Semua orang mula mencari tempat persembunyian mereka sementara Ryan sedang mengira. Tinggal Kaira seorang sahaja yang masih tidak menjumpai tempat persembunyian. Tinggal lagi sepuluh saat untuk dia menyorok. Tanpa berfikir panjang, dia terus masuk ke dalam sebuah bilik yang gelap dan menyorok di belakang sofa.
Akhirnya Ryan mula mencari dan menghampiri bilik gelap itu. Kaira berasa lega apabila Ryan berlalu pergi tanpa memeriksa bilik itu. Kini dia dapat duduk dengan tenang tanpa perlu risaukan Ryan. Namun seperti terasa kepalanya diketuk dengan penukul, dia baru sedar di mana dia berada. Ya, ianya ruang tamu itu. Kaira menyumpah perlahan. Tiba-tiba pintu ruang tamu dikuak luas. Tetapi Kaira tidak dengar sebarang bunyi tapak kaki yang masuk ke dalam. Dia cuba menjengah. "Gotcha, baby girl!" individu itu memegang bahu Kaira.
Aku menjerit sekuat hati dan menolak individu itu. Seluruh tubuhku menggigil dan aku mula meracau. "Go away Darrek, don't come near to me!". Lampu ruang tamu dihidupkan oleh seseorang. "Kaira!" abang Suho datang dan memelukku dengan erat untuk menenangkanku yang meracau seperti dirasuk. "Da- Da- Darrek!" aku gugup. "It's Ryan not Darrek, look!" abang Suho menunjuk ke arah gerangan itu. Namun aku tidak ambil peduli untuk melihatnya, malah aku merapatkan lagi mukaku ke dada abang Suho. Memori hitam itu mula bermain difikiranku. "No, it's Darrek. I swear!". "It's me Kaira. I'm Ryan" gerangan itu mula bersuara.
Kenapa ... kenapa sekarang perasaan ini perlu datang semula. Tak mungkin, aku dah tak tahan! Adakah ini petanda yang hidup aku akan diselubungi dengan kegelapan semula? Aku akan terperangkap sekali lagi. Tidak... aku tak mahu itu. TIDAK!!!
Serta-merta parti itu tamat. Para tetamu mula beransur pergi. "I'm truly sorry Luhan! I shouldn't have scared her like that" ujar Ryan dengan penuh kesal. "It's not your fault. She will be okay soon. So, don't worry!" Luhan menepuk perlahan bahu Ryan. Sebaik sahaja Ryan hilang daripada pandangan Luhan, dia bergegas ke atas untuk memeriksa keadaan Kaira.
"Kaira dah tidur?" soal Luhan sebaik sahaja dia tiba di muka pintu bilik Kaira. "Baru sahaja" jawab Suho yang sedari tadi setia menemani adiknya sehingga dibuai mimpi. Luhan menghampiri Kaira untuk melihat adiknya dengan lebih jelas. Dia mengusap umbun Kaira yang kini nyenyak dibuai mimpi. "Is she gonna be okay hyung (abang)?" soal Kai yang muncul secara tiba-tiba di sebelah Suho. "I'm sure she will be fine" Luhan meyakinkan Kai. "I'm not sure about that... Kaira nampak sangat takut. Sama macam malam tu... tak lebih teruk lagi!" bantah Suho. "Mata dia nampak lain" sambung Suho yang semakin risau dengan keadaan Kaira. Mereka semua mengeluh. "Lets pray for her to be okay. Malam ini abang akan jaga Kaira. Suho dan Kai pergilah tidur" Luhan menawarkan dirinya untuk menjaga Kaira.
Baru sahaja Kaira berjaya terlepas dari cengkaman memori pahitnya, dia ditarik kembali ke dalam dunia lama. Hidup dalam ketakutan. Dia sering mengurungkan dirinya di dalam bilik dan tidak bergaul dengan orang luar mahupun keluarganya sendiri. Sekolah? Tak perlu cakap... Semuanya ditinggalkan oleh Kaira. Kini dunianya hanya di dalam bilik. Luhan, Suho dan Kai telah cuba pelbagai cara untuk memecahkan dunia gelap Kaira. Begitu juga dengan Ryan dan Alex. Namun, tetap sahaja gagal. Kaira kini menjadi seorang yang sangat pendiam dan muram. Atau lebih tepat, dia kini mengalami kemurungan.
Malam, merupakan waktu yang amat ditakuti oleh Kaira. Dia sering bermimpi tentang peristiwa empat tahun lalu. Malah dia juga sering diganggu oleh bayangan Darrek. Jadi solusinya dia mengambil ubat tidur untuk membantu dirinya tenang ketika tidur. Tidak cukup dengan itu, Kaira mulai mencederakan diri sendiri kerana perasaan benci terhadap dirinya sendiri yang semakin membuak apabila mengenangkan mendiang mama dan papanya yang terkorban. Dia juga pernah cuba beberapa kali untuk membunuh diri. Mujur sahaja, ada orang yang sering menghalangnya daripada meneruskan perbuatan bodoh itu.
TOK-TOK!
"Boleh abang masuk?" sayu kedengaran suara abang Luhan di sebalik pintu. Tanpa memberi sebarang respon, aku melangkah ke pintu untuk menjemput abang. "Hi, princess!" abang tersenyum melihatku. "Hi..." balasku dengan lemah lalu kembali duduk di tepi tingkap sambil memandang keluar tingkap dengan pandangan kosong. Abang duduk di hadapanku dengan sebuah kotak usang di atas ribanya. "Apa yang Kaira tengok tu?" abang cuba untuk mengajakku berbual. Namun, aku buat tak endah sahaja. Aku terdengar abang mengeluh perlahan.
"Remember this?" abang membuka kotak usang itu dan mengeluarkan isinya. Dahiku berkerut melihat benda itu. Aku ambil benda itu lalu membeleknya. "It's been many years since I hold this camcorder". Aku dapat merasakan abang tersenyum apabila aku mula bertutur. "How about we watch it together in our theatre room?" abang kedengaran sangat teruja. Aku hanya menganggukkan kepala. Abang menarikku keluar dari bilik.
Senyuman abang tidak lekang sedari tadi sehinggalah kami masuk ke dalam bilik teater. Sementara abang sedang membuat persiapan, aku mula selesakan diri di atas kerusi sambil mengunyah nachos yang abang bawa sebentar tadi. "Mind if we join?" serentak aku dan abang Luhan pandang ke arah pemilik suara itu. "Sure, why not Suho? Is it okay with you Kaira?" abang Luhan berhati-hati menyusun ayatnya. Aku mengangguk tanda setuju. Dengan itu, mereka segera mengambil tempat duduk. "Nah, kesukaan Kaira. Abang buat!" abang Suho menghulurkan biskut macadamia dengan senyuman meleret. "Sedap seperti selalu. Thank you oppa (abang)" aku mengigit sedikit biskut buatan abang. "It's good to see you out from your room princess" Kai tersenyum sambil mengusap perlahan kepalaku.
Kami leka menonton video yang ditayangkan. Ia merupakan video-video yang dirakam oleh papa semasa kami kecil. Kami tergelak melihat gelagat kami sendiri. Tidak lama selepas itu...
"Sayang mama... bila besar nanti nak jadi apa?" wanita itu tersenyum manis memandangku. Oh, sungguh aku rindu akan senyuman itu. Rasa sebak semakin berleluasa dalam hatiku ini. Dadaku terasa semakin sesak dan pedih...
"Kaira nak jadi penyanyi macam mama dan papa". Wajah mulus gadis kecil berumur 6 tahun itu, buat aku tersenyum. Aku... aku ... aku mahukan semula senyuman itu! "Kai pun, Kai pun!". Untuk seketika, aku tertawa kecil melihat Kai versi kecilnya yang pendek terlompat menjawab persoalan mama... tak sangka sekarang dia dah membesar dan menjadi lebih tinggi daripadaku.
"Jom, jom! Nanti, kalau kami berdua dah terkenal mama dan papa datang concert tau! Tau, tau!!!". "Iya, papa dan mama akan bawa sejambak bunga dan lontar satu persatu ke atas pentas sambil bersorak kuat, semasa kamu berdua menyanyi" papa mengusap lembut kepala kami berdua... Oh Tuhan, aku sangat rindu akan kehangatan dan belaian lembut mereka!
Hatiku meronta-ronta, rasa sebak tak dapat dibendung lagi. Akhirnya, aku mengalah. Aku menangis dalam senyap. Melihat sekekeling, abang-abangku juga turut berduka. Mereka menangis secara senyap. Abang Luhan tidak menoleh ke mana-mana, matanya tetap pada skrin sambil membiarkan air matanya mengalir deras tanpa diseka. Abang Suho sekejap-kejap menyeka matanya, menahan dirinya daripada menangis. Kai pula, menutup kesedihan dan tangisannya dengan berdehem beberapa kali lalu menunduk...
YOU ARE READING
XOXO
Romance"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal...