BAB 4 - Kirin Art High School (pt.1)

9 0 0
                                        

Seminggu kemudian~

Enjin Ducati milik Kai memecah keheningan pagi di kawasan kejiranan. Kaira yang membonceng dibelakang sedang menikmati udara segar sambil mendepakan tangannya dan mula mengelamun dalam dunianya. Seperti halilintar melintas, dunia Kaira berderai apabila Kai mula memecut yang kemudiannya membuatkan Kaira memeluk erat tubuh Kai.

Kai ketawa kecil mendengar Kaira menjerit di belakangnya apabila dia secara tiba-tibanya memecut dengan niat ingin mengenakan kembarnya itu. "Padan muka, berangan lagi. Sayangnya tak dapat tengok muka hodoh dia" bisik hati Kai.

Suasana pagi yang nyaman lagi segar, membuatkan para pelajar berjalan berlinggang-kangkung sambil rancak berborak bersama teman-teman mereka dan ada juga yang berjalan berseorangan sambil menghayati muzik yang didengarnya melalui 'earphones'.

Bunyi deruman enjin motor Kai menarik mata-mata pelajar yang sedang berjalan masuk ke perkarangan Sekolah Kirin Art. Dengan megahnya, superbike milik Kai meredahi pelajar-pelajar dalam perkarangan sekolah. Setelah memakir superbike, pasangan kembar itu langsung meneruskan perjalanan mereka memasuki bangunan Kirin Art High School sambil Kaira berpaut pada lengan Kai persis pasangan kekasih.

Para pelajar di sekeliling ralit memerhatikan Kai dan Kaira yang sangat rapat dan menyangkakan mereka benar-benar pasangan kekasih. Maka, bermulalah bisikkan halus dan juga keluhan dalam kalangan mereka. Terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan yang mengimpikan Kai sebagai 'boyfriend' mereka. Kaira tersenyum jahat mendengar keluhan dan bisikkan mereka. Bertambah kuat dan rapat Kaira memeluk lengan Kai. "Keep on dreaming girls. You need to pass through me first, to get Kai!" bisik hati Kaira.

Sekali lagi, pasangan kembar mencuri perhatian orang apabila mereka melangkah masuk ke dalam kelas. Para pelajar yang asyik berbual rancak, serta-merta diam membisu apabila melihat pasangan kembar itu melangkah masuk. Seakan dipukau oleh ahli sihir, mereka langsung tidak berkedip dan terus memerhatikan Kai dan Kaira. Baik yang lelaki mahupun perempuan.

"Oh?! Hei, tu bukan dorang ke? Pasangan troublemaker!" ujar Sehun yang matanya tidak lekang daripada memerhatikan pasangan yang disebutnya sambil menepuk-nepuk lengan rakan karibnya. "Hmm!" balas rakannya dengan pendek. "Wah~ betul kata kau, dorang berjaya!" sambung Sehun. "Tak sangka, kita sama kelas!" ujar gerangan tersebut sambil memerhatikan Kaira. Melihat kecantikkan Kaira, dia tersenyum. "Man, that girl is hot!" puji Sehun.

Pernyataan yang keluar daripada mulut Sehun itu hanya disambut dengan renungan maut dan juga hembusan nafas yang kuat. "Apa? Dia memang cantik dan spicy kan? Don't deny it man!". Muka Sehun ditolak kasar oleh rakan karibnya. "Hoi, sakitlah!". Teriakkan Sehun telah mendapat perhatian seisi kelas termasuk Kai dan Kaira. Melihat wajah Kaira telah berpaling pada arahnya, jejaka itu segera menyembunyikan wajahnya disebalik buku teks. "Bodohlah dia ni pergi jerit!" dengus hatinya.

Hmm, boleh tahan riuh juga pelajar-pelajar dekat sini. But thank God! Mereka tak seriuh seperti rakan kelas aku. Silap bekas rakan kelas lama aku... rindu pula dengan diaorang. Mata memerhatikan manusia yang mengisi segenap ruangan dalam kelas ini. Pandangan mereka terutamanya pelajar perempuan, tak berkedip memandang Kai. Boleh tahan juga penangan abang kembar aku ni.

Bermula daripada pagar sekolah sehinggalah dalam kelas. Ada je yang memandang. Dan kebanyakkan yang memandang tu lagat mereka saling tak tumpah seperti cacing kepanasan. Eww, menjijikkan! Beranganlah mereka nak jadi girlfriend Kai. Ingat senang nak dapatkan dia? Over my dead body!

Kami terus ke bahagian belakang kelas untuk mengambil tempat duduk yang berkedudukan di sebelah tingkap. Spot kegemaranku untuk tidur sambil menikmati kehangatan dan kesuaman biasan cahaya matahari. Oh, tak lupa juga dengan pemandangan indah yang dihiasi kepul-kepulan awan yang comel. Tidak lama selepas itu, guru kelas, Cik Song kami masuk.

Pada waktu kedua, kami belajar subjek Bahasa Inggeris. Ini subjek yang paling tidak disukai oleh para pelajar termasuklah pasangan kembar walaupun bahasa itu merupakan bahasa ibunda mereka yang kedua selepas Bahasa Korea. Rata-rata pelajar di dalam kelas, mencuba sedaya-upaya untuk melawan perasaan mengantuk dan juga bosan yang menghantui mereka. Ada yang menepuk tampar pipi, mencubit seluruh badan mereka, bermain dengan telefon secara senyap-senyap, curi-curi makan, menconteng atau melukis dalam buku.

Oh God, how I wish I could fast forward the time using remote control! Kelas ni teramatlah bosan. Aku mengeluh sambil menongkat kepalaku dan cuba untuk fokus pada papan putih di hadapan. Aku mengerling ke sebelah dan mendapati Kai telah pun dibuai mimpi. Tch, bertuah punya abang. Patut ke aku join Kai? Tapi nanti kantoi pula. Haih, dengar lagu je la.

Aku mula menyumbatkan earphone pada telinga kiriku sahaja dan membetulkan rambut untuk menyembunyikannya. Kemudian, aku segera memainkan playlist kegemaranku. Haa, ini dinamakan ketenangan dan kebahagiaan. Sambil mendagu, aku melihat ke luar tingkap dan memerhatikan kepul-kepul awan yang sedang berarak bebas di langit. Alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang dan bergerak bebas di langit. Boleh lah aku terbang dan melawat mama dan papa di atas sana. Apa khabar ya mama dan papa di atas sana?

Tiba-tiba namaku dipanggil, aku tersentak dan memandang ke hadapan. Mata Sir Walterson merenung tajam ke arahku. "You seems like uninterested with my class. But could you please read the passage for the class? Because I believe, English is your cup of tea, since you are from the States" Sir Walterson menurunkan kaca matanya sedikit dan melihatku sambil mengangkat sebelah kening memprovok aku. Mukaku membahang menahan malu. Dengan perlahan-lahan aku bangun dan mula membaca petikan yang disuruhnya. "Hmm, good thing your ear still focus on me. You may sit now" dan Sir Walterson meneruskan mengajar. Fuh, selamat~

Aku mengerling ke sebelahku. Haih, macam manalah dia boleh tak terkantoi? Tengok tu bukan main seronoknya dia, siap tersenyum-senyum lagi. Eww! Air liur pun meleleh keluar. Bertuah betul punya Kai. Aku menjentik perlahan dahinya. Kai mengerut mukanya. Aku tersenyum bahagia.

Akhirnya, waktu yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Tak sempat guru menapak keluar dari kelas, pelajar-pelajar telah pun bertempiaran keluar mengikut pintu depan dan belakang kelas menuju ke kafe sekolah. "Kids these day!" ujar guru Bahasa Inggeris itu sambil menggelengkan kepalanya. Kini, tinggal hanya pasangan kembar di dalam kelas itu.

"Kai, wake up! Let's go eat!" kataku sambil mengemaskan barang dan masukkan ke dalam beg. Kai masih tidak menyedarkan diri. Aku mengeluh perlahan seraya menggelengkan kepalaku. Aku menghembuskan udara hangat ke atas tanganku lalu...

PPAK!!!

Full-swing! Kai meloncat bangun daripada perbaringannya. "What the heck was that?" berang Kai sambil mengusap belakang kepalanya. "It's recess time idiot! Let's go, before we run out of food" aku menarik tangan Kai.

XOXOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang