"I'll kill you, Kaira!". "No!" aku menjerit lalu tersedar. "Huh, mimpi rupanya. Menyesal aku tonton cerita pembunuhan tu" aku mengurut-urut dadaku. Aku bangun daripada perbaringanku dan mula mengatur langkah menuju ke bilik abang Luhan. Tetapi malangnya tuan empunya badan tidak kelihatan. "Hmm, pergi bilik abang Suho la~" aku menggosok perlahan mataku menahan ngantuk. Namun, abang Suho pun tiada dalam biliknya. Aku mula rasa gelisah. Keadaan rumah agam ala rumah bangsawan British menaikkan mod suspen. Aku mula memanggil papa, mama dan abang-abangku. Tiada seorang pun menyahut panggilanku. Ish, mereka ni prank aku ke? "Papa, mama! You can cut it off now... You already got me".
Terasa seperti kakiku terus memasak ke bumi dan tidak mengizinkan aku teruskan langkah. Bulu romaku mula menaik dan serta-merta aku jadi panik. Darah! Ada yang tak kene dengan rumah ini. Aku bergegas mencari ahli keluargaku di setiap pelusuk rumah.
Ini merupakan ruangan terakhir yang aku tidak periksa lagi. Dengan perasaan yang berdebar, aku menolak perlahan daun pintu berukiran bunga. Eh, api tidak terpadam? Siapa yang nyalakannya? Aku mula mengatur langkah masuk ke dalam bilik yang ditemani api malap, aku ternampak kesan seretan darah. Kesan itu menemukan aku dengan sekujur tubuh yang terkulai di tepi pendiang api. Aku mendekati tubuh itu dengan terketar-ketar. Apabila aku dapat mengenal pasti pemilik tubuh itu, aku terus menerpa ke arahnya.
"Papa!" aku menepuk pipinya. Aku cuba mendengar degupan jantungnya dan juga merasa nadi di tangannya. Aku... dah terlambat, papa sudah tiada lagi. Aku memeluk erat tubuhnya sambil menangis teresak-esak.
Tangisanku terhenti apabila terdengar bunyi suara yang mengekek seakan mengejekku. Aku menoleh dan mendapati ada seorang lelaki bertubuh sasa dan tinggi sedang berjalan ke arahku. Gerak-geri lelaki itu seakan seseorang yang aku kenali, tapi siapakah dia? Apa tujuan dia ke sini? Lelaki itu kemudiannya bercangkuk di hadapanku. Aku terkaku dan tidak mampu bergerak. Mata lelaki misteri yang bertopeng itu membuatkan aku teringatkan seseorang yang amat aku benci.
"Da- Darrek?" suaraku tersekat disebabkan esakkan tadi. "You caught me already baby" kata Darrek sejurus dia menarik topeng mukanya ke bawah. "Aww, look how clumsy you are. Your gown full of blood" sambungnya lagi lalu menyeka air mataku yang mengalir. Aku terus memerhatikan Darrek yang sedang berusaha untuk menghilangkan kesan darah pada pipiku. "What are you doing here in the middle of night Darrek?" aku mula terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Tangannya terhenti mengelap.
"Well, I'm sorry for disturbing your beauty sleep baby. I'm here to kill you but unfortunately, I accidentally killed your papa. Poor that old man, you should appreciate for having a papa like him. He sacrificed himself just to save his precious princess from her..." kata-katanya terhenti seketika dan berpura-pura seperti memikirkan ayat yang sesuai untuk dilontarkan. "What was he called me again? Ah, of course psychopath" Darrek mengakhiri kata-katanya dengan satu senyum persis seekor harimau yang ternampak mangsanya di hadapan mata.
Hormon adrenalina aku mula terangsang dan menyebabkan kekudaku bersedia untuk melarikan diri. Belum sempat aku melarikan diri, lenganku disentap oleh Darrek. "Where do you think you're going baby?" tangan Darrek kemas menggengam lenganku. Disebabkan terlalu geram dan dalam masa yang sama ingin melepaskan diri daripada Darrek, aku melayangkan penumbukku ke arah muka lelaki itu. Ketangkasan Darrek terserlah apabila dia berjaya menahan tumbukanku yang sejengkal dari mukanya.
Sebagai balasan daripada perbuatanku itu, Darrek melempar tubuhku ke bahagian tengah ruang tamu. Aku merengek kesakitan. "How pathetic! Well now, let me show you something interesting" Darrek menghidupkan lampu ruang tamu. Aku mengelipkan mataku beberapa kali untuk membiasakan mataku dengan keadaan yang terang. Tidak lama selepas itu, aku ternampak mama dan abang-abangku yang telah diikat. Me- mereka tak sedarkan diri! Tak, jangan mereka juga...
Aku menjerit sekuat hati melepaskan geram. Darrek dalam masa yang sama gelak kepuasan melihat aku sengsara. "Why are you torturing me like this Darrek? I didn't do anything wrong to you" mukaku mula merah akibat amarahku yang semakin membuak. "What did you said just now? You didn't do anything wrong? Huh, cut the crap bitch. Ask yourself, why did you left me at the first place" kulit putih melepak milik Darrek membuatkan tona merah di mukanya terserlah. Dia menghampiriku dan laju kedua-dua belah tangan mencekik leherku dengan kuat.
Aku merasakan ruang udara makin lama makin sempit menyebabkan aku sukar untuk bernafas. Aku mula terbatuk-batuk akibat saluran pernafasanku yang tidak lancar. Aku cuba sedaya upaya melepaskan leherku daripada genggaman Darrek. Aku menepuk, mencakar dan menarik tangannya, namun tiada satu pun usahaku menjadi. Sekali lagi aku cuba ikhtiar mencari jalan untuk menyelamatkan nyawaku. Akhirnya aku nampak kelemahannya. So long dumbass. Dengan semua kekuatan yang aku ada, aku menghayunkan kakiku ke arah antara kelengkang Darrek.
Darrek melepaskan leherku dan terduduk sambil menekup kawasan yang terkene penangan kaki aku. Dengan kesempatan itu, aku ambil sebuah kerusi kayu yang berdekatan dan memukul Darrek dengannya. Darrek pengsan. Aku bergegas ke arah mama dan abang-abangku untuk membuat kepastian. Syukurlah, mereka hanya pengsan sahaja. Aku memanggil dan menampar perlahan muka mereka untuk membangunkan mereka.
Setelah itu, aku membuka ikatan tali meraka. Sementara aku membuka ikatan tali pada badan mama, abang Luhan bergegas keluar meminta bantuan. Akhirnya, tali pada badan mama dapatku leraikan. Kemudian kami bergegas hendak keluar dari rumah itu sebelum lelaki durjana itu menyedarkan diri. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi kami apabila satu bunyi tembakan kedengaran. Serentak dengan itu, aku menghentikan langkahku dan menoleh kebelakang.
Mama diri terpaku dibelakangku. Dia menghadiahkan satu senyuman yang manis sebelum dia rebah ke dalam pelukanku. Tubuhnya makin lama makin lemah dan mulai jatuh. Tindakan refleksku lebih pantas daripada yang biasa membolehkan aku menyambut tubuh mama daripada jatuh. Aku merasakan belakang badan mama basah, seraya itu aku melihat tapak tanganku yang menyentuh bahagian itu. D- darah?! Mama kena tembak tepat mengena jantungnya! Aku mula menangis. Tak bukan mama juga. Mama, jangan tinggalkan Kaira! Aku memeluk erat tubuh mama.
KLIK!
Bunyi hammer pada bahagian pistol ditarik dengar dengan jelas. Aku mengangkat muka dan dapati pistol kepunyaan Darrek telah dihala ke arah mukaku. "Now it's your turn baby". Aku memejam mataku menunggu giliranku untuk ditembak.
BANG!
_______________________________________________________________________________
Hi!
Jadi macam mana dengan part 1 ni? Mengancam tak? Hehe
Kalau tak keberatan, silalah berikan feedback di ruangan comment ya! Nak kecam pun boleh~ Mana tahu dengan kata-kata korang, saya boleh jadi penulis tersohor ke en? Or maybe, kalau korang taknak bagi comment, you can also tell me which part is your favourite scene/line.
p.s: saya mungkin akan postkan feedback korang dekat IG account saya juga tau hehe. For content and also promotion purposes. But don't worry, saya akan censored username kalian.
Silalah follow IG account saya: clotheclover99
YOU ARE READING
XOXO
Romance"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal...