➢ ❸

26 6 0
                                    


"Cepat, cepat! macam mana kamu berdua boleh bangun lambat ni?. Kamu berdua buat apa semalam? " aku dan Woojin hanya berdiam diri. Masing masing sibuk mengemas buku dan bergegas keluar untuk menyarung kasut.

"Ryujin pergi dulu ibu. Bye! " tubuh ibu aku peluk dan berlari keluar bersama Woojin.

"Akak cepat kak! Bas dah sampai." beritahu Woojin.

"Okey. Okey! "

Buk!

"Aduh. Jatuh pula buku ni. " buku yang sudah berterabur diatas jalan aku kutip pantas.

"Kau pergi dulu. Tahan bas. " Aku mendongak ke atas untuk memandang Woojin.

Okey. Dia dah masuk dalam bas. Syukur dia suruh bas tu tunggu aku. Laju aku membuka langkah kembali dan masuk ke dalam bas.

"Okey kelas. Sampai sini sahaja pembelajaran kita. Jangan lupa buat ulang kaji dan kamu dah boleh rehat. Terima kasih. " Cikgu Som mengakhiri kelas matematiknya.

"Terima kasih Cikgu Som! "

Aku kembali duduk di atas kerusi. Kepala yang gatal aku garu lalu memandang pemandangan di luar tingkap.

Mengantuk. Ajar Woojin main game punya pasal. Pukul 2 lebih baru tido. Tu pun masih tak tahu lagi nak main. Asik mati je. Kesian Yuta aku.

"Hei. "

Meja aku dihentak kuat apabila seorang gadis menyapa aku dengan cara yang tidak sopan.

"Kau tak ada adab ke? Tak boleh sapa elok-elok? " soal aku. Kecil besar je aku tengok dia ni.

"Macam mana aeh kau boleh score peperiksaan? Sedangkan kau sebenarnya malas nak ulang kaji? " tiga orang perempuan yang sebaya dengan aku. Aku pandang tajam.

"Dari mana kau tahu aku malas ni? Kau ikut aku aeh? Bomin, nak score peperiksaan. Faham. Bukan hafal. " jawab aku.

"Alah. Kau meniru kan sebenarnya? "

"Buat apa nak meniru? Aku tak ada masa lah meniru. Kau tu je yang meniru." rambut yang berwarana coklat gelapnya diselak kebelakang tanda panas.

"Aku dengar cerita. Kau tak pernah tolong mak kau. Betul? Anak jenis apa lah kau ni. Biarkan mak kau yang dah tua tu buat kerja seorang diri." senyuman seikhlas hati aku beri pada dia. Tak apa. Kesian. Kurang kasih sayang memang macam tu. Kesian.

"Ouh. Yeke? Macam mana dengan kau pula ya? Cantik tapi pemalas. Tak pandai pula tu. Macam ni lah. Apa kata kau jaga je kain kau yang koyak rabak tu. Tak perlu nak jaga kain aku yang masih cantik. Okey? " aku bangun dari duduk dan terus keluar dari kelas.

"Hei, Shin Ryu Jin! "

"Apa lagi? "

"Siapa bagi kau kebenaran untuk kutuk aku? "

"Lah, nak kutuk pun kena minta kebenaran ke? Kau malu kan aku tadi. Boleh pula? Lagipun, tu bukan ke sifat kau yang sebenar? Aku salah cakap ke? Ke ada yang lebih teruk lagi? Atau, kau malu sebab aku tercakap kuat? " tangan aku lipat pada dada. Senyuman sumbing aku hadiahkan pada dia.

"Aku bagitahu cikgu! "

"Bagitahu lah. Tak ada siapa halang kau. Dipersilakan Cik So Bomin. " aku ketawa kecil sebelum berlalu pergi meninggalkan dia dan rakannya.

Dia tak akan berani punya. Orang macam tu  tak perlu nak ambil kisah sangat. Buang masa.

"Eh, akak. " Woojin melambaikan tangannya ke arah aku lalu menghampiri aku bersama dua orang rakannya.

"Akak buat apa dekat sini? Baru nak rehat? "

"Haah, kau dah makan belum? "

"Dah. Sekarang ni nak pergi pusing satu sekolah dengan diorang. " susu coklat yang ada pada genggamannya disedut.

"Suka hati kau lah dik. Akak pergi dulu. Bye. " Woojin anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

"We, akak kau cantik gila. " Woojin ketawa kecil. Tengoklah adik dia. Kacak. Bergaya. Pandai.

"Haah, cantik gila. Aku nak jadi boyfriend akak kau boleh Woojin? " senyuman Woojin mati saat Jungso berkata sebegitu.

"Apa kau cakap? Kau tak nampak aku dekat sini? Ingat sikit. Umur kau dengan akak aku tu berbeza. Ada hati nak akak aku. Kalau muka macam Yuta tak apa lah juga. Nak juga lah aku terima kau. Aish! " Woojin dan Gyuri membuka langkahnya meninggalkan Jungso yang sudah terdiam.

[C] In GameWhere stories live. Discover now