Burp, kenyangnya! Aku tersenyum puas sambil mengusap-usap perutku. Ish, lamanya abang Luhan ni! Aku toleh kebelakang mencari kelibatnya. Panjang umur dia. "Abang, Kaira balik dengan abang ya?" aku berpaut pada lengannya. Abang mengukir senyuman manis bak gula-gula kapas seraya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Langkah abang terhenti apabila telefonnya berdering. Muka abang kelihatan serius apabila menjawab panggilan itu. "Okay, I'm on my way" dengan itu abang mematikan panggilan itu. "Kaira, abang terpaksa pergi office so, Kaira balik Kai okay" pautan tangan gugur tatkala mendengar pernyataan abang. Aku mengangguk kepalaku tanda setuju walaupun hakikatnya aku terkilan. Tapi apakan daya, abang Luhan kena pergi ke syarikat mendiang papa. "I'm sorry" abang mengusap kepalaku. "Don't be, you do the right thing oppa (abang)" aku melirikkan senyuman untuk meyakinkan abang.
Pusing ke kiri, pusing ke kanan. Huh, kenapalah susah sangat nak tidur ni. "Kaira, paksa diri kau tidur!" rungutku. Nak kira kambing ke? "Neh!" aku menggeleng kepala. Disebabkan aku tidak boleh nak lelapkan mata, aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar rumah. Mungkin dengan cara ini akan membantu aku untuk tidur.
Aku mencapai jubah berwarna peach, kemudian aku sarungkannya ke badanku dan tali jubah ini aku ikat riben. Okay, jom mulakan lawatan! Otakku menerawang jauh sehingga aku tidak perasan bahawa kaki aku ini telah membawa diriku ke tempat tragik. Ya, tempat di mana semua insiden yang menakutkan berlaku. Ruang tamu! Semenjak malam insiden itu, aku tidak pernah sesekali menjejakkan kakiku ke tempat ini lagi.
Eh, kenapa pintu ni terbuka? Aku mengintai melalui celahan pintu dan aku dapati api menyala?! Aku memberanikan diri untuk menolak daun pintu. Mataku membuntang apabila terlihat kelibat lelaki sedang duduk di atas sofa. Aku menekup mulutku dan mengundurkan diri perlahan-lahan ke belakang. Bayangan insiden itu mula meliar di segenap fikiranku. Air mataku telah mengalir deras. Langkahku terhenti apabila aku terlanggar sesuatu. Tak, aku langgar orang. Aku memusingkan badanku untuk mengadap individu itu.
"Kaira?" suara garaunya mengingatkan aku kepada Darrek. Tapi bukan ke dia... "Aargh!" aku jerit sekuat hati. "Kaira! Ini Kai" Kai terus menerpa dan memeluk tubuhku yang menggeletar. Aku mula menangis teresak-esak dalam dakapan Kai. "Kenapa ni?" abang Suho datang ke arah kami. "Da- Darrek" gagapku bertutur. Tanganku terketar-ketar menunding ke dalam ruang tamu itu dengan keadaan kepalaku masih dalam dakapan Kai.
"Maaf Kaira, abang buat Kaira takut. Apa yang Kaira nampak tu bukan Darrek, tapi abang" terang abang Suho. Aku tak mampu untuk berkata-kata lagi. Aku menggigil ketakutan. "What are you doing in there hyung (abang)" soal Kai bagi pihakku sambil mengusap belakang badanku. "I just came back from restaurant and I want rest a bit. Plus, I miss our sweet memories with papa and mama. So, I thought it would be nice to relax in livingroom while reminisce the memories" aku dapat dengar suara kesal abang. "I'm truly sorry for scared you, princess" sambung abang. Sebagai respon aku hanya menganggukkan kepalaku.
Kedengaran enjen Lamborghini Huracan milik Luhan memecah keheningan malam. Oleh kerana terlalu haus, Luhan terus melulu ke dapur. Luhan agak terkejut melihat Suho yang duduk membelakanginya di kaunter dapur. "Tak tidur lagi?" soal Luhan sambil membuka pintu peti sejuk untuk mengambil sebotol air.
Pertanyaan Luhan hanya dijawab dengan keluhan. Luhan berasa hairan dengan adiknya lalu dia mengambil tempat di hadapan Suho. "Kenapa ni? Apa yang dah jadi?" Luhan memegang tangan Suho agar dia bertenang. Suho melepaskan keluhannya sekali lagi sebelum mengatur ayatnya. "Trauma Kaira datang balik". Pernytaanya itu membuatkan Luhan membuntangkan matanya. "How?" Luhan semakin hairan menyebabkan dahi berkerut seribu. "Well, practically it was my fault. I was sat on the sofa in the livingroom and..." Suho berhenti seketika sebelum menyambung ayatnya. "Kaira thought I was Darrek" sekali lagi Suho mengeluh.
