Jantungku mula rancak bermarathon saat nombor giliran aku dan Kai dipanggil. Tanpa membuang masa, aku mengatur langkah menapak ke hadapan bersama Kai di sisiku. Sekejap-kejap aku menghelakan nafas gemuruhku. Aku menggenggam erat tangan Kai.
Aku mengambil sedetik dua untuk menghelakan nafas dan kemudiannya menukar mod aku yang seiring dengan irama lagu pilihan kami. Serius dan sexy! Lagu 'Trouble Maker' mula mengisi segenap ruang bilik.
Setiap langkah tari kami diperhatikan oleh mata helang milik ratu tari. Kai kelihatan sangat tenang tidak seperti aku yang terasa terancam dek pandangan maut Miss Boa. Seakan-akan dia mahu membaham kami hidup-hidup tanpa perlu dimasak. Namun begitu, aku cuba sedaya upaya untuk tidak memaparkan perasaan tersebut.
"Show what you got Kaira" bisik Kai seakan dapat merasakan perasaanku. Aku mengangguk perlahan. Aku bermain dengan muzik dan melayaninya dengan penuh perasaan. Dan kini tibalah masa 'dance break'.
This is it! It's now or never. Tawan dan bunuh hati penonton. Setelah Kai selesai bahagiannya, aku menyambut tariannya dengan koreografi yang baharu. Aku menghadiahkan penghuni kelas ini dengan tarian seksi yang berkelas atasan. Yes! Aku berjaya buat mereka semua terpana termasuklah Kai kerana gerakan ini tiada dalam perancangan kami.
Melihat gerakan kembarnya, Kai juga tidak mahu kalah. Dia menyambut tarian Kaira dengan gerakan yang spontan, seksi dan bergaya. Seperti Kaira, Kai juga berjaya membuatkan penonton terpana. Lagi-lagi penonton perempuan.
Kami dihujani dengan tepukan daripada para penonton saat lagu berakhir. Kami tersenyum girang kerana mereka terhibur dan suka akan persembahan kami. Namun, senyuman kami mati saat mendengar hentakan kasut tumit tinggi milik Miss Boa menghampiri kami. Kami menelan liur dengan perlahan melihat Miss Boa yang sedang memerhatikan kami dengan senyuman senget.
Apakah maksud senyuman itu? Adakah tarian kami ini tidak menepati cawan tehnya? Ataupun dia sengaja senyum macam tu nak takutkan aku dan Kai? Aish, takut!!! Aku dapat rasakan peluhku perlahan-lahan menurun dari dahi.
Melihat situasi tegang itu, para pelajar yang tadinya bersorak langsung mendiamkan diri dan menikus sambil menantikan comment Miss Boa. "Erm... Miss, how was the dance?" Kai dengan beraninya bersuara memecahkan situasi kekok itu. "The dance break... is that spontaneous? Cause what I saw previous was different" soal Miss Boa sambil mengangkat sebelah keningnya. Mendengar persoalan itu, pasangan kembar itu laju menganggukkan kepala mereka.
"Damn... Apa pula la kali ini!" keluh hati Kaira sambil memerhatikan cikgunya.
Sekali lagi, Miss Boa menghadiahkan sekuntum senyuman senget kepada Kai dan Kaira. Membuatkan mereka mengecilkan diri meskipun wajah milik Miss Boa manis dihiasi lesung pipit. Kesimpulannya, benarlah khabar angin yang mengatakan Miss Boa ini tegas orangnya... Dan mereka patut tambah satu lagi informasi tentangnya. Dia sangat MENAKUTKAN! No joke guys!

ANDA SEDANG MEMBACA
XOXO
Romance"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal...