Pagi yang indah. Qhai bangun lalu membersihkan dirinya. Dia bersiap untuk keluar berjumpa Xeden.
Entah kenapa dia merasakan pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini. Latar belakang lelaki itu juga sedikit pelik dan tak banyak maklumat yang dia dapat tentang lelaki itu.
Tepat jam 8 pagi, Qhai turun untuk sarapan pagi bersama Syakeera dan yang lain.
Dia terhidu bau yang unfamiliar bagi nya. Macam bau wangi tetapi bukan perfume atau sebaliknya.
Tiba dimeja makan, terlihat semua hidangan sudah disediakan. Ada telur, ikan halus dengan sos merah, timun, kacang dan nasi dengan daun didalamnya. Qhai kebingungan.
Syakeera yang menyedari kehadiran Qhai terus menyapa.
"woi, mari lah duduk sini. Ada nasi yang kau minta semalam" ujar Syakeera dengan nasi penuh didalam mulutnya.
"you mean nasi lemak?" tanya Qhai.
Syakeera mengangguk. Qhai tersenyum lebar lalu duduk di kerusi hadapan Syakeera.
Dia mengambil pinggan, sudu dan garfu. Senyumannya mula pudar apabila dia tidak tahu mahu ambil yang mana dahulu.
"kau tunggu apa lagi tu. Makan lah" ujar Syakeera.
"macam mana?" tanya Qhai dengan wajah polosnya. Syakeera menepuk dahinya sendiri.
"kau cedok nasi lepas tu ambik sambal, timun dengan kacang ni. Kalau tak nak kacang tu tak payah ambil. It's up to you" jelas Syakeera.
"ouh"
Qhai tidak berganjak sedikit pun. Syakeera yang sedang menyuapkan nasi kedalam mulut mengeluh. Dia mengambil pinggan kosong lalu menyedok nasi. Setelah itu dia memberikannya kepada Qhai.
"merci"
Syakeera mengangguk lalu sambung makan dengan senyap. Punyi sudu dan garfu berlaga memenuhi atmosfera ruang makan itu.
"Syak, kenapa macam sunyi sangat je. Mummy kau mana? Rania? Hah si budak Hazel tu" tanya Qhai.
"mummy aku pergi butik dia lah. Rania pulak pergi kolej. Kalau Hazel tu aku rasa masih tidur kut. Biarlah dia tu" jawab Syakeera.
"nanti aku pinjam kereta kau eh"
"okay. Kau nak yang mana?" tanya Syakeera balik.
"aik, bukan ke kau ada satu je kereta?"
Syakeera menggeleng.
"ada lima lah"
Qhai ternganga.
"eh, semalam aku tak nampak pun"
"memang kau tak nampak. Dah mata tu dekat telefon je. Cuba mata tu jangan hadap telefon sangat. Buta mata tu nanti baru tahu" bebel Syakeera.
Qhai mencebik.
"tak boleh ke sehari dalam dunia ni tak ada orang yang membebel dekat aku" keluh Qhai.
"dah tu kau yang salah. Siapa je tak membebel dekat kau"
"dekat sini kau, balik rumah Daniel. Dekat pejabat Adrien. Tapi nasib Adrien dah blah dari pejabat aku"
Qhai mengomel sendirian.
"dah lah kau bagi jelah kereta yang mana pun. Aku tak kisah. Janji sampai"
Qhai bangun lalu ke dapur untuk mencuci pinggan. Dia kembali ke ruang makan dan meminta kunci kereta dari Syakeera.
"Syak, kunci"
Syakeera melemparkan kunci itu kepada Qhai. Nasib sahaja wanita itu menyambut dengan laju. Kalau jatuh, jenuh dia mahu mengambil dengan perut yang sedikit membesar itu.
YOU ARE READING
The Dark Secret Mafia
Acción"je suis un Assassin, un voleur et la plus grande mafia du monde" Qhai Alexandria Storm. Dia telah dibuang keluarganya kerana kakaknya yang berdendam dengan atas sebab yang tidak diketahui. Dia seorang CEO disebuah syarikat tersohor di Perancis. Dia...