Pt.2

4 0 0
                                    

"Seriously, after that long que and you only gonna eat that?" ujar Kai seakan tidak percaya apabila melihat dulang makananku yang hanya ada sebungkus roti yang berintikan parmesan chicken. Aku mengangguk sambil membuka bungkusan roti. "Today's menu doesn't really suit to my taste bud". "Right, it just that you are so picky" Kai mengerlingkan matanya. "Whatever!".

"Hi, can we shit here?". Pandangan kami beralih ke arah tiga orang perempuan asing yang sedang tertawa kecil. Shit? Biar betul diaorang ni. Aku dapat melihat riak wajah Kai yang sedang menahan gelak dan cuba memaparkan wajah seneutral yang mungkin. "Shit here? No, no, shit there!" Kai menunjuk dengan sopan ke arah tandas wanita. You go, Kai! Aku tertawa kecil mendengar respon Kai.

Mereka terpinga-pinga seketika lalu baru menyedari bahawa sebutan mereka itu salah. Mereka buat-buat gelak and believe me, it sounds hideous and annoying at the same time. "Oh! No, no, we want to shit here. Here!" kata salah seorang daripada mereka sambil membuat gaya duduk. "Oh, I'm sorry!" aku mengambil perhatian mereka. Akhirnya, mereka pandang juga dekat aku. Yup, dari tadi mereka asyik pandang Kai SAHAJA. "But..." baru sahaja aku nak sambung, salah seorang daripada mereka memotong. "We're not talkeu to you" mereka menjeling kepadaku dan memandang Kai semula.

I'm sorry WHAT?! Berani diaorang buat aku macam ni. Aku memandang Kai dan dia tersenyum paksa memandang tiga orang perempuan itu. Diaorang belum tahu aku ni siapa. Idea nakal mula berlegar-legar dibenak fikiranku. Tanpa membuang masa, aku melancar gerakkan pertamaku. Aku meletakkan tanganku di atas tangan Kai dengan gaya menggoda. Perbuatanku membuatkan Kai dan tiga orang perempuan itu terkejut. Aku melirikkan mataku kepada perempuan-perempuan itu.

"Sorry to disappoint you girls but he's my date, right oppa (abang)" aku menggunakan nada yang manja untuk menyebut oppa dan kemudiannya mengenyitkan mataku kepada Kai. Seakan menangkap dengan permainanku, Kai dengan serta-mertanya, menyahut. "You're absolutely right my princess".

Dengan itu, mereka pun berlalu pergi meninggalkan kami sambil berhentak kaki. Huh, dah macam berkawad. Kiri, kanan, kiri, kanan, maju ke hadapan tak perlu belok-belok. Dan hmm, sempat juga mereka menghadiahkan jelingan maut kepadaku. Huh, like I care!

Kami cepat-cepat menghabiskan makanan sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi dan terus bergerak ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran. Tak sabarnya! Sebab kelas selepas ini merupakan kelas praktikal seperti menyanyi dan menari. Untuk jadual hari ini kelas praktikalnya adalah menari.

Bilik tarian mula dihujani oleh para pelajar yang sangat teruja untuk subjek tarian yang akan dikendalikan oleh seorang penari yang terkenal. Mereka menunjukkan perasaan keterujaan mereka dengan membuka meja cerita tentang guru tersebut. Menurut senior, guru itu bukan sahaja berbakat malah dia juga sangat cantik bak bidadari.

Bukan itu sahaja, dia juga merupakan alumni Kirin Art yang cemerlang sehinggakan bakat beliau diperlihatkan oleh syarikat SM Entertainment. Dan yang paling penting, beliau merupakan seorang yang sangat tegas dalam perihal tarian kerana baginya elemen disiplin perlu ada dalam setiap langkah tari yang dipersembahkan. Baginya tanpa disiplin, tiadalah tarian yang sempurna.

Masuk sahaja bilik tarian, Kai meninggalkanku bersendirian. Katanya nak bersuai kenal dengan classmates lelaki memandangkan tadi kami tidak mempunyai peluang untuk berbuat sedemikian. Aku memerhatikan langkah Kai yang menuju ke arah sekumpulan lelaki. Mataku terpaku pada suatu kelibat yang amat aku kenali. Aku mengecilkan mataku ke arah dia. "Eh, bukan ke tu...". "Hi!" perhatianku beralih kepada suara yang menegurku. Aku membalasnya dengan sebuah senyuman.

"Hey~" aku tersenyum melihat seorang gadis yang tersipu malu di hadapanku. Dia menyelak rambutnya yang berpotongan Bob ke belakang telinga. "I'm Hyeri, niceu to meet you!". Hyeri menghulurkan tangannya. Comel! "Nice to meet you too, Hyeri" aku menyambut tangannya. "So... erm, you're from US right?" soal Hyeri yang seperti cuba mencari ayat yang sesuai.

"Betul, saya dari US" balasku sambil tersenyum melihat reaksi terkejut Hyeri. "Oh?! Awak...". Sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku langsung menjawab. "Haha... Walaupun saya dibesarkan di US, tak bermakna saya tak boleh berbahasa Korea bukan? After all, I'm Korean to begin with" aku tersenyum bangga.

Perbualan antara Kaira dan Hyeri terbantut, saat lagu Mystery dimainkan. Beberapa orang pelajar lelaki mula menari mengikut rentak lagu dan langkah tari penari asal iaitu Beast. Suasana bilik tari bertambah hangat dengan suara sorakkan dan teriakkan pelajar-pelajar, saat mereka melakukan gerakan kepala yang sangat ikonik. Makin lama makin bertambah bilangan pelajar yang turut serta menari.

Tanpa mereka sedari, seorang wanita tersenyum melihat gelagat mereka sambil meyandar pada pintu. Wanita itu terus memerhatikan gerakan mereka sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuk di atas fail yang dipikulnya mengikut rentak lagu itu. Kaira sedang mengangguk menikmati persembahan di hadapannya, ternampak kelibat wanita tersebut dari ekor matanya. "Macam pernah nampak je" getus Kaira memerhati wanita itu.

Saat muzik berhenti, para pelajar dikejutkan dengan satu tepukkan yang kuat datang dari arah pintu. Mereka segera memandang ke arah sumber bunyi itu. Saat mereka meletakkan pandangan mereka pada wanita yang berdiri di pintu sedari tadi, mereka tergamam seketika. "Queen of the K-pop!" kata mereka serentak. "Ah~ no wonder she looks familiar" kata Kaira setelah sekian lama cuba mengingati identiti wanita tersebut.

Ratu K-pop itu tertawa kecil melihat wajah terkejut pelajar-pelajarnya. Dengan langkah yang penuh anggun, dia menapak ke bahagian depan kelas dan menghadap pelajar-pelajarnya yang kini telah mengambil tempat duduk masing-masing di atas lantai vinyl. "Selamat berkenalan, saya Boa selaku guru tarian kamu semua" dia mengukirkan senyuman manisnya yang menampakkan lesung pipit. Senyumannya membuatkan para pelajar bersorak gembira sambil menepuk tangan seakan-akan mereka berada di fanmeet.

"Wah, saya nampak kamu sangat bersemangat untuk belajar dengan saya! Siap warm up lagi" Boa mengajuk tarian ikonik itu. "Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana berjaya lulus ujibakat hari itu" puji Boa sambil menepuk tangan. Pelajar-pelajarnya tersenyum gembira apabila dipuji oleh sang guru.

"Now, since I didn't have a chance to watch all of your auditions... So, saya nak beberapa orang yang terpilih untuk buat ujibakat semula. I would like to evaluate it personally" sambung Boa sambil melambai-lambai fail yang berada di tangannya. Saat dia melontarkan arahannya, riak wajah Boa juga turut berubah daripada rupa manis bak seorang puteri kepada seorang komander.

Pelajar-pelajar mula mengecilkan diri melihat perubahan drastik gurunya. Melihat reaksi yang terpapar di wajah mereka, Boa mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum senget. "Kenapa, takut? If that the case, then kamu semua tak layak berada dalam kelas saya" gertak Boa menambahkan lagi ketakutan dalam mereka. "Kami tidak takut!". Walaupun takut, mereka cuba melawannya demi mencapai impian untuk menjadi seorang idola K-pop. "Good to hear that!" ujar Boa sambil tersenyum bangga melihat semangat pelajar-pelajar yang membara.

"Peserta 88 dan 89, sila tampil ke hadapan!" suara Boa memanggil sambil membelek-belek biodata peserta. "Hmm... they say that both you are listed in the top candidates" Boa mengangkat muka daripada terus merenung kertas di tangannya. "Let see, if they are right" sambungnya lagi lalu memeluk tubuh.

XOXOWhere stories live. Discover now