BAB 2 - Trauma (pt. 1)

11 3 0
                                        

"Poseidon Garden?" soalku sambil meneliti tempat rahsia yang sering disebut-sebut oleh Ryan. "My cousin and I found this place when we were kid and its like our own paradise. It's pretty isn't it?" kata Ryan dengan penuh bangga. Aku hanya mampu membalas pertanyaan Ryan dengan anggukan sahaja. Sungguh, tempat ini berjaya memukau aku. Betapa indahnya ciptaan Tuhan! "So Ryan, are you gonna come to my upcoming competition?" soalku setelah puas mengamati pemandangan indah di taman itu. "Well Kaira, I can't promise about that. You know right, that I quite busy with my part time job" Ryan kelihatan seperti serba salah. Aku memaksa diriku senyum. "It's okay Ryan, I understand". Aku mengeluh keras dalam diam.

"Kaira!". Kaira tersentak daripada lamunanya apabila disergah oleh gadis yang bernama Alex. "Are you okay?" soal Alex. "I'm fine Alex" Kaira mengukirkan senyuman paksanya. "It's your turn now! Remember two golds in your hand, so stay focus" Alex menepuk perlahan belakang Kaira untuk memberi dorongan pada gadis itu. Kaira mengatur langkahnya ke platform untuk mengeluarkan segala langkah tari gimnastik yang telah dia berlatih selama ini. "How I wish that you can come here for me, Ryan" bisik hati Kaira. "Hwaiting(fighting)!" sorak Kaira untuk dirinya agar dia kekal bersemangat.

Aku bersedia dalam posisi berdansaku bersama bola ditangan. Baru sahaja hendak memulakan tirai pembukaan, langkahku menjadi sumbang akibat diganggu oleh bunyi hentakkan pintu gim. Semua tumpuan terarah pada bunyi tersebut. Lelaki itu tertunduk meminta maaf kerana dialah punca kepada bunyi itu. Ryan, dia datang! Aku tersenyum lebar melihatnya seraya hatiku pula menari kegembiraan. Kini, aku menjadi lebih bersemangat untuk bertanding.

Muzik dimainkan semula dan aku mula mengatur langkah tariku dengan megah dan penuh keanggunannya. Aku akhiri persembahanku dengan mencampakkan bolaku ke udara dan melakukan 'layout flip' untuk menangkap bola tersebut berserta dengan pose yang menarik sebagai penutup tirai. Aku menerima hujanan tepukan yang gemuruh oleh para penonton. Aku dapat melihat abang-abangku, Kai dan juga Ryan sedang berdiri di bleachers. Aku tersenyum sambil melambai ke arah mereka.

Setelah setengah jam para juri menambah tolak markah para peserta, kini tiba masanya mereka mengumumkan pemenang. Tanganku berpeluh, badan terasa sangat dingin dan peluh mula mengalir di dahi. Tak tergambar rasa gementarku ini, tapi apa yang aku tahu jantungku semakin laju mengepam darah membuatkan aku rasa seperti ia hampir terkeluar dari dadaku. Aku memejamkan mata rapat dan menggenggam rapat kedua belah tanganku yang semakin membeku.

"The champion of the rhythmic gymnastics event held by.... Kaira!". Seperti Tuhan mendengar doaku sebentar tadi, akhirnya impianku menjadi kenyataan. Aku tersenyum lebar apabila berdiri di atas podium itu sambil menjulang pingat emas ke udara dan melambai ke arah penonton yang sedang memberi tepukan gemuruh. Aku berjaya membawa pulang dua pingat emas yang aku usahakan selama ini. Satu untuk acara individu iaitu gimnastik berirama dan satu lagi untuk acara berkumpulan, gimnastik aerobik.

Seusai aku menukar pakaianku, aku terus mencari kelibat abang-abangku untuk pulang bersama mereka. Kehadiranku disambut dengan ucapan tahniah oleh abang-abangku. "Mana Ryan?" soalku sambil kepala ligat mencari kelibatnya. "Dia pergi toilet. Kenapa? Ayy rindu ke?" pertanyaaku dibalas dengan usikkan abang Suho. Darahku berderau apabila diusik, menyebabkan pipiku menjadi merah. "Ma- Mana ada!" aku berdalih. Abang Suho tersenyum mengejek.

"Congratulation Kaira! Your performances were so wonderful. Plus, you look extra beautiful today" bertalu-talu pujian dihamburnya. "Thanks for the compliments Ryan" balasku. Kami saling berbalas senyuman dan ber eye-contact. "Guys, I think we should throw a party to celebrate Kaira's success!" cadang Kai. "Yeah, we should have this celebration party at our home! Ryan, you coming?" sokong abang Luhan. "Yeah sure, I'll catch up with you guys later!"

Selepas pemergian mama dan papa, inilah pertama kalinya kami mengadakan parti dan pertama kali aku berasa sebegini gembira. Lamunanku dikejutkan dengan loceng rumah. "I'll get it" aku menawar diri untuk membuka pintu. Tubuhku menggeletar melihat susuk tubuh yang membelakangiku. Dia mengingatkan aku kepada seseorang. Baru sahaja hendak aku menyebut namanya, dia terlebih dahulu menyapaku. "Hey baby girl!" lelaki itu menghulurkan sejambak bunga ros kepadaku. Betapa aku rasa bersyukur bahawa ianya Ryan dan bukannya Darrek! Tapi gaya Ryan malam ini seakan-akan Darrek, pelik! Apa-apapun aku harus bertenang, Darrek tidak akan lagi muncul dalam hidupku. Ia sangat mustahil untuk dia muncul kembali.

"Thank you, Ryan and please don't call me baby! I hate being call baby!" aku menghadiahkan renungan benci kepada Ryan kerana memanggil aku dengan pangilan celaka yang diberikan oleh Darrek. Ryan mengangkat tangan menyerah kalah.

Aku mengiring Ryan ke ruang tamu kedua kami dan perkenalkan dia kepada para tetamu. Ryan menjadi tumpuan utama malam itu. Terutamanya dalam kalangan wanita, termasuklah Alex. Gayanya malam ini membuatkan dia tampil segak dan extra panas dan pedas. Saling tak tumpah seperti Darrek. Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali untuk menghilangkan Darrek dari fikiranku.

"How about we hit this party with some games?" cadang Kai. "What kind of game are we gonna play tho?" soal Alex yang kini sungguh teruja mendengar perkataan 'game'. "Hide and seek please!" sambung Alex sambil menepuk tangan seakan anak kecil yang gembira. "Really Alex?" Kai memberikan pandangan yang membosankan terhadap Alex. Melihat rakan karibnya dilayan begitu, Kaira segera membidas. "I would like to play it too Kai! Plus, that's our favourite game while we were kids back then" Kaira menyilang tangannya ke dada. Kai mengeluh perlahan.

"Fine! Other suggestion?". "Since we gonna play hide and seek, we should collaborate it with true or dare" cadang Ryan. "Sounds fun bro! But, let me handle the game" kini giliran Kai pula yang teruja. Barangkali dia tidak sabar untuk mengenakan orang.

Permainan dimulakan dengan 'true or dare'. Mereka duduk dalam satu bulatan, di bahagian tengah terdapat botol dan sebuah kotak kecil yang berisi kad 'true or dare' tanpa nama penulis yang ditulis oleh setiap pemain. Botol dipusingkan dan botol puaka itu memilih Kaira sebagai mangsa pertamanya. Kaira mengambil kad pertama dan ianya merupakan kebenaran. 'What is the thing that you hate/scare the most in the world and why?' itulah soalan yang tertera di atas kad tersebut. Serta-merta Kaira menyebut 'pass' kerana soalan itu akan membuatkan dia membenci dirinya sendiri. Oleh itu, Kai dengan gembira memberikan segelas air buatannya kepada Kaira. Dengan perasaan yang kurang senang, Kaira minum air tersebut dengan 'one shot'.

Meremang bulu romaku apabila meneguk air itu. Hampi-hampir sahaja hendak termuntah. "What the heck Kai, it tastes like shit!" aku menyumpah. "Well princess, it's called a punishment for a reason" dia tersenyum kepuasan. Celaka, siapalah yang tulis soalan bodoh tu? Habis rosak deria rasa aku. "Gwaenchanha (kamu tak apa-apa)?" soal abang Suho yang berada disebelahku. "Nae (ya), hukuman mestilah macam tu?" jawabku dengan pasrah. "Maksud abang bukan hukuman tu, tapi soalan pada kad itu" abang Suho memberi riak wajah yang risau. "Oh, itu! Kaira tak apa-apa" aku balas dengan yakin walaupun hakikat ia tidak benar.

Sekali lagi botol itu memilihku. Aku mengambil kad dan aku mendengus keras. Malam ini memang nasib malang yang datang menempel denganku. "Pass!" laungku. "Kaira, pass is once for each person. You already used it, so no more!" kata Alex sambil menggerak-gerakkan jari telunjuknya. Ish, dia ni tak membantu langsung!

"But I got the same card! Can I do the dare instead?" aku cuba untuk mengelak. "Sorry, you can't my princess!" balas Kai. Aku mendengus sekali lagi. Aku menarik nafas dalam-dalam dan mula membaca soalan itu dan kemudiannya jawab. "I hate myself... for no reason!" aku dapat lihat raut wajah Kai berubah. Aku menggenggam tanganku. "That's nonsense, there must be a reason! I mean, you're too pretty and perfect to hate yourself" soal Ryan dengan curiga. "Okay guys, we should play next game! It's getting bored, isn't it?" lekas Kai menukar topik lalu menghamburkan ketawanya yang kedengaran agak janggal.

XOXOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang