➢ ❽

20 4 0
                                    

➥ LEVEL 91

Kami sampai ke destinasi tersebut. Pintu kereta ditutup perlahan dan kami berjalan bersama pistol yang digenggam.

Tapi aku hanya mengikuti Yuta dari belakang walaupun tubuh aku sudah ada dua pucuk pistol pada bawah dada dan peha.

"Kita pergi Cd dulu. " arah Johnny dan mendapat anggukan dari semua orang kecuali Haechan dan aku.

Cd? Apa benda tu? Buat apa nak beli Cd? Sepanjang perjalan aku hanya diam dan ikut sahaja kemana yang mereka pergi.

"Ryujin. "

"Ya? "

"Masuk. "

"Masuk? "

"Pura-pura tak tahu pula dia ni. "

"Ish, Haechan. Dah lah tu. Tak akan dekat sini un kau nak emo? " rimas Johnny. Pelik betul dengan kawan dia sorang ni.

"Ya. Awak kena jumpa adik awak dalam mimpi. Cakap dengan dia yang awak perlu bantuan daripada dia. Call Dream. Cepat. Awak masuk dalam kedai ni. Nanti nampak ada satu telefon rumah. Warna merah. Awak ambil. Sebut nama adik awak." beritahu Yuta dan tubuh aku terus ditolak masuk ke dalam kedai tersebut.

Perlahan-lahan aku melangkah kemudian mengambil telefon rumah berwarna merah yang di beritahu Yuta tadi.

"Shin Woo Jin. "

"Adik. "

"Adik."

"Adik, kau kena tolong akak. Akak terperangkap dalam game ni. " Woojin bangun dari lenanya.

"Akak? "

"Akak dekat mana? Kenapa Woojin tak nampak akak pun." Woojin mencari kelibat akaknya.

"Tolong akak. Akak termasuk dalam game Zombie world ni. " selimut diselak dan Woojin berdiri dari duduk di atas katil.

"Apa? Macam mana? "

"Tolong aku dik. Kau pergi masuk bilik aku. Kau hidupkan komputer akak. Lepastu masukkan kata kekunci. Shin Ryu Jin. Semua huruf besar. " seperti apa yang disuruh Ryujin. Woojin masuk ke dalam bilik akaknya dan menghidupkan komputer.

"Ibu sihat dik? "

"Tak. Dia risau akak tak ada. Okey dah. Lepas tu? "

"Tekan aplikasi Zombie World tu. Adik aku minta maaf. "

"Dah. "

"Tekan macam apa yang akak ajar dekat kau. Sampai dia suruh pilih karekter. "

"Dah. "

"Ada muka aku tak dekat situ?"

"Ada. Kak. Macam mana kau boleh termasuk dalam game ni kak? "

"Aku tak boleh nak jawab soalan kau sekarang. Kau tekan gambar aku tu. Dan pilih.."

"Tak boleh pilih. Dia dah satukan. Senjata apa yang kau guna. Dan dekat tempat mana kau nak tembak semua zombie. " percakapan Ryujin dipotong Woojin.

"Okey. Sekarang ni. Aku minta kau main sampai level 100. Tak perlu control aku. Cuma tekan apa yang patut je. "

"Ha? Macam mana? Aku tak ingat lah nak main. "

"Okey dik. Aku kena pergi dulu. "

"Kak. Akak! "

Talian akhirnya terputus. Pergelangan tangan yang bercahaya berwarna biru itu dipandang. Ada masa permainan. Suara. Dan nyawa.

"10 jam? Lamanya. " Baru aku tahu. 10 jam diorang ada dekat sini. Selalunya kalau aku main. Dia akan mati kalau kena makan dengan zombie je. lepastu ganti masa baru.

Bang!

Bang!

Bang!

Lari! Lari!

Aku terus berlari keluar dari kedai. Kelihatan mereka semua sedang menembak beberapa ekor zombie yang cuba menghampiri mereka.

Lengan aku ditarik dan aku berada dibelakang Minnie yang sedang menembak beberapa ekor zombie dihadapannya.

"Gerak. Gerak! " arah Johnny.

Sekali lagi tangan aku ditarik. Tetapi kali ini Yuta yang menarik tangan aku dan meminta aku untuk selalu berada di belakangnya.

"Okey. Clear. "

Kami duduk di belakang bangunan setelah habis menembak beberapa ekor zombie. Masing-masing mencari nafas yamg sudah hilang.

"Berapa yang kita dapat tembak? " tanya Mark kepada Johnny.

"25."

"Tempat mana lagi yang ada zombie? " Tanya Mark lagi.

"Jam 1. Jam 12 dan jam 10. Lepastu game habis. "

"Jam 1 ada berapa? " tanya Haechan kepada Johnny yang sedang melihat tangan yang bercahaya.

"32."

Haechan dan Mark berdecit kecil. Banyak. Berapa minit kami berehat. Kami mula kembali bergerak semula pergi ke arah jam 1.

"Aku rasa kita kena berpecah. kemungkinan besar kalau kita tembak arah jam 1. Jam 12 dan jam 10 akan keluar sekali. " beritahu Johnny. Sesekali mereka memandang kiri dan kanan.

"siapa yang akan pergi jam 12 dan 10?" tanya Minnie. Mereka kembali bercangkung untuk berbincang.

"Jam 10. Haechan, Yuta dengan Ryujin. "

"Apa? Apa hal aku pula. Orang lain.. "

"Haechan. " Haechan diam apabila Minnie memanggil namanya.

"Okey, arah jam 12. Yeji dengan Mark. Aku dengan Minnie arah jam 1. Bila aku dah mula tembak korang kena berjaga-jaga. " perbincangan ditamatkan dan seperti diarah Johmny tadi. Kami pergi ke tempat masing-masing.

"Yuta, kalau saya nak tembak sekali boleh? " tanya aku.

[C] In GameWhere stories live. Discover now