Aku menjerit sekuat hati. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil namaku. Aku membuka mata, muka abang Luhan yang risau terpampang di hadapanku. Mataku yang membuntang mulai berkaca dan akhirnya air mataku gugur. Melihat aku menangis, abang terus memeluk tubuhku dan menenangkan aku. "Mimpi lagi pasal insiden tu?" abang bersuara sebaik sahaja aku berhenti menangis. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Walaupun peristiwa itu telah berlaku empat tahun lalu, tetapi bagiku peristiwa itu seakan-akan baru berlaku semalam.
Peristiwa itu juga membuatkan aku takut untuk bercinta dan memberikan kepercayaan kepada orang asing. Malah, ia juga membuatkan aku membenci diriku sendiri "I really need someone to erase that nightmare out of my mind" keluhku. "I'm sure one day you will find one. For now, you have to get some sleep with sweet dream" kata abang Luhan sambil membaringkanku seraya menyelimutkan tubuhku. Sebelum sempat abang mengatur langkahnya keluar dari bilikku, aku terlebih dahulu memegang pergelangan tangannya. "Oppa (abang), sleep with me please". Sudah menjadi kebiasaan aku apabila mengalami mimpi ngeri, aku akan tidur dengan abangku supaya aku rasa lebih selamat dan tenang ketika tidur.
Jam locengku berbunyi menandakan hari mulai terang. Namun disebabkan 'raksasa malas' menguasai diriku, aku mengambil keputusan untuk melanjutkan tidur. Suasana pagi yang sejuk lagi tenang ni menaikkan lagi semangatku untuk tidur. Tidak lama selepas itu, aku terdengar ketukan di pintu bilikku. "Milady, it's time for breakfast" suara lembut milik Puan Hall bergema di gegendang telingaku. "Five more minutes" omelku.
Aku dengar lagi ketukan di pintu tetapi kali ini ia makin lama makin kuat. Aargh, Kai! "Okay, okay! I'm wake up now" aku mengatur langkahku ke arah pintu dan membukanya. "Happy?" sambungku dengan penuh sarkastik. Kai menayangkan senyumannya. "Happy! Good girl" Kai menepuk perlahan kepalaku. Aku menjeling seraya menepis perlahan tangan Kai. Dengan itu, Kai pun berlalu pergi meninggallkan aku.
Setelah siap melakukan rutin pagiku, aku mengemas katil dan terus melajukan langkahku ke ruang makan. "Morning guys!" sapaku lalu mengambil tempat disebelah abang Luhan. "Morning princess!" balas mereka dengan serentak. Kami berbual kosong sementara menunggu Puan Hall menghidangkan mashed potato pancakes beserta dua gelas chocolate banana smoothie dan dua gelas coffee latte shake. Aku menghirup minuman smoothieku sebelum aku memenuhkan ruangan perutku dengan mashed potato pancake masakan chef peribadi keluarga kami iaitu Steven Hall yang juga merupakan anak lelaki kepada Puan Hall. Sebagai pencuci mulut, Puan Hall telah menghidangkan kami beberapa potong buah dan chocolate chip muffins.
"Fighting!" laungku sambil menggenggam kedua-dua penumbukku ke paras dada. Termasuk Sabtu ini, aku hanya ada 12 hari lagi untuk berlatih. Tidak kira apa yang terjadi, aku perlu dapatkan dua medal emas! Aku mengapai beg galas dan bergegas turun ke bawah. "Kai, jom!" aku menarik tangannya ke arah pintu. Abang Suho menghentikan langkahku dengan menyentuh bahuku. "Nah, pakai ni. It's cold out there" abang melilitkan skaf disekeliling leherku. Aku mengucapkan terima kasih lalu mengucup pipi abang sebelum meneruskan perjalananku ke Sekolah Menengah Michigan.
VROOM!
Bunyi enjin Ducati Kai telah memecahkan kesunyian perkarangan Michigan High School. Disebabkan ketinggianku yang terlalu comel ini, aku terpaksa memegang bahu bidang Kai untuk mendarat ke tanah. "Kai, latihan Kaira habis pukul lima nanti. So, could you please pick me up later?" pintaku sambil menarik helmet dari kepalaku dan kemudiannya aku menyerahkan helmet itu kepada Kai. "Yes, your Highness!" Kai mengerlingkan matanya. "Hehe, love you!" ujarku sambil mengukirkan senyuman membodek.
Tik-tok, tik-tok! Kini, berakhirlah sudah latihan gimnastik yang dikendalikan oleh Miss Julia Hamilton. Aku segera mengemaskan pakaian dan peralatan gimnastik ke dalam beg galasku. Kemudian, aku mengatur langkahku menuju pintu utama sekolah. At last, habis juga latihan. Tak sabar nak berjumpa dengan encik katil. Hehe! Buka sahaja pintu utama, mukaku disapa dengan udara dingin yang menyegarkan. Pemandangan di hadapanku yang dihiasi dengan salji amatlah menenangkan dan membuatkan aku terlupa penat lelah seketika.
Kai sedang bersandar pada Ducati merah miliknya dengan kedua belah tangan di dalam poket seluar. "Keluar juga akhirnya, ingatkan nak bermalam dekat sekolah" tempik Kai dengan penuh sarkastik. "Sorry, tadi miss bagi briefing panjang sangat" aku merapatkan kedua belah tanganku memohon maaf. Kai menghulurkan helmet kepadaku.
"Eh, ni bukan jalan nak ke rumah! Mana Kai nak bawa aku ni?" bisik hatiku dengan penuh curiga. Persoalanku terjawab apabila kami berdiri di depan suatu tempat yang amat aku kenali. "Kita buat apa dekat sini?" aku membetulkan rambutku yang agak kusut. "Oh, Kai nak isi minyak motor kejap!" jawab Kai dengan selamba. Aku menayangkan muka tidak puas hati. "I'm being serious dummy" tegurku sambil kedua belah tanganku bercekak di pinggang. "Yah (Oi), take it back! You're the one that dummy here. We are going to have dinner here. The others are waiting for us" Kai mengheretku memasuki restoran Starlight.
Suasana di dalam restoran tidak pernah gagal memikat hatiku. Dinding putih restoran dihiasi dengan pelbagai jenis quote yang amat menarik. Tarikan utama di restoran adalah silingnya. Latar belakangnya dicatkan dengan gabungan warna yang menampakkannya seperti galaksi. Memandangkan hari mulai gelap, salah seorang pekerja di restoran itu menghidupkan lampu.
Kini, gambaran galaksi di siling menjadi lebih hidup dengan bantuan cahaya terang dari mentol-mentol kecil yang kelihatan seperti taburan bintang pada langit malam. Aku dan Kai berjalan ke arah meja yang lampu lavanya telah dihidupkan. Satu lagi keunikkan restoran ini, setiap pelayan di sini akan menghidupkan lampu lava di meja sebaik sahaja pelanggan duduk di kerusi.
"Your order miss?" soal pelayan lelaki itu selepas dia selesai mengambil pesanan abang-abangku. "I would like to have roasted breast of chicken and a warm sweet potato bread pudding as my side dish please". Pelayan itu tekun menulis pesanan makananku sambil terangguk-angguk kepalanya. "Anything to drink?" pelayan itu mengangkat kepalanya dan memandang tetap ke arah aku. "Lemonade would be perfect" balasku sambil tersenyum lalu aku menyerahkan buku menu itu kembali kepada pelayan lelaki itu. Muka pelayan itu merona merah. Dia memberi tunduk hormat sebelum meninggalkan kami.
"He's blushing" Kai menyiku perlahan lenganku. Aku menggelengkan kepalaku sambil menjeling. "You know what Kaira, I think he likes you" sambung Kai. "Kaira tak rasa macam tu. Mungkin sebab dia pemalu, so that's why he blushed" aku berdalih walaupun kenyataannya aku agak setuju dengan keterangan Kai. Cukuplah sekali, aku dah serik nak jalinkan hubungan yang melebihi daripada kuota sahabat. "Actually that guy is really into you Kaira. I can see how he looks at you" sokong abang Luhan. "Isn't it supposed to be your working hour Suho oppa (abang)?" aku menukar topik. Abang Luhan menggeleng perlahan apabila aku tak endahkan pernyataanya. Aku tahu niat mereka baik, mereka mahu aku memulakan hidup yang baru dan lepaskan perkara pahit yang aku pendam selama empat tahun ini.
Aku... Aku masih tak bersedia lagi untuk mencoret kisah cinta yang baru. Aku takut! Mereka melepaskan keluhan apabila aku tidak menunjukkan minat terhadap topik hangat mereka, 'cinta antara pelanggan dan pelayan'. "Well my dear Kaira, I'm the boss here not a worker. Plus, having dinner with family is my priority" tegas abang Suho menekankan perkataan 'bos'. "Aww~ so sweet of you oppa (abang). No wonder all of your female customers crazy about you" aku acah-acah 'fangirling'. Abang menjelingkan matanya dengan penuh menyampah.
_____________________________________________________________________________
Hi flowers!
Macam mana dengan pt.2? Okay tak? Jangan lupa 'vote' dan comment ya :) Sokongan kalian adalah semangat untuk Clover-san <3
IG account: clotheclover99
YOU ARE READING
XOXO
Romance"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal...