup, actually aku abang kembar dia. And thats why muka aku dan Qhai sama" jawab Qairyl bersahaja.
"hah, kamu semua datang ni ada ape?" tanya Qui sambil menyumbat mee kedalam mulut.
"er, kitorang cari kawan kitorang. Hehehe" jawab Qriesya.
"hah, taknak bagi kami masuk ke? Panas dekat luar ni" tanya Rayc sambil mengibas mukanya dengan tangan.
YOU ARE READING
The Dark Secret Mafia
Action"je suis un Assassin, un voleur et la plus grande mafia du monde" Qhai Alexandria Storm. Dia telah dibuang keluarganya kerana kakaknya yang berdendam dengan atas sebab yang tidak diketahui. Dia seorang CEO disebuah syarikat tersohor di Perancis. Dia...