Tak sangka yang aku akan tinggalkan tempat ni untuk selama-lamanya. Terasa menyesal pun ada dengan keputusan yang aku ambil ni... Aku cuba untuk menenangkan fikiranku dengan terus memerhatikan pemandangan di luar tingkap bulat ini. Sesekali aku mengeluh perlahan. "Abang rasa keputusan ini yang terbaik ke?" ujarku acuh tak acuh.
Perhatianku teralih saat aku merasakan ada tangan yang memegang tanganku. "Abang percaya, ini yang terbaik untuk menjadikan kamu lebih kuat". Aku tersenyum tawar sambil menganggukkan kepala. "Don't worry princess, we will come here sometimes! In case, you miss people here" kata abang Luhan, seakan mempunyai kuasa membaca minda. Melihat senyuman abang yang manis lagi menyakinkan, aku turut tersenyum lebar.
Ketibaan kami sekeluarga di lapangan terbang Incheon, dijemput oleh pemandu peribadi keluarga kami. Kemudiannya, kami langsung dibawa ke sebuah rumah agam yang berkonsepkan campuran klasik dan modern. Aku disambut dengan satu pelukan yang sangat erat oleh seorang wanita 60-an. Aku berpura-pura batuk untuk mengusik wanita itu. "Nenek pergi gim ke? Nenek makin kuatlah!" kataku sambil terbatuk-batuk. Akibat daripada perbuatanku itu, aku dihadiahkan dengan tamparan manja oleh nenek. Senyuman manis yang menghiasi muka nenek, cukup untuk mengubati hatiku yang kini merindui sebuah senyuman seorang ibu. Memang benar kata orang, mama mewarisi wajah jelita milik nenek.
"Erm~ sedapnya biskut nenek! Tiada tandingan, not even Suho oppa (abang) can beat you!" buat seketika aku terlupa bahawa orang yang aku katakan itu berada dihadapanku. Melihat matanya mula mengecil ke arahku, aku cepat-cepat membetulkan ayatku. "Erk, what I meant was both of your cookies are the best in the world. Daebak (hebat)!" aku tersenyum sumbing sambil mengangkatkan kedua-dua ibu jariku. Nenek tertawa melihat telatahku yang cuba untuk mengambil hati abang Suho.
"Jadi apa rancangan kamu, Luhan? Memandangkan kamu berempat bercadang untuk terus tinggal di sini" soal wanita tua itu sambil mencicip teh herba yang hangat. "I planned that we should get fresh start and new surroundings. As for the company, I'll manage if from here. Plus, I have Mr. Parker to assist" kata Luhan dengan penuh yakin. Wanita itu terangguk-angguk mendengar penjelasan Luhan yang sangat terperinci.
Bunyi kasut but yang menghentam lantai, memecahkan kesunyian di kawasan itu. Seorang pengawal bertubuh sasa dan tinggi membuka kunci pintu besi. Bunyi dentuman kuat terhasil apabila pengawal itu membuka pintu. "You have a visitor Mr. Darrek" suara garau berkumandang memanggil pemilik nama itu. Darrek diiringi oleh pengawal itu ke suatu bilik yang tertutup. "I would like to talk to him alone. So, if you don't mind..." seperti memahami kehendak individu itu, pengawal itu pun keluar.
"It's been awhile since we had a fun conversation" sapa individu itu sambil menyelesakan dirinya di atas kerusi kayu itu. Darrek mengekek mendengar pernyataan dia. "Haha... It's okay, since you're busy with the missions. So, what's the news... Alex?" Darrek bersandar malas pada kerusi. Alex berdehem beberapa kali sebelum memberitahu berita sensasi. "I managed to trigger her. But the bad news is because of it, she went to Korea this morning" dia melepaskan keluhan seraya menundukkan kepalanya.
Darrek menghentak meja. "My babygirl sure knows how to run away. I'll have my come back soon!" Darrek tersenyum jahat. Alex tersentak mendengar hentakkan itu. "But first, I have to get out from this stupid mental hospital first!".
Setelah masa lawatan tamat, Darrek terus masuk balik ke dalam bilik kurungannya. Dia merebahkan badannya ke atas katil sambil menyusun agenda khasnya buat sang kekasih. Ops, BEKAS kekasih, Kaira. Otak geliganya mula bekerja keras memerahkan idea-idea bernas, demi melunaskan dendam yang masih tergantung. "Just wait for me, babygirl!" kata-katanya diakhiri dengan ketawa yang sangat menjengkelkan sehinggakan pengawal di situ mengetuk-ngetuk pintu besi dengan sebatang kayu.
Hashum! Aduh, siapa pula yang mengumpat aku malam hari ni? Tak ada kerja ke? Aku menggosok perlahan hidungku yang mula kemerahan akibat terlalu banyak bersin. Jari-jemariku ligat meluncur ke atas skrin telefon, mengemaskinikan 'Instagram' yang kian berhabuk. Tekan sahaja butang 'upload', beberapa komen daripada 'follower' mula muncul. Ada yang kata 'it's been awhile since your last update', 'welcome back' dan macam-macam lagi. Namun, mataku tertarik dengan komen pemilik akaun '@ryan'. 'I miss you already'.
Aku tersenyum tatkala membaca komennya. He's so sweet! Lagu Ma Boy mula berkumandang di cupingku. "Panjang umur!" aku segera 'slide' untuk menjawab panggilan. "Hello!" bergema suara serak basahnya di telingaku. Aku tersenyum. "Hi! What's up" sapaku. "I'm not feeling well" sayu kedengaran. "What happen? Is it bad?" jantungku mula berdegup kencang tak semena-mena. "My heart is hurting because he misses you" kata-katanya itu diakhiri dengan ketawanya yang berdekah-dekah. Aku menghela nafas lega. "Jeez, Ryan you scared me to death! Don't do that again" aku berpura-pura marahnya padahal dalam hati, aku bagaikan nak teriak kerana dia rinduku. "Haha, okay I'm sorry princess! But I really do miss you. How I wish I could follow you". "Aww, I will visit you sometime okay?". Perbualan kami diselangi dengan gelak tawa.
Aku juga mulai rindukan mereka-mereka yang berada perantauan sana. Lebih-lebih lagi... "Stop it Kaira! Jangan berangan lebih. Tahan perasaan tu!" aku menampar perlahan pipiku untuk menghentikan angan-angan yang tidak masuk akal. Seakan disampuk angin mereng, aku tersenyum membayangkan wajahnya.
Ryan... Kalaulah aku kuat dan mudah untuk tempoh trauma aku. Sudah pasti, aku tidak akan teragak untuk menyukainya. Ataupun, aku patut melayankan sahaja buaian perasaan ini tanpa berfikir panjang? He is a good man, so it should not be a problem right? Or is he...

ANDA SEDANG MEMBACA
XOXO
Romance"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal...