Pt. 2

11 2 0
                                    

Nenek memandang kami dengan pandangan mencebik. "Alah~ jangan merajuk. Kaira akan selalu melawat nenek okay?" kata-kataku disokong dengan anggukkan daripada abang-abangku. "Tinggallah dengan nenek ya? Luhan, please!" rayu nenek sambil memegang tanganku. Tak sanggupku melihat wajah sayu milik nenek, tapi apakan daya. Kami terpaksa, kerana kami tidak mahu menyusahkannya dan kami mahu berdikari.

"Maaf, tapi tak boleh nenek. Kami mahu berdikari. Jangan risau, kami akan sentiasa melawat nenek! Sekerap yang mungkin" abang Luhan menolak permintaan nenek dengan sopan dan dalam masa yang sama, diselitkan dengan ketegasannya. Nenek mengeluh keras dan mengaku kalah. Ya, abang Luhan seorang yang tegas dengan keputusannya dan tiada siapa yang mampu melawannya. "But make sure, if you guys have any problem or anything... please come and see me! I'll always welcome you guys" ujar nenek memerhatikan kami satu persatu.

Baru sahaja Kaira berangan-angan untuk bermanja dengan nenek kesayangannya, dia diheret keluar dari rumah. Kaira melambai neneknya dengan sayu dari dalam kereta. Perlahan-lahan bayangan nenek mulai menghilang daripada pandangan Kaira sebaik sahaja Audi Q2 meluncur keluar dari perkarangan rumah agam itu. Rasa sebak mula menyelubungi hati Kaira. Namun, perasan itu terus mati tatkala pemandangan bandar Seoul mula menghiasi mata coklat madu miliknya.

Bersinar-sinar matanya memerhatikan sekitar bandar Seoul itu. "Banyak yang dah berubah!" ujar Kaira yang masih ralit membuat pemerhatian. "Taklah, sama je! Tiada yang berubah, memori Kaira je yang dah expired" usik Kai dengan selamba. Disebabkan malas nak bergaduh, Kaira hanya menjeling tajam ke arah kembarnya yang berpura-pura sibuk dengan urusan 'video game'. Kaira keluarkan headphone Beats lalu memakainya. Butang 'play' ditekan dan Kaira memejamkan mata. Tanpa disedari, akhirnya dia dibuai mimpi sambil diulit dengan lagu-lagu yang terdapat dalam senarai mainannya.

Akhirnya kami tiba di destinasi yang hendak dituju. Aku merenggangkan otot-otot tubuhku sebaik sahaja keluar dari kereta. Sementara abang Luhan berurusan dengan pihak hartanah, aku mula merayau sekitar kawasan rumah. Baru sahaja hendak menapak lebih jauh, aku dipanggil pulang. "Okay, now it's time for you to choose your room" kata abang Luhan sambil mengeluarkan bagasi kami dari bonet kereta.

Dari satu pintu ke satu pintu aku masuk untuk memilih bilik idealku. Aku membuka pintu bilik yang terakhir dan meneliti keadaan bilik tersebut. Suasana bilik ini sangat menenangkan walaupun ia tidaklah sebesar biliku yang lama. Dengan biasan cahaya matahari yang tidak terlalu terang mahupun malap, menambahkan lagi mod tenang itu. Satu uniknya bilik ini adalah, ia mempunyai satu ruang duduk ditingkap bilik. Tempat itu akan menjadi tempat kegemaranku untuk lepak dan tempat untukku menenangkan fikiran. Aku mulai jatuh cinta dengan bilik ini. Maka dengan itu, bilik ini secara rasminya menjadi biliku.

Kami memulakan kerja mengemas dan menghias rumah baru kami. Abang Luhan dan Suho keluar untuk memeriksa perabot rumah yang telah ditempah seraya menanda tangan dokumen pengesahan pembelian. Manakala aku dan Kai memulakan kerja membersih terlebih dahulu. Beberapa minit selepas kami selesai dengan kerja membersih, perabot baru pun tiba di rumah.

Mereka empat beradik menghempas badan mereka yang kepenatan di atas sofa baru sambil menghela nafas lega. "Lapar ~" serentak Kai dan Kaira bersuara dalam kepenatan. "Okay, cepat mandi dan bersiap. We will have our dinner and then we will go to supermarket" arah Luhan yang mula melangkah pergi.

Aku menyelak satu persatu bajuku. Mana satu yang elok eik untuk malam ni? Aku mengetuk-ngetuk dagu dengan jari telunjuk. Disebabkan oleh kepenatan yang menguasai diriku, aku memilih untuk mengenakan sesuatu yang sangat santai. Aku mencapai baju raglan berserta dengan seluar jean Denim biru untuk dipadankan. Sebelum melangkah keluar, aku mengoleskan sedikit lip balm lalu mencapai telefon bimbitku.

Masuk sahaja dalam pasar raya, mereka berempat terus berpecah dan mencari barang keperluan masing-masing. Sedang sibuk Kaira mencari makanan, dia dilanggar oleh seorang lelaki. Hampir jatuh dibuatnya. Namun, lelaki itu berlalu pergi tanpa rasa bersalah malah mentertawakan Kaira yang kelihatan sangat hodoh apabila dia cuba untuk seimbangkan dirinya yang hampir mencium lantai. "Jerk!" ujar Kaira yang darahnya sedang meluap-luap.

Langkah lelaki itu terhenti sebaik sahaja mendengar sumpahan dari mulut pedas milik gadis itu. "Apa kau cakap? Kau fikir aku tak faham apa yang kau cakap tadi?" berang lelaki itu. Matanya memandang tepat ke arah Kaira yang sedang berpeluk tubuh sambil memerhatikan dia. Renungan tajamnya sedikit pun tidak menggerunkan Kaira.

Dasar tak ada adab! Dah langgar orang lagi nak tempek dekat kita. Mahu sahaja aku tumbuk muka dia, tapi tak mengapa. Aku malas nak layan. Dia membuangkan masa aku sahaja. Fikir aku takut dengan renungan murahan dia? Huh! Salah orang dia cari pasal. Dia semakin menghampiriku apabila aku hanya menayangkan senyum sinis kepadanya. Ego jatuhlah tu! Sebelum aku berlalu pergi, aku menghadiahkan dia dengan simbol 'L' di dahiku.

Kaira berlalu pergi dengan hati yang puas. Kaira mengibaskan rambutnya ke belakang dengan penuh berlagak. "Ya (hei)!" laung lelaki itu dengan geram apabila diperlakukan sebegitu oleh Kaira. Laungan lelaki itu membuatkan Kaira bertambah gembira seakan dia baru sahaja menjuarai perlawanan gusti.

"Siapa tu?" Kai kebingungan. "No one, just a stupid pole man!" ujar Kaira dengan selamba sambil memaut lengan Kai dan menariknya keluar dari tempat kejadian. Mereka sambung mencari stok makanan.

XOXOWhere stories live. Discover now