Waarghh! Hari yang memenatkan. Aku terus merebahkan badanku di atas katil dan melepaskan segala lelah yang terbuku. Hmm, kalau lelapkan mata sekejap tak salahkan? Aku menarik nafas dari hidung sedalam-dalamnya dan kemudian melepaskan melalui mulut. Tenang~
Kaira bergerak-gerak perlahan di atas katil mencari mod untuk tidur. Dia menutup matanya sambil tersenyum. Seakan alam semesta tidak membenarkan Kaira hidup dengan tenang, tidurnya diganggu sebelum dia sempat lena.
Aku lekas membuka mata saat mendengar ketukan di pintu bilikku. "Tch!" aku berdecik kuat. Aku membuka pintu dengan malas. "What?" soalku dengan riak wajah bosan. "Bersiap cepat, abang ajak kita dinner dekat Starlight" arah Kai. Riak wajahku langsung berubah saat mendengar tentang makanan. "Baik!" balasku dengan penuh semangat.
Oh ya, lupa nak bagi tahu. Seminggu lepas, abang Suho dah berjaya buka cawangan baru restorannya yang jauhnya hanya 10 minit dari Kirin Art High school. Pada awalnya restoran abang tidak berapa mendapat sambutan, kerana sekitar kawasan itu telah banyak dilimpahi dengan restoran-restoran dan kafe-kafe yang agak terkenal.
Akan tetapi dengan berkat bantuan kenalan-kenalan terdekat, restoran abang Suho kini tak putus menerima pelanggan sepanjang masa. Restoran Starlight seumpama permata berlian yang digilai dan dikejari ramai orang.
"Oppa, oppa (abang)! Can I have your number?"
Oh ya, rupa paras abang-abangku tercinta pun merupakan tarikan utama dan terbesar buat Restoran Starlight.
Mendengar rayuan wanita yang seakan tiada tulang itu, aku dengan penuh dramatiknya datang menerpa dan memeluk lengan abang Suho yang cuba melepaskan diri daripada wanita itu. "Oppa (abang)~" rayuku dengan penuh manja. Huh, jangan harap kau dapat nombor abang aku. "Oppa mwohae (abang buat apa)? Baby is hungry, I want food~" sambungku sambil menghayun-hayunkan lengan abang.
Suho tersenyum melihat lakonan adiknya yang manja. "Yes, princess I'll prepare your food" Suho menepuk manja kepala Kaira. "Erm cik, sila tunggu sebentar ya sementara saya siapkan makanan cik" kata Suho dengan penuh sopan kepada pelanggan wanita di hadapannya sambil memberi tunduk hormat dan terus berlalu pergi.
Perginya abang meninggalkan meja wanita itu, wajahnya terus berubah dan dia menghadiahkan jelingan maut kepadaku. Eleh, ingat kita takut ke? Fikir dia seorang je yang boleh bagi hadiah? Nah ambil hadiah ni. "Blekk!" aku menjelir lidah.
Puas hati aku. "Haih, tak habis-habis nak mengacau peluang orang" Kai menggelengkan kepalanya. "Bukan kacau, tapi menyelamatkan. Ha, beza tu" aku mengambil tempat duduk di hadapan Kai. "This is why hyungs (abang), didn't have girlfriend until now because you keep on chase the girls away". "I did a favour for them actually. It's not like I don't want to have sisters-in-law. But you see, most of the girls that came to our brothers is a bitch with the stupidity on top" tekun Kai mendengar sambil menopang dagunya.
"Kaira akan buat benda yang sama dekat Kai juga. Kalau dorang nak abang-abang Kaira, they have to pass through me first. Unless, you're insist want the previous type of girl. 'Can I shit here?'" aku mengakhiri kata-kataku dengan mengajuk aksi perempuan yang kami terserempak di sekolah. "Whoops, no thanks!" Kai mengangkat tangan menyerah. Berderai tawa kami saat mengimbas kembali situasi di sekolah.
"Wah kenyangnya!" aku merebahkan badanku ke atas katil sebaik sahaja aku memasuki bilik. Aku menatap siling kosong lalu menghembuskan nafas perlahan. Seakan ada video yang bermain di siling itu, aku mengimbaskan kembali momen sewaktu kelas tari. Tak sangka aku berpeluang untuk belajar dengan Ratu K-pop.
"Hmm, impressive! Tak hairanlah kalau kamu berdua ni dalam senarai peserta teratas. I must say, that both of your spontaneous choreography are stunning. Well done Kai and Kaira!". Aku menjerit kecil mengenangkan pujian Miss Boa. I mean like who wouldn't be fangirling if their dance got compliment from the dancing queen herself right?
Aku mengekek seorang diri mengenangkan pujian Miss Boa. "Well done dear me!" aku menepuk bahuku meraikan diri sendiri. Senyumanku mati, saat aku teringat sesuatu perkara. Atau lebih tepat lagi seseorang. Selain aku dan Kai, ada lagi seorang pelajar yang dapat pujian daripada Miss Boa. Hmm, tak sangka kau sama kelas dengan aku 'Tiang Lampu'. But yeah, his dance is really something... I was swayed his with his move.

ANDA SEDANG MEMBACA
XOXO
Romance"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal...