Pt. 3

8 4 2
                                    


Aku cuba menenangkan diri sambil menyeka air mata yang tidak putus-putus gugur. Betapa rindunya aku akan kenangan lalu. Lagi-lagi semasa kami menyanyi dan menari bersama mama dan papa. Mereka sangat mahir menyanyi dan menari. Jika diberi peluang dan kuasa, aku nak kekal berada di dalam kenangan itu tanpa berganjak.

Video terus dimainkan. Kini, masing-masing kian bertenang. Sekali lagi, aku dikejutkan dengan suatu rakaman. Rakaman yang sangat asing bagiku. Dahiku berkerut cuba untuk mentafsir rakaman itu. "Is that our parents?" pantas Kai mencuri ayat yang inginku luahkan. "Tepat sekali" terang abang Luhan. Aku dan Kai menonton rakaman itu dengan perasaan kagum yang menyelubungi jiwa kami. Mataku ligat memerhatikan langkah tari hasil kolaberasi dua insan yang aku cintai.

Sungguh, tarian mereka membuatkan jantungku mula berdebar. Aku meletakkan tangan kananku pada bahagian jantungku. Degupan ini membuatkanku terasa hangat. Setiap langkah mereka, membuatkan jantungku terus berdegup kencang ibarat tarian mereka itu yang mengepamkan cecair merah di dalam pembuluh darahku. Aku... aku rasa seperti bernyawa semula. "Did you feel it?" mata Kai masih tak lekang daripada menonton video itu. "Right here!" Kai menunjukkan jantungnya sambil tersenyum. Aku tersengih. "Yes, I am!". Mataku kembali terarah ke skrin.

Kata abang Luhan, mama dan papa merupakan artis yang terkenal sewaktu zaman muda mereka. Selepas mereka berkahwin, mereka ambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan demi kami. Dengan itu, tubuhlah sebuah syarikat seni bina bangunan dan rekaan dalaman papa. Ternyata selain daripada menyanyi dan menari, papa juga mempunyai bakat melukis.

Tak cukup dengan video yang disimpan oleh abang Luhan, aku mula mencarinya di dalam laman sesawang. Klik sahaja ikon 'search', laman itu dipenuhi dengan video dan artikel tentang zaman kegemilangan papa dan mama sebagai artis yang ternama pada usia muda mereka. Rambang mata dibuatnya. Aku selesakan diriku di atas katil dan mula menonton dan membaca artikel tentang mereka.

Aku mula melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang sudah lama tidak kami gunakan semenjak pemergian mama dan papa. Banyak kenangan yang kami kongsikan bersama di sini. Bilik ini masih dalam keadaan seperti sebelumnya. Tiada satupun yang diusik, mahupun diubah. Aku melentok-lentokkan badanku sebelum memainkan sebuah lagu. Kakiku mula meluncur di atas lantai dan mula menjiwai lirik lagu itu.

Sedang leka menari, aku dapat merasakan seseorang sedang memerhatikanku. Ternyata sangkaanku benar apabila seseorang turut menari di sampingku. Mata kami bertaut dan sebuah senyuman yang nyaman terukir. Selepas satu ke satu lagu aku dan Kai menari tanpa henti walhal kami sebenarnya telah kepenatan. Ia merupakan satu kepuasan yang tak terhingga.

Kai dan Kaira duduk santai di atas lantai setelah penat menari. "You still got that beautiful move" puji Kai. Kaira tersenyum mendengar kata-kata pujian daripada Kai. Maklumlah, bukan senang untuk Kaira mendengar pujian yang keluar dari mulut Kai. Selalunya yang akan keluar dari mulut jejaka itu hanyalah kata-kata yang akan menyemarakkan api di dalam diri Kaira. "Jadi sekarang Kai admit yang tarian Kaira awesome la kan?" usik Kaira dengan menambahkan jelingan manjanya. "Tak maksud Kai, your ugly...". "Gomawo (terima kasih)" belum sempat Kai hendak berdalih, Kaira terlebih dahulu memotong. Kai tersenyum manis.

Hari demi hari keadaan Kaira bertambah baik. Walaupun mimpi buruknya masih tidak dapat dipadamkan tetapi Kaira semakin gembira. Tidak lagi bermurung dan berkurung di dalam bilik. Perlahan-lahan dia kembali seperti dahulu. Mendengar khabar baik ini, Alex dan Ryan tidak pernah lekang daripada datang melawat dan menyuntik semangat kepada Kaira.

Kini Kaira banyak menghabiskan masanya berdansa di bilik tarian. Dan kadangkalanya, Kai turut serta menari bersamanya. Biarpun berjam-jam lamanya dia meluangkan masa di bilik itu, tidak pernah sekali pun perasaan jemu hadir. Kerana bagi Kaira, apabila menari dia dapat merasakan dirinya di alam yang lain. Sebuah alam yang membuatkan dia lupakan kerisauannya. Hanya dia, muzik dan tarian.

Kaira membaringkan dirinya di tengah-tengah bilik tarian untuk mengeringkan keringat di badan. Seakan terdapat pemandangan yang indah, Kaira ralit memerhatikan kipas siling yang berada bertentangan dengannya. Terasa sangat nyaman dan sejuk apabila diulit angin kipas itu, membuatkan Kaira membiarkan matanya beransur terlelap.

"Nah" ujar gerangan itu. Kaira membuka mata dan mendapati sebotol air sejuk disuakan kepadanya. "Gomawo, oppa( terima kasih abang)" Kaira duduk lalu mengapai botol itu. "How's you day so far?" Luhan mengambil tempat di sebelah adiknya. "I really had a very great time! I manage to do many things!" ujar Kaira dengan penuh gembira seakan dia berada di dunia pelangi.

Melihat adiknya bercerita dengan penuh semangat, Luhan tersenyum bangga. Dia rasa bersyukur kerana adiknya kembali. Dia juga mengharapkan Kaira terus kekal gembira. Setelah apa yang menimpa Kaira sebelum ini, dia layak mendapat penamat cerita yang indah. "Kaira, I was thinking...". 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jeng jeng jeng! Apa pula yang bermain difikiran Luhan oppa kita ni? Ada-ada sahaja akal ciliknya. TAPI, apa-apapun Kaira dah kembali gembira!

YEAY!!!

Flowers~ apa pendapat korang dengan part kali ini? Sila komen diruangan yang di sediakan~

Jangan lupa vote tau!!!

Kalau share sekali dengan kawan-kawan!!!

Sayang,

Clover-san🍀

XOXOWhere stories live. Discover now