Dia rasa benar-benar bersalah terhadap Kaira. "Don't blame yourself Suho" Luhan memujuknya. "Apa kita nak buat sekarang?" rasa kesal masih bersisa dalam dada Suho. "Jangan risau, abang ada rancangan untuk pulihkan Kaira" Luhan berkata dengan penuh yakin. "How?".
Udara sejuk pagi ini sangatlah membuatkan aku ingin melanjutkan tidur. Aku memeluk erat bantal lalu aku menggesel-gesel hidungku pada bantal. Eh, kenapa keras sangat? Bau pun lain. Eh, eh, apa pula yang berat dekat pinggang aku ni? Pandai pula bantal nak blas pelukkan aku. Aku membuka kelopak mataku dan melirikkan pandanganku ke paras pinggang.
Tangan Kai?! Baru sahaja aku nak tendang Kai, memori semalam menamparku dan menghentikan aku daripada menendang Kai. Tuah baik menyebelahi pihak Kai, kalau tak mesti dia dah dapat good morning kiss daripada cik lantai. Haih, ni semua trauma tak guna punya pasal. Bilalah mimpi ngeri ni nak hilang? Penat nak menanggungnya.
Aku tenung dada bidang Kai yang beralaskan singlet fit hitam untuk menunggu masa mataku lelap semula. Tapi, tiba-tiba pula mata ni segar. Aku mengeluh dalam hati. Disebabkan mata tak mahu tutup, mentol idea nakal mula menyala terang menderang. Hehe, kalau aku tak boleh tidur, ini bermakna Kai pun perlu berjaga.
Aku menarik beberapa helai rambutku lalu dipintalkannya. Aku dongakkan kepalaku dan terus menjalankan misi nakalku. Pintallan rambutku itu, aku gunakan untuk mengacau Kai dengan cara memasukkan bahagian hujung rambutku ke dalam lubang pernafasannya. Herot-bengot muka Kai menahan gatal hidungnya. Aku menundukkan mukaku pada paras dada Kai dan gelak perlahan. Keke, berjaya rancanganku. Aku mengulanginya sekali lagi.
Sumpah, kali ini muka Kai makin buruk bila dia tahan gatal. Terhinjut-hinjut badanku menahan gelakku daripada meletus. Kai menggosok hidungnya yang gatal akibat usikkanku. Aku mengangkat mukaku sekali lagi untuk usik Kai. "Haa~". Ya Tuhan! Juling jadinya mataku. "Busuknya!" jeritku sambil menggulingkan diriku ke tepi katil dan akhirnya aku menerima good morning kiss di hidung mancungku daripada cik lantai. Aku bingkas bangun dan menggosok perlahan hidungku yang merah. Nah, tu orang kata what you give you get back. Tiba-tiba aku terdengar suara orang gelak. Tak lain tak bukan, pemilik suara itu adalah Kai. Tak guna, dia kenakan aku dalam diam!
Kai terguling-guling sambil menekap perutnya apabila mengenangkan nasib Kaira yang sudah jatuh ditimpa tangga. "What did you ate last night? Your mouth stink like hell" soal Kaira yang sedang menggosok hidungnya agar bau mulut Kai hilang dengan serta-merta. Kai menongkat sikunya untuk menyokong badannya yang berada dalam posisi mengiring menghadap Kaira. "A lot of garlic" Kai mengakhiri kata-katanya dengan wink dan saki-baki ketawanya. "You little peace of ..." baru sahaja Kaira hendak menyumpah, Kai terlebih dahulu mencantas kata-kata Kaira. "A, a. No foul words" Kai mengerak-gerakkan jari telunjuknya. "You're dead!" ugut Kaira.
Kaira mula memasang kekuda hendak mengejar Kai dan hendak hadiahkan satu 'dush' untuk Kai. "Op!" Kai menahan Kaira dengan mengangkat telapak tangannya seperti polis trafik. Serta-merta itu, Kaira menghentikan langkahnya. "Look, it's fair and square okay. You poked my nose twice and I just blew off once. On the bonus part, you fell down and practically it was not my fault that you fell from the bed" Kai cuba menyelesaikan pergaduhan mereka dengan cara yang baik. Kaira mencebek. "But my nose hurt". "Aww, let me see" Kai menarik Kaira menghampiri dirinya.
Dia memeriksa hidung Kaira kemudian dia menundukkan dirinya sehingga sama paras dengan muka Kaira. Tanpa sebarang amaran, Kai mengucup hidung Kaira yang merah. "There, my kiss will heal up your pain" Kai menayangkan senyuman bak malaikat. Kaira mempamerkan muka kebosanan. "Tsk, so cliché and cheesy. That's why no girls are willing to be your girlfriend". "Ayy, isn't it Chloe like me? Plus, I'm tried to be a nice twin". "Whatever Kai" Kaira mengerlingkan matanya sambil berlalu pergi meninggalkan Kai.
YOU ARE READING
XOXO
Romance"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal...